#MauConfess: Saya Dapat Call Dari HR Mengatakan AdaYang Pakai Orang Dalam, Kecewanya Saya
# Gaya Hidup

#MauConfess: Saya Dapat Call Dari HR Mengatakan AdaYang Pakai Orang Dalam, Kecewanya Saya

post by Izuan

by Izuan

Aug 28, 2016
pada 2:46 AM

Kami berani katakan berapa kerat sahaja calon-calon hadir ke temuduga dan diterima kerja dengan mudah, yang lain kebanyakkan pakai orang dalam sehinggakan calon yang sebenar-benarnya layak ditindas dan terpaksa menghadapi pengangguran.

Harapan gadis ini untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan yang mungkin diimpikan amat tebal, namun segalanya musnah apabila dirinya tertindas kerana ada pesaing yang menggunakan 'cable' daripada syarikat tersebut. Selama ini kita hanya dengar segala pendapat dan luahan daripada pihak majikan, kali ini ayuh kita fahami kekecewaan daripada pihak 'jobseeker' pula

Saya dapat call dari HR mengatakan ada orang yang pakai orang dalam

Assalammualaikum. Saya hanya ingin berkongsi satu cerita sahaja. Saya menghadiri temududa dari bulan 7.selepas interview itu, saya menunggu jawapan 2 minggu daripada syarikat tersebut. Tapi ia mengambil hampir 3 minggu disebabkan individu itu outstation. Sy terpilih tetapi diberi peratusan 70% akan dapat manakala 30% belum pasti. Seminggu selepas itu, saya dapat call dari HR mengatakan ada orang yang pakai orang dalam. Katenye orng itu x being invited pun cuma kes pakai kabel la ni. Berusia 40an dan post ini hanya sekadar exec sahaja. Kecewa kerana menggunakan orang dalam. Saya dipanggil semula untuk interview bersama CEO syarikat pula. Saya compete dengan individu 40an ini. Sy berusia 25 thun. CEO bersetuju ambil saya tapi, malangnya tersngkut kerana mereka akan adekan board meeting untuk menentukan siapa yang layak as a marketing executive. Pendek cerita.. Interview pertama lulus . Dengan CEO lulus, apakan daya bila ada yang guna kuasa dari BOD. Saya tersngkut 1 level. Mungki saya akan kalah kerana dia guna orang dalam BOD syarikat. Die seorang bekas wartawan dan x de kne mngene degn marketing tapi sy terpilih kerana layak (berpndukan sijil sy dan pnglmn yg sedikit) Kecewa nya saya dengan orang yang menggunakan orang dalam sedangkan dia tidak berapa layak.

#MauConfess