' Proses Recruitment' Cabin Crew Di China Yang Sangat 'Hardcore'
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

' Proses Recruitment' Cabin Crew Di China Yang Sangat 'Hardcore'

post by Izuan

by Izuan

Jan 20, 2018
pada 6:23 AM

Siapa sangka kerja yang nampak 'glamor', mudah dan seronok yang menjadi idaman ramai wanita ini rupa-rupanya telah 'dikerah' habis-habisan untuk tampil sempurna seperti mana yang kita nampak sekarang. Kerja di awan biru yang dikatakan 'bekerja sambil melancong' ini ada proses yang akan membuatkan korang sedar bahawa menjadi seorang pramugara/pramugari tidak semudah mana yang disangkakan, lebih-lebih lagi di China.

Postur tubuh badan yang menawan, paras rupa yang memukau, perututuran yang telus sebenarnya telah diasah awal-awal sebelum diberi kepercayaan dan amanah untuk mengendalikan sesebuah penerbangan. Jadi, disini kami nak kongsikan foto-foto bagaimana pramugara/pramugari ini dikerah sepanjang proses latihan mereka.

Gigit Chopstick Untuk Senyuman Menawan & Majalah Di Atas Kepala Untuk Postur Sempurna

Ujian Keseimbangan, Letak Botol Kaca Dipenuhi Air Selama 3 Minit, Pastikan Tak Jatuh!

Kepit Kertas Di Lutut Agar Berdiri Dengan Betul

Latihan Postur Untuk Lelaki & Wanita Yang Ketat Untuk Memastikan Mereka Berkelakuan Sewajarnya Semasa Penerbangan.

Diajar Teknik Seni Mempertahankan Diri (Kung Fu/Taekwondo)

Ada Sesetengah Kelas Mempertahankan Diri Dilakukan Di Tempat Terbuka, Mereka Juga Di Arahkan menjalani Latihan Ala Tentera

 

Dilatih bagaimana untuk pergi melalui kursus halangan serta bagaimana untuk mempertahankan diriterhadap serangan senjata bermata dua.

Lulus peperiksaan akhir adalah langkah terakhir untuk menjadi anggota rasmi krew kabin, bagaimanapun tugas ini agak mencabar. Untuk menjadi seorang graduan kolej berjaya, pelajar perlu memecahkan pinggan seramik dengan satu tangan pada percubaan pertama mereka.

Di Ajar Perlindungan/Berlawan Jika Diserang Pengganas

Dikerah Untuk mencari 'Cantik'