Kenapa Aku Susah Sangat Nak Tidur? Dekat Tempat Kerja Punyalah Ngantuk, Jangan Risau, Ini 8 Trik Padu Untuk Korang!
# Gaya Hidup

Kenapa Aku Susah Sangat Nak Tidur? Dekat Tempat Kerja Punyalah Ngantuk, Jangan Risau, Ini 8 Trik Padu Untuk Korang!

post by Ehsan

by Ehsan

Jan 23, 2022
pada 10:07 AM

Selepas seharian penat bekerja, balik rumah tu mesti dah rancang nak makan malam dan terus tidur. Oleh kerana keesokan awal pagi nya ingin pergi kerja semula, jadi korang dah set masa awal-awal untuk tidur. Tetapi perkara yang paling tak bestnya bila tak boleh tidur, segar semacam, padahal korang kena pergi kerja dan memerlukan rehat yang cukup. Siapa pernah jadi macam ni? Kalau tak tidur takut keletihan pula untuk kerja esoknnya.

Dah perlbagai cara yang korang lakukan masih tak boleh tidur. Kami faham bukan ada benda negatif yang korang fikirkan dan banyak perkara bermain diminda. Mesti korang sering terfikir dizaman kanak-kanak mengapa korang senang sangat tidur, ialah pada zaman itu mana ada masalah dan stress dengan kerja kan.

Walau penat bagaimana pun tetapi masih fikir mengenai kerja, memang susah betul untuk tidur. Itulah korang tak tahu, banyak cara untuk menyelesaikan masalah ini, kami tak berani kata ia berkesan tetapi kami pernah  mencuba memang berkesan. Ala apa salahnya jika korang mencuba kan. Baiklah, disini ada beberapa cara yang korang lakukan jika susah sangat nak tidur.

1) Berfikiran positif.

Kajian mendapati jika korang berfikiran negatif seperti 'dah lewat ni, masih tak boleh tidur'. 'Tidur lewat, mesti saya akan kepenatan jika bekerja esok tanpa tidur'. Tidak boleh begitu, tenangkan fikiran dan cuba untuk kosongkan minda, selalu lah berfikiran positif, ni nak tidur pun masih fikir pasal kerja. Kerja ialah kerja dan rumah adalah rumah. Salah korang juga jika banyak kerja ditangguhkan dan tak buat.

2) Berpura -pura penat.

Pratikkan minda yang korang memang betul-betul penat dan memerlukan rehat yang cukup. Tambahkan sedikit aroma di dalam bilik yang menenangkan. Pengaruh bauan dan cahaya juga memberi kesan untuk masuk tidur. Ye memang sesetengah orang tidak boleh tidur dengan keadaan gelap. Tetapi sekurang-kurangnya mempunyai sedikit cahaya lampur tidur. Jika memakai pelindung mata juga boleh buat korang tidur kerana tidak dapat sebarang cahaya.

3) Ubahsuai suhu.

Bukan sahaja suhu bilik, tetapi suhu badan korang juga. Jika terlalu panas, hadapkan lah betul-betul kipas tu kepada korang, dan jika terlalu sejuk, eloklah pakai lapisan selimut yang lebih. Suhu yang paling ideal untuk tidur ialah 60 hingga 67 degrees fahrenheit.

4) Membaca.

Bukan bermain handphone atau melihat hiburan di laptop. Hidupkan lampu membaca dengan kadar yang selesa dan bacalah beberapa muka surat buku, percayalah perkara ini akan betul-betul berkesan. Tak perlu meningat atau fokus setiap cerita buku, tetapi cukuplah sekadar bagi korang bosan dan menimbulkan mood mengantuk.

5) Mendengar muzik.

Ada sesetengah orang memang tak terima cara ini kerana tidak menenangkan. Tapi kadang-kadang bagi kami ia berkesan kerana musik menangkan dan boleh buat tidur. Tapi bukanlah musik yang mempunyai rentak yang rancak. Yang menangkan dan memainkan rentak slow. Pada masa ini banyak rentak dihasilkan untuk buat orang lain tidur,contohnya bunyi laut, hutan dan banyak lagi yang menenangkan.

6) Renggangkan badan.

Ye korang boleh lakukan ini tanpa perlu bangun dari katil. Letakkan kaki korang di dinding dan cuba tenangkan sistem saraf pusat korang. Selain itu lakukan beberapa gerakan ringan kaki dan tangan ataupun belakang badan untuk membuang tekanan yang berlebihan. Tumpukan pada setiap otot dan bahagian mana yang meletihkan, rehatkan badan dan cuba pejam mata tanpa memikirkan apa-apa.

7) Cuba senaman 4-7-8 ini.

Mengikut kajian, kadar penafasan juga mempengaruhi waktu tidur korang. Jika memang susah untuk tidur, cuba lakukan 3 langkah mudah ini.

  • 4 saat tarik nafas.
  • 7 saat untuk tahan nafas.
  • 8 saat untuk melepaskan nafas.
  • Ulang!

8) Minum minuman yang panas.

Dah pelbagai cara tapi masih sukar untuk tidur, cuba bangun dari katil dan buat segelas air susu panas bersama sedikit madu ( pasti memang sedap). Ataupun teh yang tidak mempunyai kafein. Kalau korang google. Banyak lagi minuman yang boleh buat korang tidur.

Jadi tak perlu serabut-serabut fikir masalah sebelum tidur kerana nanti korang juga yang kehilangan tenaga bila kerja tanpa tidur. Apakah puncanya sebenar korang tak boleh tidur? Adakah disebabkan minuman kafein yang berlebihan, atau keadaan yang tidak selesa mahupun masalah yang timbul hingga bawa ke masa tidur? Waktu tidur adalah waktu yang terbaik untuk melepaskan segala masalah. Jadi jangan sia-siakan waktu ini. Tapi jika orang yang kuat tidur ni, satu masalah juga. Kerja semua tak jalan. Hehe! 


KORANG NAK CARI KERJA?