Overtime Tak Semestinya Korang Pekerja Hebat Dan Cemerlang Kerana Ia Akan Memberikan 4 Kesan Sampingan Ini
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Overtime Tak Semestinya Korang Pekerja Hebat Dan Cemerlang Kerana Ia Akan Memberikan 4 Kesan Sampingan Ini

post by Aisya

by Aisya

Aug 22, 2016
pada 2:21 AM

Sepatutnya bila jam dah pukul 6 memang menandakan masa untuk balik, siap-siap susun barang tapi melihatkan kerja tak siap lagi dan bos pun masih lagi ada dalam bilik dia dah siap warning siapkan kerja sebelum balik, terus korang tak jadi nak balik. Kena overtime lagi harini, haih... Semua orang tak suka bila kena kerja overtime ni. Kalau boleh memang tak nak stay dekat office sampai lewat malam sorang-sorang, tapi apa boleh buat bila bos suruh siapkan kerja memang tak boleh nak kata apa la.

Ni nak beritahu majikan semua apa keburukan apabila pekerja kena kerja overtime. Fakta ini dikeluarkan oleh pakar Sains tentang keburukan bekerja overtime kepada kesihatan diri. Kajian daripada National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH) membuktikan yang bekerja lebih 40 jam seminggu bukan hanya tidak produktif juga sangat membahayakan kepada kesihatan.

Mungkin kesan ini tidak akan nampak dalam jangka masa yang terdekat dan ditambahkan pula dengan umur yang masih muda dan bertenaga lagi, overtime ni tak ada lah apa sangat kan? Korang perlu fikirkan kesan kepada diri sendiri dalam jangka masa yang panjang. Ini adalah kesan buruk lain yang akan dihadapi oleh pekerja yang selalu buat overtime:

1. Sakit jantung

Bekerja lebih daripada 10 jam sehari dikaitan dengan masalah kesihatan iaitu sakit jantung. Mengikut kajian dikatakan pekerja yang overtime lebihi terdedah kepada serangan jantung sebanyak 60%.

2. Masalah perhubungan

10% daripada mereka yang bekerja 50-60 jam seminggu dikatakan menghadapi masalah hubungan. Ini termasuklah hubungan antara keluarga, pasangan serta rakan-rakan. Peratusan menaik kepada 30% kepada mereka yang bekerja 60 jam seminggu. Macam mana boleh rosakkan hubungan? Kalau dah setiap hari balik lewat malam, tidak hadir untuk program keluarga dan asyik dengan alasan kerja akan sampai satu tahap orang sekeliling pun akan rasa penat. Tapi mereka perlu faham, ini bukan kemahuan mereka jika dah majikan yang suruh apa boleh buat kan?

3. Kemurungan yang kronik

Apabila bekerja lebih 40jam seminggu, ia boleh dikaitkan kepada penambahan dalam pengambilan nikotin. Kepada perokok tegar, had pengambilan mereka akan bertambah atas faktor tekanan. Kaum wanita amat senang untuk mengalami kemurungan yang kronik dan kepada lelaki pula, akan berlaku penambahan berat badan yang tidak sihat. Semuanya adalah akibat daripada  overtime.

4. Impak kepada keseimbangan hormon

Apabila kerja overtime ni memang tak boleh lari daripada stress dan tertekan. Tekanan berkait rapat dengan keseimbangan hormon. Tekanan akan menambahkan cortisol iaitu hormon steroid yang boleh memberi kesan kepada pola tidur, selera makan, tekanan darah, sistem imun, memori, mood dan banyak lagi. Sudah lah balik lewat malam akibat kerja, bila dah sampai rumah tak boleh nak tidur. Lama-kelamaan ianya akan menjadi kronik dan daripada satu masalah ianya akan berkembang dan bertambah ke masalah yang lebih parah. 

Overtime ni bukannya kayu ukuran untuk menjadi pekerja contoh

Berhenti lah merosakkan diri sendiri. Kerja boleh dicari tapi kesihatan diri tak boleh ditukar ganti. Kita nak pakai lama anggota badan semua ni, bila waktu muda lagi ni memang rasa kuat lagi dan tiada apa kesan. Bila dah meningkat berumur, baru lah kesan-kesan waktu muda dahulu akan muncul. Perkara yang boleh dicegah, korang perlu cegah. Jangan biasakan diri untuk buat overtime sewaktu bekerja. Ingat ya!