17 Perangai 'Menyakitkan Mata' Semasa Temuduga Ni Akan Lesapkan Peluang Kerja Korang!
# Pengetahuan Interview

17 Perangai 'Menyakitkan Mata' Semasa Temuduga Ni Akan Lesapkan Peluang Kerja Korang!

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Feb 11, 2019
pada 3:19 AM

Kita semua tahu, yang tujuan temuduga kerja adalah untuk mendapatkan kerja. Korang boleh je sediakan resume yang memukau dan ada rekod yang baik daripada syarikat terdahulu, tapi kalau korang buat kesalahan semasa sesi temuduga berjalan peluang untuk korang dapatkan sesuatu pekerjaan tu amat tipis.

Menurut statistik yang telah dijalankan oleh syarikat yang merekrut pekerja di Malaysia, setiap syarikat akan menerima minimum 250 permohonan bagi setiap kekosongan jawatan yang di iklankan. Namun hanya 4 - 6 calon sahaja yang akan disenarai pendek dan ditawarkan bekerja.

Ini adalah senarai 17 perangai yang tak patut korang lakukan semasa menjalani temuduga, seboleh-boleh nya elakan berkelakuan macam ni untuk tidak memberi impak negatif kepada diri sendiri. Terutamanya kalau korang memang mahukan pekerjaan yang korang temuduga tu.

Jom semak! Supaya korang tak ulang kesilapan yang sama buat kali kedua dan secara tak langsung mencerahkan lagi peluang korang untuk mendapat kerja impian korang.

17 Perangai Yang Tak Patut Dilakukan & Perlu Di Elakan Semasa Hadir Temuduga!

  1. Datang temuduga lambat dari waktu yang dijanjikan (93%)
  2. Mengeluh, merengek, merayu atau seumpamanya (92%)
  3. Kurang persediaan untuk ditemuduga (89%)
  4. Memburukan bekas majikan (88%)
  5. Memburukan bekas syarikat (87%)
  6. Kesalahan tatabahasa dan ejaan yang ketara di dalam surat permohonan kerja (cover letter) (86%)
  7. Penguasaan bahasa yang teruk, kurang jelas dan sukar difahami semasa temuduga (84%)
  8. Dambakan tawaran gaji yang melapaui batas (84%)
  9. Tidak menepati kualifikasi penemuduga (80%)
  10. Menjawab soalan temuduga dengan jawapan yang salah atau tidak sepatutnya (77%)
  11. Kurang mempunyai interaksi mata dengan penemuduga (76%)
  12. Sombong, bongkak, angkuh dan bercakap besar (73%)
  13. Tak bawa salinan resume semasa temuduga (65%)
  14. Banyak merepek semasa temuduga, tak realistik dan mengarut sepanjang masa (63%)
  15. Pakaian tidak menepati piawaian temuduga yang sepatutnya (59%)
  16. Mempunyai helah, tipu muslihat dan cubaan merasuah penemuduga (bawa hadiah, makanan, kuih muih dan sebagainya) (56%)
  17. Memburukan calon lain semasa temuduga (55%)