4 Cara Paling Cool Bagaimana Nak Hindari Rakan Sekerja Yang Mulut Murai Kalau Dah Hilang Sabar!
# Pengetahuan Pekerja

4 Cara Paling Cool Bagaimana Nak Hindari Rakan Sekerja Yang Mulut Murai Kalau Dah Hilang Sabar!

post by Izuan

by Izuan

Jul 29, 2016
pada 8:44 AM

Rasa macam gam je mulut orang tu sebab bercakap 24 jam sampai nak buat kerja pun susah, mesti ada sekurang-kurangnya seorang rakan sekerja korang yang bermulut murai kan? Asal nampak dia datang je, korang pun pura-pura pakai earphone sambil berlakon tengah buat kerja sebab malas sangat nak melayan.

Tapi sebenarnya kalau tak ada orang yang sebegini pun bosan juga tau, tak ada orang yang sanggup memeriahkan suasana di tempat kerja tu. Cuma ada masa kita sampai jadi hilang sabar dengan  si becok ni, berceloteh tak kena tempat. 

Dah la kerja stress, dapat pula rakan sekerja yang macam ni, makin bertambah tekanan dibuatnya. Kalau lah korang ni betul-betul dah hilang sabar, jom lakukan cara ini supaya hilang sikit satu beban dalam kepala ni.

1. Pura-Pura Fokus, Tapi jangan Bagi Banyak Respon

Dengar saja apa yang dia cakap, tapi korang jangan sesekali mencelah dan tanya lagi. Hanya senyum, angguk dan balas dengan satu perkataan contohnya "oohh ye ke?, hmmm..., hahahah!" Nanti dia sendiri yang bosan, tahulah dia nak berhenti. 

Ingat! Jangan tambahkan lagi mood dia nak berceloteh dengan tanya soalan yang meleret, nanti habis cukup satu buku dia cerita. 

2. "Jap-Jap Aku Ada Kerja Nak Buat Jap, Nanti Kita Sambung"

Jangan layan apa yang dia cakap, kalau boleh jangan tanya satu soalan pun dengan topik yang diceritakan. Korang boleh juga cakap macam ni, "Eh macam best je, tunggu lunch nantilah kita sambung baru best, ni aku ada kerja nak siapkan ni" . Tunjukkan reaksi yang korang betul-betul berminat dengan topik yang dia ceritakan.

Kalau dia mula datang tempat korang, acah-acah lah stress sikit nanti dia nak akcau pun tak berani, andaikata dia tu memang tak faham bahasa terus terang yang korang memang tak ada masa untuk berbual sebab kalau diberi muka pun susah juga, sekali sekala kena lah tegas.

3. Tunjukkan Yang Korang Bukan Mulut Murai Macam Dia

Contohlah kalau rakan korang ni jenis "Mak cik bawang" yang suka bergossip pasal artis, movie atau sebagainya. Beritahu yang korang sebenarnya tak minat dengan topik yang dibualkan macam ni " Ermm..Aku tak ambil port sangat pasal artis-artis ni" atau " Aku tak layan sangat movie-movie ni" mesti reaksi dia macam "ohh ye ke".dan terus beredar. Kemudian sambung buat kerja dengan aman.

4. Sarankan Dia Tukar Department Yang Lebih Layak Dengannya

Memandangkan sikap dia yang bterlebih peramah ni memang dah tak boleh nak dibendungkan lagi, apa kata korang sarankan dia tukar department atau kerja yang lebih sesuai untuk dia, pekerjaan dimana dia perlu berkomunikasi secara lisan mahupun bertulis sepanjang masa. Contohnya perhubungan awam, kerja pemasaran atau yang paling seusai sekali pusat khidmat pelanggan. Bukanlah niat nak menghalau tapi kalau dah sampai kritikal sangat, siapalah boleh tahan kan? 

Hmm, bila dibincang pasal khidmat pelanggan ni kan. Shangri-La Hotel sekarang ni tengah cari Customer Service Executive tau! Gaji pun boleh tahan banyak dari RM 3,400 - RM 3,600! Haa, siapalah tak suka, daripada duduk berborak kosong tu bukannya masuk elaun pun, baik mohon kerja kat sini gaji pun banyak, dia pun puas dapat bercakap sepanjang masa.

Jadi, kalau korang ada rakan-rakan yang mulut murai, suruh je diaorang mohon kerja ni. Cepat tau sementara tawaran amsih dibuka!