11 Petunjuk Bahawa Majikan Tu Dah 'Berkenan' Dengan Korang Masa Interview
# Pengetahuan Interview

11 Petunjuk Bahawa Majikan Tu Dah 'Berkenan' Dengan Korang Masa Interview

post by Izuan

by Izuan

Jan 23, 2018
pada 8:32 AM

Kebiasaannnya bila dah habis sesi temuduga ada dua je perasaan yang akan timbul samada, korang dah berjaya tdan pasti akan dapat kerja itu ataupun rasa macam dah rosakkan peluang yang ada. Jika korang dalam kategori kedua tu, mesti korang habiskan berhari-hari memikirkan apa yang koranng sudah buat salah.

Adakah pergerakkan badan korang tu melebih sangat? Ton suara tak sesuai ke waktu interview hari tu? Ataupun cara jawab soalan salah ke yang buatkan penemuduga tak suka? Bermacam-macam perkara bermain dalam fikiran dan korang berusaha untuk dapatkan jawapannya.

Sebenarnya, kesemua soalan yang bermain dalam minda korang tu ada jawapannya. Korang tak perlu untuk keluar dariada bilik temuduga dan memikirkan antara dapat atau tidak kerja yang dimohon.

Kerana mengikut pakar kerjaya, ada sedikit-sebanyak tanda yang boleh korang lihat sewaktu temuduga berlangsung yang menunjukkan pelunag cerah samada korang diterima atau tidak. Ini adalah 11 tanda-tanda yang memungkinkan korang dapat kerja itu:

1. Penemuduga senyum selalu

Mungkin ada satu dua soalan yang korang berikan jawapan yang teramat lah klise atau boleh diagak, tapi jika penemuduga sentiasa senyum dan menganggukkan kepalanya dengan kerap, ini boleh diambil kira sebagai satu tanda yang positif.

Memang, mereka mungkin kerap senyum dan angguk kepala sebab mereka tu peramah, tapi jika korang dapat perhatikan senyuman yang mesra dan betul-betul ikhlas, maka peluang korang mungkin cerah. Menganggukkan kepala menunjukkan yang penemuduga betul-betul mendengar kepada jawapan korangdan berminat dengan apa yang korang katakan. Ianya adaah tanda yang positif bahawa korang berada dalam landasan yang betul. Tunggu dulu, ini baru petanda pertama.

2. Mereka bertanyakan soalan personal seperti keluarga, matlamat personal dan hobi dengan banyak

Tidak, jangan ingat mereka tidak tanya soalan berbentuk professional sebab korang bukan calon yang mereka cari. Berhenti berfikir yang mereka hanya mahu jaga hati dan teruskan menemudduga korang. Tidak betul! Jika penemuduga menunjukkan minat dalam kehidupan peribadi, ini bermaksud yang mereka betul-betul berminat. Ini kerana mereka berminat bukan hanya pada resume korang. Tapi pperlu diingatkan juga, tidak semua soalan peribadi perlu korang jawabkan. Ada antaranya salah di sisi undang-undang untuk dijawab. 

3. Sesi temuduga berjalan lebih daripada masa yang sepatutnya

Bila korang rasa interview ni berjalan lebih lama daripada yang korang fikirkan dan mula lah timbul satu rasa yang mungkin ini bukan rezeki korang, korang perlu fikir semula. Jika ianya lebih daripada 30 minit, ianya mungkin petanda yang bagus. 

Ini menunjukkan yang penemuduga mahu mengenali korang dengan lebih lagi. Korang mungkin sudah melepasi kriteria pertama yang mereka carikan dan seterusnya mereka tidak teragak-agak untuk melaburkan masa dan tenaga kepada korang kerana ianya memberikan jaminan.

4. Penemuduga berusaha untuk "menjual" jawatan itu kepada korang

Akan tiba satu tahap di mana penemuduga aka berhenti bertanyakan soalan dan hanya bercakap-bercakap tanpa henti. Korang mungkin akan ingat yang korang sudah tiada peluang lagi sebab mereka kehabisan soalan untuk ditanyakan. Berhenti bertindak melebih-lebih dan dengar dengan teliti apa yang mereka katakan.

Adakah mereka menceritakan mengenai company? Ini petanda yanng bagus dimana mereka amat impress dan mencuba untuk tawarkan korang kepada jawatan itu. Korang boleh agak sejauh mana sesi temuduga itu berjalan lancar jika penemuduga "menjual" jawatan serta organisasi itu kepada korang. 

