Ramai Yang Tak Tahu, Bagaimana Dari Customer Service,  Kini Jadi CEO Syarikat Berjaya
# Gaya Hidup

Ramai Yang Tak Tahu, Bagaimana Dari Customer Service, Kini Jadi CEO Syarikat Berjaya

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 7, 2020
pada 10:58 AM

Biasanya apabila sebut sahaja mengenai Customer Services sudah pasti ramai orang pandang serong terutamanya fresh graduate. Sebab ramai menganggap kerja itu susah dan ibarat hanya untuk orang berpendidikan rendah.

Sebenarnya banyak perkara yang anda tidak tahu bahawa pekerjaa itu banyak melahirkan pengarah-pengarah syarikat, usahawan-usahwan berjaya. Jika mahu jadi seperti mereka apa kata anda cuba terjun ke bidang khidmat pelanggan sebagai kerjaya awal anda atas sebab-sebab di bawah.

 

1. Komunikasi/Multiltasking

Jika anda sebelum ini pendiam atau tidak yakin untuk komunikasi percayalah selepas menyertai kerja ini sudah pasti berbeza. Malah anda juga akan menjadi seseorang yang boleh buat 4 kerja dalam satu masa.

Apa tidaknya, pekerja customer services selalunya akan mendengar sambil menulis,berfikir,menaip dan berinteraksi dengan team leadar.

Nah, sekarang bagaimana? Masih lagi ingin meneruskan kerjaya yang gajinya tidak berbaloi atau terus menganggur?

2. Value added untuk kerjaya baru

Jawatan khidmat pelanggan boleh dikategorikan sebagai akar untuk jawatan lain. Sebagai contoh, bayangkan anda dilantik bekerja pegawai perhubungan awam dan tiba-tiba ada pelanggan utama syarikat datang untuk membincangkan menyenai projek bakal dilaksanakan.

Tetapi jika anda pernah bekerja dalam khidmat pelanggan, hal seperti ini mudah sahaja. Malah ilmu sebalik tabir seperti ini akan menjadi added value untuk anda mendapatkan jawatan idaman anda.

.

3.Latihan disediakan
 Tak payah nak runsing atau pening kalau anda memang zero mengenai industri itu kerana latihan berbayar akan disediakan selama 2 atau 3 minggu.Tetapi gaji asas tetap anda dapat. Mana nak dapat wei! 


4. Jadual kerja yang fleksibel dan ikut suka hati

Ya! Ini berdasarkan pengalaman peribadi penulis. Walaupun anda perlu bekerja shift  tetapi tahukan anda bahawa banyak syarikat yang mengizinkan anda bertukar jadual dengan rakan sekerja anda?

Jika anda adalah individu yang sukar untuk bangun tidur di waktu pagi, anda boleh bertukar jadual suka sama suka dengan rakan anda setiap kali anda mendapat shift pagi.