5 Cara Mengawal Emosi Dengan Mantap Untuk Capai Kejayaan Dalam Kerjaya
# Pengetahuan Pekerja

5 Cara Mengawal Emosi Dengan Mantap Untuk Capai Kejayaan Dalam Kerjaya

post by Khair

by Khair

Aug 26, 2016
pada 12:43 AM

Orang yang berjaya adalah orang yang mempunyai sikap yang sentiasa kuat dalam memberikan dirinya semangat dan memberi ruang untuk membina kualiti diri yang mantap.Untuk menjadi mereka yang sebegitu korang perlulah bersedia untuk melakukan perubahan diri sedikit demi sedikit ke arah yang lebih baik daripada kondisi diri korang sekarang.

Kali ini Maukerja akan berkongsi 5 tabiat mereka yang sangat tinggi EQ dan cenderung untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang:

1. Sentiasa Bersikap Positif.

Emosi adalah perkara utama yang korang perlu kawal dan bukan dikawal. Kebanyakan orang yang pintar mereka tidak bimbang tentang itu kerana mereka tidak mudah terjebak dalam perkara yang mereka sendiri  tidak dapat kawal kesan daripada perbuatan diri sendiri

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa optimis secara fizikal dan psikologi adalah lebih sihat daripada pesimis. Mereka juga sentiasa berprestasi lebih baik di tempat kerja. Ingatkan diri korang untuk sentiasa bersikap positif dan mengelakkan segala anggapan negatif supaya dapat membina fikiran yang lebih baik dan sihat

2. Bersikap Tegas.

Orang yang mampu mengimbangi akhlak yang baik, bersikap empati, dan senang melakukan kebaikan akan sentiasa membuatkan dirinya menonjol dan disukai. Kombinasi dengan bersikap bijak adalah sangat sesuai untuk korang mengendali konflik.

Apabila kebanyakan orang lalai dalam tingkah laku akan bertindak pasif atau agresif. Emosi orang pintar kekal seimbang dan tegas dalam masa yang sama dan mampu mengemudi diri mereka daripada reaksi emosi yang tidak melampau. Ini membolehkan mereka untuk meneutralkan orang yang beremosi dan menjadikan keadaan kembali normal.

3. Ingin Tahu Mengenai Orang Lain.

Ini tidak kira jika korang seorang pendiam atau ekstrovert, emosi orang pintar akan sentiasa ingin tahu mengenai semua orang di sekeliling mereka. Perasaan rasa ingin tahu ini adalah hasil daripada empati, satu daripada pintu masuk paling penting untuk mereka yang punyi EQ tinggi.

Lebih banyak korang mengambil berat tentang orang lain dan apa yang mereka melalui, rasa ingin tahu lebih banyak akan hadir!

4. Memaafkan Tetapi Tidak Lupa.

Emosi orang pintar adalah hidup dengan bermoto bahawa mereka memaafkan untuk mengelakkan dendam, tetapi mereka tidak pernah lupa. Emosi negatif yang datang dengan memegang dendam sebenarnya adalah tindak balas tekanan perasaan di dalam diri.

Berpegang kepada tekanan dan dendam boleh membawa kesan kesihatan yang amat buruk dan kebanyakan orang yang bijak akan selalu mampu mengawal emosi. Walaubagaimanapun setelah memaafkan, ini tidak bermakna mereka akan memberikan pesalah peluang lain pada masa akan datang. 

5. Selalu Gembira 

Apabila perasaan korang selalu berasa seronok dan puas tentang diri sendiri berbanding dengan orang lain, korang secara tidak langsung telah menjadi diri sendiri. Orang yang bijak mempunyai emosi yang baik tentang sesuatu perkara yang mereka lakukan dan mereka tidak akan membiarkan pendapat atau pencapaian orang lain menjatuhkan diri mereka.

Walaupun ia adalah sukar untuk mematikan reaksi korang dengan apa yang orang lain fikirkan, korang tidak perlu membandingkan diri dengan orang lain, dan korang boleh mengambil pendapat mereka untuk dijadikan pengalaman dan tauladan.