2 Kali Berturut-Turut, OG Tiada Tandingan - Dota 2 The International 2019 (T19)
# Trending Semasa

2 Kali Berturut-Turut, OG Tiada Tandingan - Dota 2 The International 2019 (T19)

post by Ehsan

by Ehsan

Aug 25, 2019
pada 10:05 AM

Team Dota 2, OG berjaya merangkul kejuaraan kejohanan antarabangsa Dota 2, The International 2019 (TI9) di aksi grand final di Shanghai, China pada hari Ahad. 

Pasukan itu membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$15 juta (RM62.8 juta).

Pusingan grand final yang berlangsung Mercedes-Benz Arena itu menyaksikan OG menewaskan team Liquid yang juga dari Eropah dengan taktik 3-1.

Kini sudah masuk siri ke-9 untuk The International atau digelar sebagai TI9 dan nampaknya kumpulan OG menang lagi buat kali ke-2 di TI9 setelah tahun 2018 mereka juga merangkul gelaran juara. Membuatkan OG sebagai kumpulan juara yang berturut-turut dalam sejarah TI.

Walaupun Team Liquid berada di tempat kedua, mereka tetap membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$4.4 juta (RM18.4 juta).

Korang Team OG ke Team Liquid?