Korang Buat Apa Sekalipun Pasti Akan Berjaya Kalau Amalkan 9 Sikap Ini
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Korang Buat Apa Sekalipun Pasti Akan Berjaya Kalau Amalkan 9 Sikap Ini

post by Aisya

by Aisya

Aug 30, 2016
pada 3:30 AM

Semua orang ada maksud tersendiri mengenai berjaya. Mungkin bagi sesetengah orang ada kerja itu adalah satu kejayaan, tapai bagi orang lain pula selagi tak dapat pegang jawatan tinggi dalam syarikat itu belum berjaya lagi. Terserah pada korang nak takrifkan bagaimana.

Tapi kalau korang lihat dengan teliti, orang-orang yang berjaya ni diorang ada berkongsi beberapa sifat dan sifat yang sama. Perasan kan yang mereka tak sanggup untuk nak menghadapi kelemahan, emosi yang tidak stabil, juga risiko untuk gagal secara bersendirian atau dikhayalak ramai. Mereka mahu berjaya mengikut apa yang mereka mahukan dan tidak sanggup untuk menerima sebarang kegagalan. Ini adalah 9 cara untuk tahu jika korang ada sisi-sisi yang diperlukan untuk berjaya:

1. Korang menikmati kejayaan orang lain

Bakat sememangnya penting, tapi keupayaan untuk bekerja bersama, nak rendahkan sikit ego tu dan lakukan pengorbanan apabila perlu adalah satu-satunya cara untuk sesebuah team itu berjaya. Spirit itu hanya akan wujud apabila orang atasan yang lakukan. Dan sebab itulah orang yang berjaya ni hanya fokus pada individu bukannya pada jawatan, serta team bukannya pada hierarki dan yang paling penting  lagi menerima kebahagiaan dan kejayaan melalui kegembiraan dan kejayaan orang lain. 

2. Korang tidak buat pilhan tapi korang yang cipta pilihan

Banyak orang dengan mudah pilih antara A atau B. Orang yang sedang mengapai kejayaan akan senantiasa meneliti antara A dan B dan selepas itu mereka akan cipta pilihan C mereka sendiri. Setiap kali korang mahu lakukan apa-apa keputusan yang penting, ada dua tindakan yang boleh dilakukan. Korang boleh lihat pada pelbagainya pilihan dan kemudian ambil pilihan yang terbaik dan cuba untuk jayakannya. Atau, korang boleh ikut cara orang usahawan berfikir, iaitu fikirkan pilihan yang terbaik dan jadiakan ianya available. 

Sebab itu lah mengapa orang yang berjaya ini selalu mencapai perkara yang tidak terjangka dek akal, sebab bagi mereka, apa yang orang lain tidak fikirkan tidak bermakna ianya tidak boleh dilakukan.

3. Suara dalam diri lagi kuat daripada suara orang sekeliling

Mungkin akan ada yang meragui dan ada juga yang akan mengkritik. Ada juga yang suka judge, memperkecilkan serta tidak menerima. Tapi bagi korang, korang tidak peduli langung. Korang lihat segala pandangan itu tidak ada yang salah atau betul, ianya hanya perkataan semata-mata. Jadi apa yang korang lakukan ialah, korang semak kesemua data dan ambil apa yang diperlukan sahaja. Yang selebihnya korang tiidak pedulikan.

Mengapa? Korang memang menghormati pandangan orang lain, tapi korang percaya pada idea sendiri, keupayaan diri dan kesanggupan serta dedikasi. Korang percaya pada diri sendiri dan itu yang korang mahukan dalam hidup, bukan mengikut cara hidup orang lain.

4. Korang percaya cara bermain permainan itu lebih penting dan tidak kisah samada korang menang atau kalah

Jika korang dalam perjalanan untuk mencapai kejayaan, korang lagi sanggup gagal atas usaha sendiri daripada berjaya atas usaha orang lain. Korang lebih gemar capai masa depan sendiri daripada menumpang dalam orang lain pula rancangan masa depan. 

Sudah tentu korang mahu menang. Sebab itu memang sikap orang yang berjaya tapi korang mahu ubah peraturan dan korang mahu cipta permainan sendiri dan menangi permainan yang korang cipta itu. Ini kerana walaupun korang memenangi sesebuah permainan yang dipaksa untuk bermain oleh orang lain dan menang, ianya masih terasa seperti kalah bukan?

