"Ingatkan Saya Bila Saya Jadi Boss Kelak" - Pengalaman Cikgu Ini Mendapat Majikan Tidak Berhati Perut Dijadikan Pengajaran
# Trending Semasa

"Ingatkan Saya Bila Saya Jadi Boss Kelak" - Pengalaman Cikgu Ini Mendapat Majikan Tidak Berhati Perut Dijadikan Pengajaran

post by Aisya

by Aisya

Jul 26, 2016
pada 7:25 AM

Seorang guru juga blogger yang digelar Cikgu Azleen belajar dari pengalaman apabila majikannya dikatakan "tiada nilai kasihan" dan hanya mementingkan kerja sahaja. Ceritanya berlaku apabila ibunya menjalani pembedahan pembuangan ovari dan rahim. Atas insiden itu, memerlukan dia untuk menjaga ibunya dan mengambi cuti buat seketika. Kalau kita pun, ada ahli keluarga yang tidak sihat sudah menjadi tanggungjawab untuk menjaga bukan? Mestilah keluarga lagi penting daripada kerja.

Guru besar okay, tetapi pusat tuisyen pula yang banyak bunyi

Cikgu Azleen adalah seorang cikgu di sekolah dan disebabkan masalah kesihatan yang melanda ibunya, dia telah memaklumkan kepada guru besar untuk mengambil cuti buat beberapa hari sehingga ibunya benar-benar sembuh. Guru besarnya mengerti tanpa banyak soal. Dia juga mengajar kelas tuisyenn di satu pusat tuisyen swasta setiap hari selasa. Sebaik sahaja memaklumkan kepada majikannya, perkara pertama yang disoal adalah "Bila boleh ganti kelas?"

Mesti ganti kelas minggu itu juga

Dia memberitahu yang semuanya bergantung kepada keadan ibunya. Dia meminta untuk membuat kelas ganti pada minggu depannya tetapi apa  yang dibalas adalah kelas ganti mesti dilakukan pada minggu itu juga, tidak boleh tangguh-tangguh. Dia berikan pilihan antara hari Khamis ataupun Jumaat. Jadi bagaimana dengan ibu dia? Yang masih belum boleh bergerak, siapa yang nak tolong? Memang sentap lah..

"You tak datang kelas ye?"

Disebabkan majikan mendesak dan kerap telefon serta mesej, dia bertindak dengan tidak ambil peduli sebab buat masa ini, keadaan kesihatan ibunya adalah fokus utama. Majikan masih lagi telefon dan bertanya datang atau tidak ke kelas. Tanpa cuba untuk memahami keadaan ibunya dan bagaimana sibuknya dia untuk menguruskan ibunya di hospital.

Sekurangnya tanya lah bagaimana keadaan ibu saya

Apa yang membuatkan Azleena makin bengang dan sentap adalah apabila majikann yang kerap menelefon dia hanyalah sekadar untuk bertanya datang atau tidak ke kelas. Dia juga bertanya jika sudah memaklumkan atau tidak kepada setiausaha dia. Sedikit pun tidak bertanyakan khabar ibunya yang sakit. Apa yang ditanya hanyalah "are you still interested in teaching the class?" Sudah semestinya dia menjawab tidak. Jika majikan pun tidak mahu ambil peduli langsung tentang pekerjanya, bagaimana pekerja ada hati nak kerja lagi?

Majikan mesej " You're not professional and inappropriate behaviours"

Ingatkan pusat tuisyen ini lain daripada tuisyen yang ada berlambakan ni. Kerana apabila dia mula bekerja dahulu, dia nampak yang pusat tusiyen ini melebihkan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan. Rupa-rupanya, sama sahaja seperti pusat tuisyenn yang lain. Mementingkan para pelajar untuk dapat A dalam peperiksaan sahaja. Itu yang paling penting. Ramai yang kata dia bertindak tidak profesional tapi bagaimana mahu mengajar jika hati risau memikirkan keadaan ibu yang tidak sihat?

"Ingatkan saya bila jadi boss kelak, kebajikan pekerja haruslah menjadi keutamaan"

Dengan pengalaman berhadapan dengan majikan sebegini, ianya sedikit sebanyak mengajar tentang pentingkan seorang bos itu menjada kebajikan pekerjanya. Ingat, yang pekerja itulah aset penting dalam syarikat. Tambah-tambah lagi bila pekerja itu ada semua set skills yang rare dan unik yang jarang ada dalam diri pekerja yang lain. 

Ketahuilah para majikan di luar sana, duit bukan segalanya. Yang penting adalah keluarga, ini adalah bukti yang duit nombor dua apabila cek gaji bulan lepas lagi pun belum tak bank in lagi.