15 Tips Untuk Nak Impress Bos Baru Korang Dengan Cara Yang Betul
# Pengetahuan Pekerja

15 Tips Untuk Nak Impress Bos Baru Korang Dengan Cara Yang Betul

post by Aisya

by Aisya

Jul 24, 2016
pada 3:05 AM

Okay korang dah berjaya melalui temuduga yang mengerunkan dan ditawarkan kerja. Tahniah! Tetapi usaha korang tak berhenti dekat situ je tau. Jangan ingat bila korang dah dapat kerja, dah boleh bersenang-lenang sebab tak perlu nak risaukan tak dapat kerja lagi. Sebenarnya, bila diterima masuk tu lagi lah banyak usaha yang korang kena tunjukkan pada majikan.

Korang perlu tahu cara-cara untuk nak tarik perhatian bos tapi bukan dengan cara pikat hati bos tau. Tunjukkan pada mereka yang korang ini bagus dalam buat kerja walaupun pekerja baru. Ini adalah 15 helah untuk nak berikan first impression kepada majikan apabila korang baru mula bekerja:

1. Anggap yang korang masih lagi dinilai dan dalam pemerhatian

Bila dah ditawarkan kerja ni memang akan rasa macam dah lepas datu beban yang besar. Lepas tu dah semestinya korang rasa gembira sangat sampai belanja keluarga dan kawan-kawan makan sebagai meraikan korang dah dapat kerja kan? Tunggu dulu, jangan terlampau gembira sangat.

Bila korang mula bekerja tu, korang masih lagi dalam pemerhatian pihak atasan untuk nak nilai sama ada korang ni betul-betul boleh bekerja atau tidak. Kebiasaannya company akan beri tempoh 3 bulan percubaan dan masa ini lah korang perlu tunjukkan sikap dan etika kerja yang baik. Jadi buat yanng terbaik okay?

2. Datang tepat pada masanya ke pejabat

Tunjukkan sikap hormat pada jawatan korang serta rakan-rakan setugas dengan datang awal ke kerja, ke mesyuarat dan bukan pada hari pertama je tau? Tak susah mana pun kalau korag datang tepat pada masanya ke kerja, dan jangan biasakan diri untuk lewat sebab gerak-geri korang akan diperhatikan dan kalau muka korang je  yang selalu lambat tak manis lah. Majikan akan mula berfikiran buruk pasal korang dan waktu ini lah dia akan mula menilai kembali kerja korang sepadan atau tidak dengan kedatangan korang.

3. Cuba fikirkan bila dan cara bagaimana yang majikan suka untuk berinteraksi

Pertama sekali yang perlu korang fikirkan bila masuk kerja ni adalah bagaimana nak berinteraksi dengan majikan tanpa buatkan mereka rasa tidak selesa. Korang akan bekerja dengan bos dan banyak masa diluangkan dengan mereka. Kalau korang tak tahu cara dan apa yang mereka gemarkan bila berkomunikasi, ini akan menjadi satu masalah besar. Akan wujud jurang yang besar dan timbul perasaan tidak gemar untuk berurusan dengan korang.

4. Terlebih bertanya

Kalau tak bertanya sesaat jalan, tapi kalau lebih bertanya pun boleh timbulkan masalah juga ke? Hehe.. Sebenarnya ini satu perkara umum yang pekerja baru fikirkan. Bila mereka ada masalah, mereka akan takut untuk bertanya pada bos sebab takut kena marah. Sebaliknya mereka akan mendiamkan diri dan buat kerja salah. Korang boleh tanya jika ada keraguan tetapi sebaiknya  tak perlu lah nak asyik bertanya pada bos tentang perkara yanng kecil.

Kadang-kadang bos sudah terangkan awal-awal lagi mengenai perkara tu, tapi korang lupa sebab tak catit dalam nota. Bila buat kerja terkebil-kebil sebab lupa dan tanya balik pada bos. Sikap acuh tak acuh ni yang sebenarnya bos tak berapa gemar. Kalau ada perkara kecil, tak perlu buangkan masa bertanyakan pada bos, korang boleh tanya pada setiausaha mereka kerana mereka ini lah orang kanan yang tahu macam-macam.

5. Tahu banyak perkara

Sebolehnya jangan mulakan hari pertama korang dengan mendatangkan masalah, sebaliknya berikan penyelesaian. Ini akan memberikan first impression yang bagus sekali jika korang datang berjumpa dengan bos dengan memberitahu yang korang ada penyelesaian terbaik untuk masalah yanng timbul. Jangan pula datang berhadap dengan bos dan beritahu yang korang ada masalah. Amat lah menghampakan jika hari pertama lagi korang sudah timbulkan masalah.

Praktiskan etika ini tambah-tambah lagi bila majikan korang tu dalam mood yang tak berapa nak elok atau sedang marah. Bila korang beri je idea bernas terus dia senyum macam korang ni saviour lah!

