Elakkan Letak 10 Ayat Klise Ini, Majikan Dah Muak Baca Dalam Resume Fresh Grad!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Elakkan Letak 10 Ayat Klise Ini, Majikan Dah Muak Baca Dalam Resume Fresh Grad!

post by Izuan

by Izuan

Sep 18, 2017
pada 11:45 AM

Sebagai senjata utama, kecantikan resume seperti infografik itu bukan segala-galanya tapi isi kandungan itu yang  memainkan peranan penting untuk membuatkan majikan beri tumpuan kepada anda. Ramai yang menganggap resume hanya sekadar 'pelepas' syarat untuk menghadiri termuduga kerja.

Bukanlah berniat untuk menjatuhkan graduan, tapi ia ternyata benar kerana kebanyakan golongan ini tidak memberi tumpuan terhadap resume sehinggakan majikan dapat 'hidu' bahawa calon tersebut hanya 'copy paste' template bahkan isi kandungan.

Ungkapan-ungkapan 'usang' yang terkandung dalam resume anda ini merupakan satu kunci kejayaan pada tuan empunya badan (yang mungkin digunakan pada beberapa tahun lepas), tapi bukan untuk diri anda kerana majikan dapat menilaikannya berdasarkan personaliti menerusi prestasi semasa temuduga selain menganggap ungkapan ini sudah tidak relevan.

Semak Resume Anda Segera & Ubah Dengan Ayat Lebih 'Advanced' Yang Mencerminkan Diri Serta Peronaliti Anda.

  1. "Results-oriented professional with a bottom-line orientation"
  2. "Motivated self-starter"
  3. "Superior communication skills"
  4. "Savvy/seasoned/strategic Business Professional"
  5. "Meets or exceeds expectations"
  6. Skilled at leading cross-functional/high-performance teams
  7. Proven track record of success
  8. Progressively more responsible positions
  9. Strategic visionary
  10. Dynamic Industry Leader

Pasti kesemua ayat ini ada dalam salah satu bahagian resume anda, mungkin "Objective", kemahiran, bahagian kesimpulan dan bermacam-macam bahagian lagi. Jika kesemua ini ada dalam resume anda, inilah tanggapan majikan.

Tanggapan Majikan Bila Anda Menggunakan 10 Ungkapan Ini

  1. Membawa maksud yang sangat berbeza kepada orang yang berbeza.
  2. Klise - telah membaca dan mendengarnya banyak kali 
  3. Labelkan anda sebagaipenakut yang tidak tahu bagaimana berkata-kata dengan suara  sendiri.
  4. Hanya mengatakan perkara yang berguna kepada perekrut atau pengurus pengambilan pekerja bukan pada diri sendiri, pendek kata mengampu!
  5. Cara yang paling teruk mungkin untuk mempamerkan siapa anda dan apa yang anda mampu.

Jadi segeralah perbetulkan resume anda dengan segera dan jadi diri sendiri! 

 

Pendaftaran terbuka sekarang!

EKSPO MAUKERJA 2017 : Penang Edition

Tarikh: 23 September 2017 (Sabtu)

Tempat: CAT Wisma Yeap Chor Ee, Georgetown (**Berhadapan Jeti Penang**)

 

Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

> Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Penang
> Temuduga On The Spot!
> Keputusan temuduga dalam 24 Jam
> Syarikat-syarikat besar turut menyertai!
> Banyak jenis pekerjaan : Full Time, Part Time, Internship, Freelance
> Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Ticket VVIP ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk VVIP 

 

(Lagi 1,000 tiket VVIP saja yang tinggal)

 

*PS: Ticket Masuk VVIP termasuk [1x Ticket Masuk Ekspo Maukerja] + [2x RM5.00 Grab Discount Coupon]*