Nak Tahu Sihat Atau Tak? Jom 'Check' Lidah Korang Sekarang! No.5 Tu Paling Bahaya Weh!
# Gaya Hidup

Nak Tahu Sihat Atau Tak? Jom 'Check' Lidah Korang Sekarang! No.5 Tu Paling Bahaya Weh!

post by Nazatul

by Nazatul

Sep 10, 2020
pada 11:41 AM

Berdiri depan cermin, meneliti setiap inci pada anggota badan, semuanya okay. Tapi bila buka mulut dan melihat lidah. Kenapa lidah agak “berkedut” di bahagian tepi. Keadaan ini membuatkan kita mula memikirkan segala kemungkinan kenapa lidah kita sebegitu rupa.

Lidah adalah anggota badan kita yang sangat penting. Tapi berapa ramai dari kita yang tahu sama ada lidah kita berada dalam keadaan sihat atau pun tak?

Biar gambar berbicara. Jom baca berjemaah:

#1 Warna Merah Strawberi

Lidah merah berkilat dan halus meunjukkan bahawa tubuh badan korang kekurangan vitamin B12 atau kekurangan zat besi. Jika keadaan lidah ini berterusan, ia boleh menyebabkan kesakitan ketika makan cecair panas atau makanan pedas. Vegetarian terutama terdedah kepada tahap rendah B12, yang terdapat dalam daging tertentu.

“Sekiranya anda menyedari lidah anda warna merah strawberi, dan anda seorang vegetarian, tanya doktor anda tentang pengambilan makanan tambahan, ” jelas Dale Amanda Tylor, MD, MPH, di Washington Township Medical Foundation.

#2 Warna Gelap Seperti Coklat

Jika warna lidah korang gelap seakan hitam dan lidah malah terdapat bulu halus, ini bererti korang seorang yang malas menjaga kebersihan gigi serta mulut.

Biasanya lidah yang gelap dan berbulu terjadi disebabkan kuat merokok, ketagih kopi dan tidak menjaga kesihatan oral dengan betul. Ini boleh menyebabkan nafas berbau atau rasa tidak normal.

“Cara terbaik ialah memberus gigi dan lidah atau menggunakan pengikis lidah bagi membuang semua sisa makan yang terlekat, ” terang Jack Der-Sarkissian, MD, seorang doktor keluarga di Southern California.

#3 Lidah Putih

Keadaan di mana lidah yang berwarna putih menunjukkan bahawa lidah korang telah dijangkiti kuman. Ini boleh menyebabkan lidah korang mengalami ulser. Keadaan ini sering dikaitkan dengan antibiotik.

“Lidah adalah rumah kepada bakteria dan yis secara semula jadi. Apabila anda mengambil antibiotik, yang secara selektif membunuh bakteria, ia boleh membenarkan yis, yang tidak dibunuh oleh antibiotik, untuk mengambil alih. Keadaan ini mungkin menyebabkan gangguan rasa atau sedikit rasa sakit, juga boleh berlaku pada mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah, ” terang Dr. Tylor.

#4 Benjolan Putih Bawah Lidah

Korang pernah merasa seperti ada benjolan kecil berwarna putih di lidah? Tompok putih yang tidak menyakitkan itu dipanggil leukoplakia disebabkan oleh pertumbuhan sel yang berlebihan. Sering dikaitkan dengan perokok, mempunyai kira-kira 5 hingga 17 peratus peluang untuk berkembang menjadi kanser.

#5 Bintik-Bintik Merah Yang Timbul Pada Lidah

Jangan ambil mudah jika bintik-bintik merah yang timbul pada lidah jika korang mengalaminya lebih dari dua minggu. Ini mungkin gejala awal kanser lidah yang boleh terjadi kepada perokok tegar dan penghidap HIV.

Walaupun biasanya dikaitkan dengan penggunaan tembakau, kanser mulut juga boleh disebabkan oleh virus HPV. Jadi dapatkan pemeriksaan segera walaupun ia tidak mengganggu anda, ” jelas Dr Tylor. 

#6 Kedutan Pada Lidah

Korang semakin berusia, ya, lidah kita juga menunjukkan tanda-tanda penuaan. Ini menyebabkan terdapat kedutan pada permukaan lidah dan kedutan tersebut  boleh membuatkan bakteria dan kuman bersarang di lidah.

“Keadaan ini tidak berbahaya tetapi masalah timbul jika kebersihan gigi tidak dijaga sehingga membawa kepada jangkitan. Anda akan mengalami kesakitan gigi, bau busuk dan kadang-kadang rasa panas dalam mulut, ” jelas Dr. Der-Sarkissian.

Pastikan korang jaga kebersihan oral dengan baik, bila berus gigi jangan lupa sental sekali lidah!