6. Jangan menyusahkan lagi kehidupan bos

Kerja sebagai bos ni sememangnya sudah susah ada banyak tanggungjawab yang perlu dipikul jadi jangan tambahkan lagi beban mereka. Lakukan kerja korang dengan sebaiknya, jangan malas untuk nak buat kerja, sering bagi alasan mengapa kerja tak siap dan macam-macam hal lah. 

7. Tunjukkan komitmen yang tinggi

Tunjukkan yang korang amat berminat dalam kerja yang dilakukan dan bersedia untuk terus maju kehadapan jika diberi peluang. Jangan tunggu kerja tu datang tetapi tanya pada bos jika ada apa-apa yang boleh dibantu. Jangan luangkan masa bersembang kosong sahaja.

8. Soalan yang tak berkaitan tak perlu tanya pada bos

Jangan bazirkan masa bos korang nak menjawab soalan berkaitan HR ataupun dari department lain. Kalau korang rasa soalan itu boleh dijawab oleh ornag lain, teruskan bertanya pada pihak yang tertentu. Bos ni memang lah dia ketua dalam company tu tetapi bukan semua dia uruskan. Sebab itu lah dia ambil pekerja lain untuk bekerja dan uruskan bahagian tertentu ye.

9. Jadikan diri korang boleh dihubungi selalu

Untuk nak berii komitmen yang sebegini tak bermaksud yang korang perlu berjaga lewat malam hanya nak check email berkaitan kerja je sepanjang masa. Kalau ada rakan sekerja hantar email pada pukul 12 malam, korang tak perlu nak balas serta-merta kerana diorang perlu faham yang itu adalah waktu tidur. Cumanya, jika ia adalah hal kecemasan biarkan diri korang itu senang untuk dihubungi. 

Sewaktu di pejabat juga biarkan diri korang biasa untuk membuka email jika ada sebarang email yang penting. Jangan sesekali biarkan bos korang tu tertunggu-tunggu untuk korang balas.  Orang kata jangan lah bluetick pula tapi tak balas. Hehehe

10. Kongsi idea bernas

Jarang lah ada majikan yanng jenis tak nak pekerja dia kongsikan idea atau pendapat ni. Selalunya majikan akan lebih suka kalau pekereja dia kemukakan pendpaat sewaktu mesyuarat. Walaupun sekecil mana pun idea korang itu, majikan akan menghargai usaha yang diberikan.

11. Tak perlu try hard untuk nak tarik hati majikan

Tak perlu nak mencuba untuk jadi orang lain. Tunjukkan sahaja personaliti tersendiri korang dan berbangga lah dengannya. Kalau korang mencuba sangat, majikan dapat bau dan tak best lah kalau macam tu. Korang akan rasa tekanan dia untuk nak biar majikan sukakan korang tapi biarkan benda tu jadi dengan sendirinya. Macam mana? Dengan buat kerja yang bagus dan tunjukkan prestasi yang cemerlang, bijak berkomunikasi. Ini semua nilai-nilai yanng boleh impress bos, bukan hanya pada paras rupa je.

12. Kekal mesra tapi tetap profesional

Akan ada masanya korang akan luangkan masa dengan bersembang bersama rakan-rakan sepejabat ataupun bos. Iye lah tak kan lah korang nak duduk depan meja je langsung tak berinteraksi dengan orang lain kan? Teruskan bersembang dan berbual dengan mereka tetapi kekalkan sikap profesional di tempat kerja. Jangan bawa masuk hal peribadi atau bercerita tentang makan malam korang tu semua. Itu biar diluar kawasan pejabat je. 

13. Jangan curi tulang

Ada masanya korang akan rasa letih dan perlukan waktu berekaht sekejap. Bila dah terlalu lamahadap komputer mata pun rasa penat dan mengharapkan yanng korang boleh rehatkan badan sebentar bukak handphone dan layan social media. Tiada salah kalau nak buat macam tu, tapi jangan kerap. Kalau setiap masa bos lalu nampak korang tengah pegang handphone tak best juga. Ia akan timbul perasan yang korang ni buat kerja atau tak?

14. Cuba untuk berkenalan dengan semua orang

Tunjukkan usaha sedikit untuk berkenalan dengan orang lain. Jangan terlampau fokuskan untuk berinteraksi d engan orang yang duduk berdekat dengan meja korang je. Pergi berjalan dan berkenalan. Siapa tahu satu hari nanti korang perlukan bantuan mereka dalam hal kerja. Lagipun bila korang berkenalan dengan ramai orang ni, boleh lah pergi makan tengah hari bersama-sama  dan rasa seronok untuk pergi kerja sebab ada ramai kenalan.

15. Elakkan merungut

Kalau korang rasa kecewa atau marah sebab tak diberikan maklumat yang secukupnya untuk buat kerja, atau bos berikan kerja yang tak masuk akal dan susah untuk dilakukan, jangan merungut. Pergi berjumpa dengan bos dan cuba untuk berbincang dengan mereka. Tanyakan soalan dengan rasional janngan bertindak mengikut emosi sahaja. Yang paling penting, jangan merungut!