2 Contoh Surat Permohonan Kerja untuk Fresh Grad dan Mid Level
# Pengetahuan Interview

2 Contoh Surat Permohonan Kerja untuk Fresh Grad dan Mid Level

post by Izuan

by Izuan

Mar 10, 2023
pada 5:30 PM

Surat permohonan pekerjaan ataupun cover letter hendaklah dilampirkan bersama dengan resume, tak kisahlah sama ada resume Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris ketika anda ingin mencari pekerjaan. Bukan apa, dengan adanya surat permohonan, anda akan dilihat seperti seorang yang profesional ketika memohon jawatan kosong. Disini akan dikongsi 2 contoh surat permohonan kerja untuk fresh grad dan mid level. 

Surat permohonan kerja (cover letter) tidak semestinya ditulis dalam Bahasa Inggeris kerana ia juga boleh dibuat dalam versi Bahasa Melayu bergantung kepada kesesuaian jawatan. Terdapat banyak contoh surat permohonan kerja atau cover letter yang anda boleh jadikan rujukan serta menepati kriteria yang ditetapkan. Di sini disediakan sekali contoh cover letter terbaik dan juga resume terbaik Bahasa Melayu yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

Bagi yang tak tahu, cover letter merupakan kandungan ringkas tentang diri anda dalam memohon sesuatu pekerjaan. Jangan ambil mudah! Walaupun hanya maklumat ringkas, namun cover letter juga memainkan peranan penting untuk menarik perhatian majikan membaca resume permohonan kerja anda.

Bagaimana cara untuk menulis contoh cover letter sama ada Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris dengan baik dan profesional? Jadi, jom ikuti tips dan cara kami menulis surat permohonan kerja (cover letter) terbaik ini supaya permohonan anda dipertimbangkan untuk menghadiri sesi temuduga!

 

Kesalahan Dalam Surat Permohonan Kerja Yang Patut Elak

Sebelum menulis sebarang surat permohonan kerja, pastikan anda tidak melakukan kesalahan yang dinyatakan seperti di bawah:

  • Jangan sesekali menghantar resume Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris tanpa surat permohonan
  • Jangan bincang gaji yang dinyatakan dalam iklan surat permohonan
  • Jangan ulangi maklumat yang sedia ada dalam resume melainkan secara ringkas
  • Jangan berikan gambaran umum tentang kualiti diri kamu dan pekerjaan yang lepas
  • Jangan menyatakan tugas menggunakan keupayaan kamu, sebaliknya apa yang kamu boleh lakukan dengan tugas itu (jadi seorang yang proaktif bukanya pasif)
  • Jangan memberikan maklumat palsu
  • Jangan hantar surat atau resume salinan
 

Contoh Surat Permohonan Kerja Yang Berpengalaman

 

Nama Anda

Alamat surat menyurat

......................................................................................................

Pengurus Besar

Jabatan Sumber Manusia

Kumpulan Kembara Sdn Bhd

Lot 9, Jalan Gembira 8, Seksyen 9,

40000 Shah Alam 

Selangor Darul Ehsan                                                                       18 Mac 2016

 

Tuan/Puan

 

PERMOHONAN BAGI JAWATAN KOSONG

Saya seperti nama diatas ingin memohon jawatan yang berkaitan dengan komunikasi Massa yang ada di syarikat tuan.

Saya yakin dengan kelayakan saya ini dapat memenuhi syarat-syarat dan kehendak jawatan yang ada. Sememangnya menjadi hasrat saya untuk bekerja dengan syarikat seperti syarikat tuan yang mempunyai reputasi cemerlang dalam bidang komunikasi di Malaysia.

Disini saya sertakan bersama resume. saya amat berbesar hati untuk menerima panggilan temuduga pada bila-bila masa sahaja. Sila hubungi saya di talian .......................... atau.......................... untuk tindakan lanjut.

Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya. Segala kerjasama daripada tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian Terima Kasih

Yang Benar,

............................................

Nama Anda

Email: namaanda@yahoo.com

 

Contoh Cover Letter Fresh Graduate

 

Nama Anda

Alamat surat menyurat

No hp

email:

tarikh:

Tuan/Puan,

Saya ada terbaca iklan jawatan kosong mengenai jawatan kosong mengenai jawatan penganalisis kewangan dipusat kerjaya dan kaunseling di UITM. Pengalaman semasa belajar dan latihan amali melayakan saya untuk memohon jawatan ini.

Menurut iklan tersebut, pihak tuan sedang mencari individu yang boleh menjadi ketua yang mampu menyediakan analisa kuantitatif dan bekerja dalam pasukan.

Semasa cuti semester, saya menjalani latihan amali di syarikat................................ Sudah menjadi tanggungjawab saya disitu untuk mengenalpasti kesalahan didalam pengiraan dan penjadualan. Dengan menggunakan kemahiran yang didapati melalui kursus yang mana berkaitan dengan ijazah pengurusan perniagaan, saya mampu membantu dalam menyelesaikan beberapa permasalahan yang dihadapi oleh kumpulan saya. Kemahiran semasa menyertai Persatuan Pelajar di Universiti sedikit sebanyak membantu saya bekerja dalam pasukan disamping membantu antara satu sama lain jika diperlukan.

Jika diberi peluang, saya yakin bahawa saya dapat membantu syarikat tuan sebagai penganalisa kewangan dan seterusnya dapat berkongsi bersama ilmu yang saya dapat semasa didalam kelas mahupun sewaktu dilatihan amali. Saya juga berkeyakinan tinggi bahawa kemahiran yang ada pada saya amat bersesuaian dengan jawatan ini.

Terima kasih di atas pertimbangan pihak tuan dan jasa baik tuan amatlah dihargai.

Sekian, Terima kasih

Yang Benar

..................................

Nama anda.

 

TIPS EKSTRA

Ini contoh susunan cover letter terbaik untuk rujukan mengikut prosedur What, Why & How. Bagaimana?

 

What?

Perkenalkan diri anda secara ringkas tetapi lengkap.


Why?

Beritahu tujuan anda hantar surat permohonan kerja tersebut. Yakinkan majikan kenapa mereka perlu memilih anda bekerja di syarikat mereka. 

 

How?

Maklumkan cara untuk menghubungi anda. Cara ini akan memudahkan interviewer untuk menghubungi anda jika mereka berminat!

 

Permohonan segera bagi jawatan kosong Digital Marketing!