Sebenarnya 5 Petanda Ini Menunjukkan Interview Tu Fake Sebab Majikan Dah Hire Orang Lain!
# Pengetahuan Interview

Sebenarnya 5 Petanda Ini Menunjukkan Interview Tu Fake Sebab Majikan Dah Hire Orang Lain!

post by Izuan

by Izuan

Jul 26, 2016
pada 8:19 AM

Kita punyalah beriya-iya study macam-macam, sediakan pakaian lawa-lawa semata-mata untuk interview. Tapi bila dah sampai masanya, reaksi majikan pun..alahai! Padahal korang dah perform sebagusnya, tunggu-tunggu tupa-rupanya memang tak dapat tawaran kerja tu.

Mesti sakit hati kan? Tapi nak buat macam mana itulah hakikatnya, jadi kalau lah korang ada terhidu petanda-petanda sebegini, nasihat kami jangan lah menaruh harapan tinggi terhadap interview yang korang dah jalani tu. Tapi ia bergantung keadaan juga, kalau dah termaktub kerja itu kerja korang, rezeki lah tu. Rezeki tak kemana kan?

1. Majikan Tak Banyak Tanya Soalan

Dia hanya tanya latar belakang, dan korang yang berusaha sedaya upaya menceritakan segala kelebihan, pengalaman serta kemahiran yang korang ada dengan majikan. Ada sesetengah majikan hanya kata "ok boleh mulakan" tanpa sebarang pertanyaan. 

2. Waktu Temuduga Yang Singkat

Satu jam adalah tempoh paling minima dalam sesi temuduga, tapi jika majikan menamatkan waktu temuduga dengan cepat, pernah terjadi satu sesi hanya dijalankan tak sampai 15 minit pun. Selain itu, majikan tak fokus langsung dengan segala perbentangan korang. 

3. Tak Senang Duduk

Semasa temuduga, majikan asyik tengok jam dan pandang ke arah lain. Selain itu, kalau korang lihat majikan sendiri tak silent kan handphone dan jawab panggilan sewaktu temuduga itu bermakna dia memang tak berminat untuk interview korang walaupun dari segi raut wajahnya yang kelihatan begitu ceria dan cara mereka berkomunikasi dengan penuh mesra.

4. Majikan Tak Buka Resume Dan Dokumen Korang Langsung

Gaya yang seolah-olah fokus dengan perbentangan korang dan banyak bertanya tapi langsung tak membuka resume dan segala susunan sijil yang korang telah berikan kepadanya. Selain itu, majikan sendiri tak tahu soalan yang dia nak tanya pada korang dan ulangi soalan yang sama beberapa kali, itu maknanya fikirannya melayang ketika korang sedang bercakap tadi. 

5. Buat Kerja Lain Semasa Interview

Majikan tak pandang korang langsung ketika korang sibuk bercakap macam-macam, dia hanya pandang kebawah atau komputer sambil menaip dan tak memberikan sebarang respon sehinggakan dia sendiri tak sedar bahawa korang dah habis cakap. jadi, anggap sahaja yang kerja itu bukan milik korang.

Tapi tak bermakna korang harus menamatkan sesi interview serta merta nanti korang akan di anggap biadap dan disenarai hitamkan dalam sistem majikan, lagi menyusahkan diri korang sebab syarikat lain dapat mengesannya dan susah nak dapat panggilan daripada syrikat lain nanti

Cakap sahaja apa yang boleh, mungkin dia mendengar dengan tetliti disebalik kesibukkannya, manalah tahu kalau-kalau korang terpilih walaupun harapan agak tipis. Macam kami katakan awal tadi, rezeki tak kemana kan?