5. Penemuduga bincangkan mengenai manfaat tambahan, gaji, polisi kerja etc

Ini mungkin adalah taktik mereka dalam sales dan ini juga adalah petanda positiff. Jika penemuduga mula berbincang mengenai polisi kerja serta manfaatnya, serta berbincang dengan serius mengenai gaji, inilah peluang terbaik yang mereka sedang merancang untuk membuat tawaran. Mereka tidak akan sewenang-wenangnya bazirkan masa untuk berbincang mengenai hal ini jika mereka tidak berminat pada korang.

6. Penemuduga membawa korang mengelilingi office

Tak kisah lah betapa teruknya korang rasa korang sudah lakukan sewaktuu temuduga, jika penemuduga bawa mengelilingi office, ini mungkin ada wujud lagi peluang. Jika mereka laungkan sedikit masa untuk tunjukkan korang sekitar office serta perkenalkan korang kepada pekerja lain sebelum korang keluar, ini mungkin menunjukkan yang mereka mahu membuat tawaran kerja. 

Kebanyakkan interview akan berikan korang gambaran secara kasar waktu kerja bermula dan sebagainya dan jika mereka luangkan masa untuk perkenalkan korang kepada pekerja lain, ini mungkin peluang cerah.

7. Mereka berkata "awak akan" 

Jika selesai sahaja sesi temuduga dan korang memikirkan kesalahan pertama yang korang lakukan iaitu mungkin berjabat tangan dengan lemah atau cara korang duduk tu pelik, korang mungkin tidak akan nampak beberapa petanda kecil yang mungkin tidak berapa perasan. Sebagai contoh, penemuduga menukar tona suaranya daripada tona yang berbunyi soalan kepada ton suara yang meyakinkan. 

Contoh terbaik adalah apabila mereka sering kali mengatakan di company ini awak akan lakukan ini... Kedengaran begitu menyakinkan dan koranng mungkin sudahpun diterima masuk.

8. Penemuduga meminta senarai reference

Ini bukan bermaksud yang mereka tidak percaya pada korang. Okay mungkin juga tapi tidak semestinya. Apabila penemuduga meminta reference list, ini bermaksud yang mereka benar-benar mahukan korang. 

Menyemak reference list kebiasaannya adalah langkah terakhir kepada majikan sebelum menawarkan kerja. Jadi korang sepatutnya rasa teruja dan jangan berputus asa lagi.

9. Proses follow-up dibincangkan secara terperinci

Apabila bakal majikan dengan semangatkan memperkatakan mengenai langkah selepas sesi temuduga ini iaitu follow-up, ianya jelas menunjukkan yang korng ada peluang yang cerah. Jika mereka katakan "Kami akan hubungi awak kemudian", ini mungkin kedengaran terlampau am tetapi jika mereka bertanyakan nombor telefon, emel serta bagaimana untuk nak hubungi awak ini memang petanda jelas. 

Jika mereka benar-benar berminta, mereka akan katakan "bilakah awak perlukan jawapan darippada pihak kami?" dan bukannya calon sendiri yang bertanyakan bila boleh mereka dapatkan jawapan muktamad. Mereka akan jelaskan secara terperinci timeline sehingga kata putus diberikan.

10. Korang dipelawa untuk hadir sesi temuduga kedua

Korang mungkin termasuk dalam senarai shorlisted person, tapi jika dipanggil untuk sesi temuduga kedua ini memberi korang petanda yang korang adalah calon yang sesuai. Mereka mahu korang untuk berbincang dengan pegawai atasan seperti pengurus, CEO dan orang sebegini tidak akan habiskan masa mereka dengan menemuduga calon. Hanya mereka yang benar-benar sesuai sahaja.

11. Ucapan selamat tinggaal yang sukar diberikan

Bunyi macam drama je kan? Jika penemuduga tidak sekadar ucapkan selamat tinggal dan kembali ke mejanya dan biarkan korang berjalan sendiri dan mencari mana pintu keluar, ini mungkin menunjukkan yang peluang semakin tipis. Tetapi jika penemuduga berjalan mengiringi korang dan masih lagi bertanyakan soalan dan berbual panjang sehinggakan sukar untuk korang ucapkan selamat tinggal, tahniah korang adalah calon yang mereka nantikan.

Selalunya penemuduga hanya akan lakukan sebegitu jika mereka rasa selesa dengan calon dan mereka pasti yang korang adalah calon terbaik yang mereka mahukan. Mereka mahukan hubungan proessional terbina sebelum korang masuk bekerja lagi.