Pasti Graduan Muda Rasai 5 Insiden Gerun Ini Penyebab Interview Terganggu, Atasinya Begini!
# Pengetahuan Interview

Pasti Graduan Muda Rasai 5 Insiden Gerun Ini Penyebab Interview Terganggu, Atasinya Begini!

post by Izuan

by Izuan

Dec 9, 2016
pada 4:18 AM

Biasalah belum pernah ada sebarang pengalaman kerja , mestilah tak ada pengalaman menghadiri interview kan? Rasa gerun itu pasti ada kerana ia adalah penentuan kerjaya anda. Bagaimanapun ramai dalam kalangan graduan muda gagal mendapatkan pekerjaan tersebut disebabkan prestasi mereka sewaktu interview merosot.

Interview ada pelbagai cara, ada yang dijalankan melalui telefon bersama HR, ada yang interview panel berkumpulan, mahupun berperingkat, bagi memastikan siapa diri anda yang sebenarnya. Pelbagai persoalan dan perkara yang tidak dijangka pasti kan terjadi, dan ia semstinya satu perkara yang amat berat bagi kalangan graduan muda.

Kesannya, rasa 'gerun' ini akan mula timbul dan sekaligus menjejaskan prestasi interview mereka.

1. First Impression

Cara bersalaman, posur badan, setiap ayat yang keluar daripada mulut anda merupakan satu perkara yang berat untuk memastikan segalanya sempurna. Ia tidak akan boleh dikawal jika anda rasa gugup menguasai diri kerana itu adalah saat genting untuk majikan mengenali  diri anda selain daripada resume.

Ramai graduan muda sekarang lupa perkara asa yang perlu dilakukan untuk meraih first impression terhadap majikan. Contohnya, sebelum memulakan temuduga, anda perlu tepati masa, berpakaian kemas dan sebagainya.

Tiba awal di tempat temuduga 10 hingga 15 minit untuk membuat persediaan rapi, susun dokumen yang dengan kemas untuk mengelakkan kelam-kabut semasa permulaan interview.

Bawa beberapa salinan CV dan bawa buku nota untuk sebarang catatan. Ini kerana soalan yang ingin anda tujukan sama penting seperti mana info yang diberikan oleh interviewer berikan kepada anda. Jangan lupa bawa rujukan, sampel kerja yang paling baik tapi jangan terlalu banyak kerana fokus utama anda adalah pada interview bukan pada dokumen yang anda bawa.

Tarik nafas panjang dan cuba untuk kawal diri sebelum masuk ke pejabat. Berikan reaksi muka yang poenuh dengan keyakinan, senyuman dan pandang kearah majikan. 

2. Hilang 'Memori'

Terlalu gugup juga punca utama anda lupa segala benda yang telah dilatih dan hafal sepanjang 2 minggu sebelum interview. Perkara ini kerap terjadi dalam kalangan graduan muda, ada juga yang susah untuk menyampaikan mesej walaupun mereka fahami apa yang ditanyakan oleh majikan.

Hati-hati dengan segala pertuturan anda agar majikan tidak 'meyimpang' kepada soalan yang sukar untuk anda jawab.

Cara Mengatasi :

Jangan hafal! Tapi fahami mengenai industri dan buat kaji selidit yang lebih mendalam mengenai syarikat, kerja dan soaln-soalan yang ingin ditujuan. berlatih bersama rakan-rakan, dihadapan cermin, supaya anda dapt lihat diri anda. dengan cara begini keyakinan anda akan semakin tinggi. Ramai yang hanya menghafal dan kaji selidik tanpa sebarang latihan,kesannya rasa gugup mengusai diri sehingga 'memory loss' secara tiba-tiba.

3. Soalan Diluar Jangkaan

Inilah 'spot' utama ramai graduan muda gagal mendapat pekerjaan kerana soalan yang tak dijangka-jangka keluar daripada mulut majikan.Anda hanya terlalu fokus kepada soalan berdasarkan mana-mana perkongsian dan soalan-soalan remeh sahaja.

Perkanalkan diri, "Kenapa kamin patut pilih anda","Apa kelamahan anda","Apa kelebihan" dan lain-lain itu pasti akan ditanya. Tapi jangan lah fokus pada soalan ini sahaja. Ada majikan bertanya soalan berdasarkan pemahaman dan pendapat anda mengenai sesebuah isu yang kami sendiri tak boleh ramalkan.

Cara Mengatasi: 

'Segarkan' minda anda, dapatkan segala info mengenai kerja dan tanggungjawab anda mengenai jawatan yang bakal anda perolehi itu. Kaji selidik dengan penuh teliti.

Contohnya, jika anda memohon kerja dalam bahagian pengurusan, anda harus fahami bagaimana untuk menyelesaikan sesebuah isu jika berlaku sebarang masalah ataupun kerja sebagai wartawan, majikan mungkin akan tanya mengenai isu semasa dan serba sidikit pendapat anda mengenai isu tersebut. 

4. Reaksi 'Bengis' Majikan

Biasnaya kita akan dapat lihat respon majikan menerusi reaksi mereka jika jawapan yang diberikan mampu menarik perhatiannya. Namun, ada sesetangah majikan yang menunjukkan respon seolah-olah menunggu masa untuk tanya soalan lain. Pendek kata, tak berminat langsung dengan perbentangan anda. 

Pasti minda akan terganggu, terdetik difikiran seperti "macam tak suka aku je, mesti tak dapat". Lalu anda pun akan memebeikan jawapan 'ala kadar' kerana putus harapan. 

Cara Mengatasi : 

Fokus sahaja pada jawapan anda, teruskan usaha memberikan yang terbaik! Ya, mungkin anda akan rasa anda gagal tapi kita tak boleh baca minda orang. Masih lagi ada harapan selagi sesi interview belum habis, jangan biarkan gangguan itu mengganggu prestasi interview. Cuba untuk kekal positif dan terus bentangkan apa yang berharga dalam diri anda.

Jangan paranoid apa yang majikan fikirkan, fikir apa yang anda perlu lakukan. Mungkin anda pernah lalui sebelum ini tapi ja ngan trauma untuk usaha lagi! Hargai masa interview tersebut.

5. Tertunggu-Tunggu

Sejurus sahaja sesi interview tamat, satu perkara yang menyakitkan graduan muda adalah menunggu respon samada terlipih ataupun tidak. Setiap hari 'refresh' email di komputer mahupun telefon bimbit untuk mengetahui adakah anda di pilih ataupun tidak. 

Cara Mengatasi : 

Biasanya majikan akan memberitahu langkah seterusnya, tapi jika mereka tidak berkata apa-apa tanya! Hubungi majikan melalui email mengenai progress pemilihan. Jangan membuat andaian bahawa anda tidak mendapat tawaran tersebut, mungkin majikan sibuk dengan tugasan mereka. jadi, lakukan follow up setiap minggu.