5 Jenis Millennials Yang Korang Boleh Nampak Ada Di Tempat Kerja Korang
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

5 Jenis Millennials Yang Korang Boleh Nampak Ada Di Tempat Kerja Korang

post by Aisya

by Aisya

Jul 23, 2016
pada 3:13 AM

Millennials ini adalah istilah yang digunapakai untuk menggelar mereka yang melalui zaman pembesaran di era 2000. Boleh dikatakan Gen Y lah yang melalui zaman serba moden ni. Tapi terma ini tidak boleh menjelaskan atau mentakrifkan kesemua Gen Y kerana ada bermacam-macam jenis millennials ni. Paling penting, ada 5 jenis millennials yang korang boleh perhatikan dekat tempat kerja:

Kaki travel

Millennials yang kaki travel ni suka meneroka dunia-mereka mahu pergi ke semua  tempat. Tetapi, bukannya melancong secara exclusive tau, tapi dalam bajet yang sangat ketat. Mereka ni akan rebut segala peluang yang ada dekat company tu untuk pergi travel. Kalau majikan suruh pergi ke US sebagai contoh untuk nak pantau projek di sana, mereka ini  lah orang pertama yang akan angkat tangan dan sukarela dulu.

Orang muda yang kaki travel ni amat sukakan company yang membuka peluang kepada mereka untuk bekerja dari jauh dan tak perlu untuk selalu ada di meja mereka. Sebab ini akan memberikan mereka kebebasan untuk bergerak tapi dalam masa yang sama masih lagi menyiapkan kerja yang diberikan. 

Taksub dengan teknologi

Perasan tak kalau dekat tempat kerja tu, ada segelintir millennials yang kalau korang berjalan dekat tepi meja dia mesti tengah bersembang pasal handphone baru keluar atau apa-apa teknologi yang baru lah. Mereka ni kalau kita tengok, handphone dia mesti canggih dan selalu bertukar-bila keluar je phone baru diorang jadi antara mereka yang beratur tu. Mereka ni boleh dikatakan serba serbi tahu mengenai teknologi.

Orang sebegini juga akan terlampau taksub dengan social media. Setiap masa akan scroll handphone untuk semak jika ada orang tweet atau likes dan sebagainya. Jangan ingat mereka ni senang terganggu dan tak siapkan kerja pula, sebabnya kalau korang perlukan idea yang fresh dan kreatif untuk company, mereka ini lah yang banyak menyumbang tau.

Old school

Walaupunn majoriti daripada millennias ni mahukan perubahan dan bergerak searus dengan zaman, ada juga sesetengah yang masih lagi mengekalkan cara lama. Mereka ini yang khuatir tentang membayar hutang pinjaman belajar dulu, nak menyimpan untuk membeli rumah, dan sentiasa berjaga-jaga untuk kekalkan kerja mereka daripada mencuba untuk bertukar ke kerjaya yang baru. 

Old school ni, walaupun mereka ni generasi muda tetapi korang akan nampak mereka ni akan bekerja buat masa yang lama sampai ke malam, hormat pada yang lebih tua, tak pernah tak hantar kerja, tapi ada juga sisi kelemahannya. Mereka ini tak seberapa innovative di tempat kerja.

Hebat dalam semua bidang

Ada tak jumpa orang muda tetapi pencapaian dia mengalahkan mereka yang sudah berumur dan berpengalaman dalam hidup? Iye, ada generasi mud ayang pada umurnya mungkin terlalu muda tetapi ada banyak pengalaman dan bijaksana. Agak sukar nak terima bukan? Tetapi mereka ini suka pada cabaran dan mahukan sesuatu yang baru. Sering  belajar kemahiran yang baru, mengutip pengalaman dari pelabagai bidang dan mahu lebih daripada apa yang rakan sebayanya buat.

Walaupun mungkin nampak mereka ini calon yang sesuai untuk bekerja di company, tapi harus diingatkan juga millennials sebegini akan senang untuk berasa bosan dan bila mereka merasakan kerja itu sudah tidak mencabar, mereka akan bergerak ke kerjaya yang lain. Sukar untuk mereka tinggal dalam satu jawatan atau tempat buat jangkamasa yang lama.

Iras-iras bos

Senang cerita mereka ini workaholic lah sama macam majikan korang sekarang. Hehe.. Millennials sebegini menyiimpan cita-cita yang besar dan mereka pasti akan cuba untuk penuhi impian mereka satu persatu tanpa gagal. Mereka lebih utamakan kerja daripada cinta atau kawan dan bagi perempuan pula mereka percaya yang apa sahaja kerja yang lelaki boleh buat, mereka juga boleh. 

Wanita bekerjaya- inilah yanng mereka akan capai nanti dan jaga-jaga sebab leadership mereka ini memang amat kuat dan cuba lah penuhi high-stadard mereka ni. Hehe

Jadi korang ada tak perasan 5 jenis millennials dekat tempat kerja korang?