Awas! 12 Perkara Ni BAHAYA Post Di Media Sosial! LHDN Sedang Memerhati!
# Trending Semasa

Awas! 12 Perkara Ni BAHAYA Post Di Media Sosial! LHDN Sedang Memerhati!

post by sofea

by sofea

Nov 11, 2018
pada 2:13 AM

Korang tau tak LHDN skodeng media sosial korang? 

Pegawai di LHDN akan stalk atau skodeng media sosial individu yang belum mempunyai fail cukai di LHDN tapi memperagakan gaya hidup orang yang berduit.

So hati-hati dengan posting-posting di media sosial. Elakkan dari membuat post-post seperti ini di media sosial:

1)  Foto kita pindah ke rumah baru, foto hiasan dalaman rumah yang mewah, foto rumah yang baru dibeli atau dalam fasa pembinaan.

2) Foto kereta baru beli.

3) Foto motorsikal kuasa besar atau superbike.

4) Foto percutian ke luar negara.

5) Foto-foto trip memborong stok di China, Bandung, Bangkok, Vietnam, Kemboja.

6) Foto-foto premis bisnes kita seperti kedai, restoran, butik, booth, kilang, gudang.

7) Foto-foto stok dalam stor dan timbunan bungkusan yang hendak diposkan kepada pelanggan

8)  Foto kenderaan bisnes seperti lori, van, kontena, bas, kapal.

9) Foto memegang banyak duit tunai, foto menunjukkan cek dan juga transaksi perbankan secara online yang menunjukkan kita ada banyak duit.

10) Foto aktiviti mengendalikan kursus, seminar atau kelas bisnes.

11) Post-post iklan produk, iklan pengambilan agen, stokis, dropship, dll.

12) Post yang menceritakan duit banyak yang masyuk.

 

Sumber: Puan Ainon Mohd, Carigold

Artikel ini adalah hasil penulisan Siti Dullillah Yaakub melalui Program Freelancer MauKerja

Hantar artikel BEST korang tak kisah seberapa banyak pun melalui form ni...

>>>KLIK SINI UNTUK HANTAR ARTIKEL<<<