Mudah Je Dapatkan Kerja Melalui Emel Dengan Teknik Yang Betul, Jom Semak!
# Pengetahuan Pekerja

Mudah Je Dapatkan Kerja Melalui Emel Dengan Teknik Yang Betul, Jom Semak!

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Jan 19, 2019
pada 3:48 PM

Zaman sekarang kebanyakkan majikan akan membuat pemilihan awal mencari pekerja baru adalah melalui email. Jadi, adalah penting untuk korang mengetahui cara yang betul bagaimana untuk menghantar permohonan kerja melalui email.

Berikut adalah perkara yang penting yang harus anda ambil perhatian semasa membuat permohonan melalui email:

Guna alamat email yang profesional

Korang rasa ada ke company yang nak amik pekerja remp-it?

Pastikan korang tak menggunakan alamat email yang kelihatan bodoh atau tidak profesional macam contoh kat atas ni, dia guna nama remp-it. Korang rasa ada ke company yang nak ambil staff dari golongan rempit ni? Contoh lain ialah akujejakagadis-gadis@yahoo.com. Motif? 

Jadi pastikan korang tukar kepada nama sendiri agar lebih profesional contohnya AhmadZahid@gmail.com.

Subject

Subject pastikan tepat dan padat. Jangan membiarkannya kosong. Contoh subject yang baik ialah "Permohonan kerja untuk (nama jawatan yang dipohon)". Ini kerana syarikat menerima beratus email dalam sehari. Jadi dengan menulis tujuan email, korang membantu majikan mengetahui tujuan e-mail tersebut dihantar kepada mereka.

Format Resume dan lain-lain dokumen

Pastikan korang menggunakan format PDF dalam semua dokumen yang di berikan kecuali kalau telah diberitahu oleh majikan untuk menggunakan format-format tertentu. Namakan semua dokumen yang dihantar dengan seragam contohnya AhmadSulaimanResume.pdf, AhmadSulaimanSijil.pdf dan lain-lain.

Elak Kesalahan Ejaan

Pastikan korang membaca sekali lagi apa yang dah ditulis. Periksa segala ejaan dan pastikan semua dokumen dalam keadaan yang baik sebelum menghantarkan permohonan korang tu.

Body Message

Apabila korang membuat permohonan melalui email, korang boleh terus menulis cover letter dibahagian body email.

Semoga tips ni boleh memberikan korang sedikit sebanyak tentang bagaimanakan cara yang betul untuk membuat permohonan melalui email. Jangan lupa kongsikan dekat kawan-kwan korang sekali. Moga ianya bermanfaat!