10 Lelaki Paling Kacak Di Dunia 2018. Fuhh Bergetar Tak Tulang Rusuk?
# Trending Semasa

10 Lelaki Paling Kacak Di Dunia 2018. Fuhh Bergetar Tak Tulang Rusuk?

post by Aisya

by Aisya

Jun 19, 2018
pada 10:29 AM

Siapa lah agaknya ye lelaki paling kacak di dunia tahun ini? Fattah Amin? Vin Diesel? Pitbull? Haa kalau korang nak tahu, laman web World's Top Most tahun ini ada menyenaraikan 10 lelaki paling kacak 2018 meliputi pelbagai latar belakang dari putera diraja, pelakon sehinggalah ke model. Dari Eropah sehinggalah ke Asia.

Berikut senarai Lelaki Paling Kacak di Dunia 2018 menurut World's Top Most.

10. Putera Williams

Dilahirkan pada 21 Jun 1982 di United Kingdom, Williams merupakan putera sulung kepada pasangan Putera Charles dan mendiang Puteri Diana. Berkahwin dengan Catherine Middleton pada April 2011, Williams cukup dikenali dengan keramahannya selain aktif dalam program kemanusiaan dan alam sekitar.

9. Brad Pitt

Memiliki pesona tersendiri, Pitt memang layak berada dalam senarai ini. Tidak hanya sekadar berlakon dia juga adalah seorang penerbit. Berusia 53 tahun dan sudah dua kali menduda, Pitt bukan hanya aktif di pentas lakonan malah juga terkenal dengan kerja-kerja amal.

8. Noah Mills

Pelakon dan model Kanada ini lahir pada 26 April 1983. Dengan ketinggian lebih enam kaki sepasang mata dan rambut berwarna perang melengkapkan ciri lelaki menawan pada Mills.

7. Salman Khan

Pelakon berusia 53 tahun ini turut disenaraikan. Menjadi ikon perfileman Bollywood sejak era 80-an lagi Salman masih pegang watak hero sehingga kini. Pernah dikaitkan dengan beberapa pelakon wanita, Salman sehingga kini masih belum mendirikan rumah tangga.

6. Hrithik Roshan

Pernah dianggap sebagai pencabar kepada Shah Rukh Khan satu ketika dahulu, Hrithik sebenarnya memiliki kebolehan yang sukar ditandingi pelakon Bollywood lain. Tidak hanya tampan, pelakon Kaho Na Pyaar Hai ini yang kini berusia 44 tahun juga memiliki bentuk tubuh yang menarik dan pandai menari.

5. Godfrey Gao

Lahir di Taiwan pada 22 September 1984 Gao memiliki ketelitian dalam soal berpakaian. Model yang terjun dalam dunia lakonan ini memiliki aura tersendiri sehingga mampu mencairkan hati wanita yang menatap wajahnya.

4. Chris Evans

Chris Evans adalah seorang pelakon berpangkalan di Amerika yang terkenal dengan filem Kapten Amerika. Empat siri filem itu menjadikannya salah seorang lelaki paling terkenal di dunia. Dia juga mempunyai style rambut yang bergaya yang menjadikannya lebih menarik di mata wanita.

3. Omar Borkan Al Gala

Mungkin tidak dikenali di Malaysia namun jejaka berusia 29 tahun ini cukup terkenal di Asia Barat. Lahir di Iraq pada 23 September 1989, Omar jadi kegilaan ramai gadis malah pernah menerima hadiah kereta daripada salah seorang peminat wanitanya.

2. Justin Trudeau

Mungkin dia ni takde lah kacak mana, tapi testimoni dari gadis-gadis menunjukkan Justin Trudeau ni tersenarai kerana penampilan dan keperibadiannya yang membuatkan ramai wanita cair.

1.Tom Cruise

Bagaikan tidak dimamah usia. Lahir pada 3 Julai 1962, Cruise sudah menawan hati peminatnya di seluruh dunia sejak lebih tiga dekad lalu. Tidak sekadar tampan, Cruise juga cemerlang dalam bidang lakonan dengan tiga Anugerah Golden Globe sudah berada dalam genggamannya.