Naik LRT Tapi Tertinggal Adab. Malu La Sikit!
# Trending Semasa

Naik LRT Tapi Tertinggal Adab. Malu La Sikit!

post by sofea

by sofea

Sep 3, 2018
pada 8:43 AM

Tular di Twitter 2 hari lepas pasal 3 orang remaja yang duduk dengan tidak sopan dan makan ruang dalam LRT! Tempat duduk 5 orang habis diguna dengan rakus oleh hanya 3 orang, yang mana salah seorang daripada mereka dengan slumber meletakkan tapak kasut yang kotor atas tempat duduk dan seorang lagi melunjur macam duduk atas karpet rumah.

Kalau ye pun kepenatan, fikirlah juga pasal orang lain! Untuk mengelakkan kes yang lebih kurang macam ni berlaku lagi, MauKerja nak kongsikan adab-adab naik LRT yang sepatutnya kita semua tahu!

1. Letak la bag tu!

Bila tengah waktu puncak, memang LRT akan padat dengan penumpang. Kalau korang bawa beg galas, tolong la letakkannya ke bawah. Takpun pakai beg tu ke arah depan, baru la korang nampak beg tu terkena atau terhimpit orang ke tak. Jadi la prihatin sikit dekat penumpang yang lain.

        Image result for rapidklhouserules

2. Warna merah untuk siapa?

Kalau korang perasan, tempat duduk LRT berwarna biru atau merah. Untuk pengetahuan korang, tempat duduk merah khas untuk mereka yang memerlukan seperti orang tua, ibu mengandung dan OKU. So, jangan la duduk situ kalau korang bukan golongan tersebut!

Image result for rapidklhouserules

3. Bagi orang keluar dulu.

Bila LRT sampai dekat station, jangan la terus serbu masuk. Kalau korang bagi orang dekat dalam tu keluar dulu, baru la ada ruang untuk korang pula! Dan mungkin disebabkan korang berpusu masuk, ada penumpang yang tak sempat keluar di station diaorang dan terpaksa patah balik. Tak kesian ke?

Image result for rapidklhouserules

4. Telefon ke mikrofon?

Dalam LRT kebiasaannya memang akan senyap. Kalau korang nak bercakap sesama sendiri atau berbual di telefon, tak ada masalah. Tapi jangan la cemarkan suasana yang tenteram tu dengan jeritan korang. Cakap slow slow je okay?

Image may contain: text

5. Boleh ke belakang sikit tak?

Kalau korang berdiri dalam LRT yang sangat sesak, cuba jangan halang laluan dekat depan pintu. Susah untuk penumpang LRT yang lain untuk keluar atau masuk. Jangan risau, korang tak akan terlepas station yang dituju sebab akan ada announcement tentang station seterusnya dari semasa ke semasa.

Image result for rapidklhouserules

6. Jaga kebersihan diri.

Dalam keadaan LRT sesak, mesti la korang akan berdiri rapat dengan penumpang lain. Sebab tu korang kena pastikan diri korang bersih dari sebarang bau yang tidak menyenangkan. Tutup mulut korang bila batuk, bersin, ataupun menguap. Jangan sampai korang dicop sebagai seorang yang pengotor!

Image result for rapidklhouserules

7. Jangan selfish!

Tempat duduk dalam LRT adalah khusus untuk para penumpang. Kalau korang letak beg atau barang korang atas seat, orang lain nak duduk dekat mana? Kalau boleh, pangku barang korang atas riba atau letakkan dekat atas lantai.

Image result for rapidklhouserules

Sebenarnya banyak je lagi adab menggunakan LRT. Yang penting, cuba la untuk peduli tentang perasaan orang lain, sebab ingat, bukan korang sorang je pengguna LRT.

Sumber: MyRapidKL

Senarai adab naik LRT adalah hasil penulisan Nabila Natasha melalui Program Freelancer MauKerja

Hantar artikel BEST korang tak kisah seberapa banyak pun melalui form ni...

>>>KLIK SINI UNTUK HANTAR ARTIKEL<<<