5. Korang tak perlu untuk jadi disiplin sebab korang tak boleh sabar untuk lakukan semua perkara yang boleh membantu dalam mencapai matlamat hidup

Disiplin sering kali menjadi batu pengukur untuk mencari jalan lakukan perkara yang korang mahukan. Orang yang berjaya tidak boleh sabar untuk lakukan perkara yang mereka perlu lakukan. Mereka ada matlamat dan impian dan mereka tahu setiap tugas yang perlu dilengkapkan yang akan mendekatkan diri mereka untuk mencapai kejayaan.

Kerana itu lah orang yang sedang mencuba untuk mencapai kejayaan boleh bergembira sewaktu melakukan kerja walau betapa bosannya sesuatu tugas itu. Apabila wujudnya garis panduan antara apa yang mahu dilakukan dan dimana korang mahu pergi, sesuatu tugasa itu tidak akan dianggap sebagai tugas lagi. Ianya akan jadi sesuatu yang menarik dan gembira. 

6. Korang tidak mahu sewenang-wenangnya peroleh kemahiran dan selepas itu teruskan rutin hidup

Ada orang yang bekerja untuk peroleh kemahiran atau mencapai sesuatu jawatan supaya mereka boleh bersenang-lenang dan selesa dengan keupayaan serta ilmu yang ada. Mereka bekerja keras dan mereka rasa cukup. 

Bagi mereka yang berjaya pula mereka tidak pernah rasa cukup dan mahukan tambah kemahiran. Mereka tidak berasa suka untuk senang berasa selesa dengan apa yang mereka dapat. Bagi mereka kemahiran yang mereka peroleh itu adalah peluang untuk nak dapatkan kemahiran lain. Mereka mahukan belajar lagi dan mereka akan tanya pada diri sendiri "apa yang sudah mereka lakukan pada diri sendiri kebelakangan ini?" Dan mereka akan sentiasa keluar dan mencari ilmu baru.

7. Korang adalah peminat kepada kejayaan orang lain

Bekerja untuk sebuah company yang besar memang sukar untuk nak berjaya  beramai-ramai. Kejayaan seseorang itu sebenarnya adalah atas usaha orang lain juga. Jika korang dinaikkan pangkat, orang lain pula tidak dapat. Jika korang terima manfaat tambahan, orang lain pula tidak. Sebab itu lah ianya sukar untuk tidak berdendam dan tidak cemburu atas kejayaan orang lain. 

Bagi mereka yang punyai sikap seperto orang yang berjaya, mereka tumpang gembira atas kejayaan orang lain. Mereka beerfikiran positif dan mereka tahu akan ada peluang untuk orang lain pula. Pada mereka, kejayaan seseoranng itu boleh dijadikan sumber inspirasi dan memang usaha mereka berbaloi.

8. Korang lebih gemar bertindak secara solo

Kita semua suka dikelilingi oleh orang dan rasa memang kita di tempat kita. Mengikut crowd memang best tapi dalam setiap pergerakan berkumpulan, ianya mesti bermula dengan seorang individu yang berani untuk bangun bersendiri, dan lain daripada orang lain, untuk menjadi pengantar suara bagi majoriti dan terima akibat daripada tindakan itu. 

Ini ah sifat seorang yang memang akan berjaya dalam apa juga yang dilakukan, kerana mereka sanggup mengambil risiko walau seperti mana pun.

9. Korang selalu berfikir "Mengapa tidak saya?"

Tidak kira lah apa matlamat sekalipun, kejayaan itu memang sukar untuk dicapai. Kerana itulah kita akan gagal dari masa ke masa dan apabila kita lakukan sesuatu perkara, mudah untuk berasa semuanya diluar kawalan, berasa down dan berfikir "Kenapa tak pernah dapat peluang sama macam yang orang lain dapat?" atau "Kenapa rakan-rakan tak menyokong macam orang lain?". Paling mudahnya korang akan selalu terfikir "Mengapa saya?

Tapi bagi mereka yang betul-betul berjaya, mereka akan tanya pada diri "Mengapa bukan saya?" Sebab itu lah usahawan akan masih buka kedai di kawasan yang sama kedai lain sudah gagal dan gulung tikar. Bagi mereka "Kalau mereka gagal, mengapa saya tidka boleh berjaya?". Kerana itulah usahawan akan buka company software dengan sehelai pinggan cuma berbekalkan idea sahaja. 

Mereka akan selalu lihat pada orang yang berjaya dan katakan kalau dia boleh, saya pun boleh. Jadi tanyakan pada diri "Mengapa bukan saya?" Tidak akan ada jawapan yang pasti, tetapi selagi korang bekerja keras pasti akan capai jua.