Hanya Top Performer Sahaja Tak Pandang 2 Perkara Ini Bila Cari Kerja
# Pengetahuan Pekerja

Hanya Top Performer Sahaja Tak Pandang 2 Perkara Ini Bila Cari Kerja

post by Aisya

by Aisya

Aug 29, 2016
pada 5:44 AM

Kadang-kadang calon yang terbaik boleh menjadi seorang yang luar  biasa, dan menjangkau jangkaan serta memberi impak yang besar terhadap sesuatu organisasi. Ini yang memberi inspirasi untuk mahukan lebih calon yang berprestasi cemerlang dan tinggi. Tapi apakah cara yang terbaik untuk mencari mereka?

Mengikut pandangan recruiter yang professional, mereka beranggapan yang calon-calon berbakat ini sangat pasif. Mereka diterima bekerja di tempat yang bagus tetapi mereka tidak aktif dalam mencari peluang baru malah sehinggakan perlu dipaksa oleh recruiter pula.

Ini membuatkan ramai recruiter fokus pada taktik "merekrut keluar pekerja" untuk mengambil lebih pekerja yang top performers. 

Mengikut kajian, ianya menunjukkan yang top performers majoritinya aktif dalam mencari peluang kerjaya. Kajian ini menunjukkan bahawa top performers mencari kerja dan mencadangkan cara  bagaimana majikan boleh secara strategiknya menarik lebih ramai calon yang berbakat untuk masuk dalam organisasi. 

1. Top Performer Tak Tunggu 'Recommendation' Tapi Mereka Cari!

Orang yang berbakat tinggi memang sangat aktif dalam mencari peluang terbuka, mengikut data sebanyak 92% top performers mengatakan yang mereka mencari kerja sekurangnya beberapa kali dalam setahun. Dan angka terus menaik ke 95% dimana top performers  mengambil tindakan dengan mencari kerja dalam tempoh 6 bulan selepas diambil bekerja. 

Secara jelasnya, top performerrs tak akan duduk sambil lewa sambil menunggu kerjaya seterusnya jatuh ke atas riba, tidak sesekali. Mereka akan mencari peluang kerja yang betul-betul mengikut apa yang mereka mahukan dan matlamat serta mereka juga menggunakan online untuk mencari kerja.

Mengikut data yang dikumpul juga, sebanyak 55% top performers melawati job site dalam tempoh 6 bulan sebelum mereka diambil bekerja, 54% pula telah melanggan untuk mendapatkan job alert serta 48% menggunakan telefon untuk menggunakkan aplikasi job site.

2. Pampasan bukan sesuatu perkara yang mampu memukau top performer jika dalam pekerjaan tersebut tiada nilai yang boleh digapai.

Dalam era yang begitu sengit , top performers sangat-sangat diperlukan. Dengan adanya pelbagai pilihan buat mereka, mereka ini boleh memilih. Berbeza dengan job seekers yang lain, 46% top performers ini lebih tertarik dengan company yang mempunyai reputasai yang cemerlang serta 29% lebih gemar kepada kerja yang mencabar serta menarik.

Ini bermaksud majikan boleh menarik mereka yang berbakat besar ini melalui branding dan tunjukkan bagaimana cemerlangnya syarikat tersebut serta jadikan jawatan itu memang sesuatu ganjaran yang hebat buat mereka.

Ini kerana top performers mempunyai satu passion yang kuat mengenai kerja, mereka minat dan enjoy dengan pekerjaan mereka, baginya ia adalah satu perkara yang memuaskan jika mencapai kejayaan dalam tugasan mereka tanpa memikirkan perihal gaji sahaja.

Top performers tidak terlalu memikirkan manfaat dan pampasan yang boleh diperoleh serta persekitaran kerja yang baru. Walaupun pampasan itu penting, ia bukan sesuatu perkara yang mampu memukau pekerja jika dalam pekerjaan tersebut tiada nilai yang boleh digapai.