Ini Cara Bagaimana Nak Buat Rundingan Gaji Masa Interview Jika Gaji Di Tempat Kerja Lama Sedikit
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Ini Cara Bagaimana Nak Buat Rundingan Gaji Masa Interview Jika Gaji Di Tempat Kerja Lama Sedikit

post by Aisya

by Aisya

Jan 21, 2024
pada 8:46 AM

Ini Cara Bagaimana Nak Buat Rundingan Gaji Masa Interview Jika Gaji Di Tempat Kerja Lama Sedikit

Gaji terdahulu korang sedikit dan bila memohon untuk kerja kosong, korang mahukan gaji yang lebih daripada apa yang korang dapat dahulu. Tapi atas alasan apa yang korang mahu berikan? Layak ke kalau nak minta gaji lebih daripada apa yang korang dapat dahulu? Tahu tak yang korang ada hak untuk nak minta gaji lebih untuk kerja yang dimohon. Jika di Massachusetts, ianya sudah menjadi undang-undang dimana majikan tidak boleh bertanya gaji terdahulu calon sewaktu proses temuduga. Ianya bersebab untuk nak menghapuskan golongan yang ditindas dan dibayar kurang atas faktor jantina dan kebiasaannya wanita diberi gaji yang lebih rendah berbanding lelaki. 

Memang benar, gaji terdahulu merupakan titik tanda banyak mana bakal majikan boleh tawarkan dan setimpal dengan gaji terdahulu. Namun begitu, gaji dahulu bukan lah satu-satunya yang menentukan berapa korang boleh dapat untuk kerja seterusnya. Kalau memang korang dibayar kurang sebelum ini jika dibandingkan dengan purata nilai gaji yang patut korang dapat, memang korang perlu minta lebih dalam kerja yang dimohon seterusnya.

Disebabkan kita ni bukan di Massachusetts dan tiada undang-undang dimana bakal majikan tidak boleh bertanyakan soal gaji terdahulu, ini ada 4 cara untuk berunding gaji dan pastikan semula gaji korang itu mengikut nilai pasaran terkini:

1. Fokus pada peranan bukannya pada gaji terdahulu

Mengikut apa yang diceritakan oleh Caroline, dia pernah recruit seorang calon untuk jawatan operasi di sebuah syarikat farmaseutikal. Calon yang layak untuk jawatan yang dimohon rupa-rupanya merupakan bekas pekerja daripada sebuah industri yang mengeluarkan produk kepada konsumer. Dan calon ini telah diberi gaji yang sangat sedikit daripada yang sepatutnya dia dibayar iaitu sebanyak 50% sahaja. Walaupun sudah bertahun bekerja masih lagi gajinya dibawah purata nilai gaji.

Syarikat Caroline mahu menawarkan 2 kali ganda daripada apa yang dia dapat dahulu untuk jadikan gajinya sama dengan nilai market sekarang. Tetapi apabila dikira-kira semula, tawaran kenaikkan gaji itu adalah sebanyak 100% daripada nilai gaji terdahulu. Apa yang mereka boleh buat adalah kurangkann sedikit tetapi masih lagi memberi 50% kenaikkan. Bagi calon, ianya win-win situasi kerana mereka ditawarkan kenaikkan yang lumayan dan pada pihak recruiter pula mereka dapat membantu calon daripada ditindas dan dibayar kurang.

Yang menariknya, calon itu tidak sekalipun meminta kenaikkan 50 atau 100% kenaikkan gaji. Dia tidak berunding mengenai gaji dan sebaliknya dia fokus pada peranan barunya dalam kerja yang dimohon. Berapa yang sepatutnya company itu bayar mengikut market, dengan kemahirannya dan pengalamannya yang bagus, dia lebih fokus pada jawatan yang dimohon dan tidak berunding mengenai gaji. Akhirnya, company itu bersetuju untuk memberi tawaran gaji 100% kenaikkan. Pointnya di sini, tunjukkan mengapa korang layak untuk diberi tawaran yang tinggi daripada terus berunding mengenai gaji.

2. Tekankan pada nilai diri korang yang unik

Lagi perkongsian mengenai rundingan dan kali ini melibatkan seorang calon yang memang sedia ada sudah diberikan gaji yang kompetitif. Tetapi dia mahu memohon untuk jawatan eksekutif di sebuah organisasi yang lebih besar dan kompleks. Dia menjangkakan kenaikkan sebanyak 50% daripada bakal majikan jika mereka menilai pada sudut jawatan yang dimohon bukannya  gaji terdahulu.

Bakal majikan berunding untuk memberi sedikit daripada apa yang diminta dan apa yang calon ini buat? Dia telah menekankan pada kesemua kemahiran yang dia peroleh yang boleh membantu dalam organisasi dan bukannya atas dasar pengalamannya yang tidak cukup. Malah dia mempunyai kenalan network yang kuat yang berguna buat organisasi dan kemahirannya yang memang benar-benar diperlukan dalam syarikat tersebut. Akhirnya dia berjaya menyakinkan bakal majikan untuk menawarkann gaji yang tinggi.

3. Rancang backup plan

Rundingan gaji ini bukannya hanya terhad kepada eksekutif dan mereka yang cukup berpengalaman. Seorang intern di organisasi media dapat 67% kenaikkan kerana dia mempunyai bakat dalam mengendalikan peranan lain, kemahiran serta adanya pilihan lain. Dia telah meminta kerja di sebuah syarikat publication yang cukup terkenal dan ada ramai yang sanggup bekerja dengan percuma. Bagaimana dia boleh mendapatkan jawatan tersebut? Ini kerana dia mempunyai kemahiran lain yang syarikat itu perlukan serta dia  juga menerima tawaran kerja daripada tempat lain dengan gaji yang lumayan.

Syarikat publication itu tidak mahu kehilangannya, maka mereka memberi tawaran lebih 67% daripada apa yanng syarikat lain tawarkan kerana dia boleh jadi aset kepada syarikat mereka. Jika korang memang berbakat dan ada banyak kemahiran berguna, mohon kerja di pelbagai tempat dan satu cara untuk dapatkan tawaran gaji yang tinggi adalah dengan bandingkan dengan tawaran kerja lain yang korang terima. 

4. Ambil tahu berapa nilai kerja korang di pasaran

Ketiga-tiga situasi di atas berjaya untuk dapatkan tawaran gaji yang lebih daripada apa yang mereka dapat sebelumnya, ini kerana mereka tahu nilai mereka dalam pasaran kerja. Sebab itu lah mereka boleh berunding dengan mendapatkan tawaran yang berbaloi. Jadi korang memang perlu selidik dan ambil tahu dahulu berapa sepatutnya yang korang dapatkan dalam kerja tersebut.

Katakan lah gaji korang memang rendah daripada apa yang pasaran sekarang tawarkan, memang selayaknya korang minta lebih. Jika bakal majikan masih lagi menekankan pada sejarah kereja terdahulu korang yang pada mereka masih tidak layak untuk meminta lebih, sekurangnya korang tahu berapa yang patut korang dapat sekarang dan beralihlah pada kerja kosong lain. Ketahui nilai korang dan jangan biarkann mereka mempergunakan korang atas dasar tidak cukup pengalaman dan sebagainya. Jangan terima jika dibawah nilai pasaran kerana korang layak untuk dapatkan lebih.