6 Cara Mudah Untuk Kesan, Aksesori Gadget Korang Ori Ke Fake
# Gaya Hidup

6 Cara Mudah Untuk Kesan, Aksesori Gadget Korang Ori Ke Fake

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Feb 17, 2021
pada 11:37 AM

Ramai orang sekarang lebih gemar beli barang secara online, harga yang ditawarkan jauh lebih rendah daripada harga komersial, tapi kena ingat bukan semua barang yang dijual tu tulen tau. Ada sesetangah penjual jujur menegaskan barang tersebut mempunyai gred sendiri (tiruan). 6 Cara Mudah Untuk Kesan, Aksesori Gadget Korang Ori Ke Fake

Tapi ada juga yang menipu!  Sekali pandang memang nampak tulen tapi lepas beberapa kali banyak masalah jadi, sakit hati bila baru dapat tahu gadget itu sebenarnya tiruan!

Kalau korang nak beli gadget secara online, atau dikedai-kedai biasa yang bukan rasmi  dari jenama gadget tersebut. Amalkan 6 tips yang kami akan kongsikan ini sebelum beli, ia mudah je, dapat dilihat dengan mata kasar  tanpa perlu melihat dari segi teknikal. 

 

1. Lihat  Cara Packaging, Lihat Kualiti Cetakkan Dan Pastikan Plastik Tak Ada 'Loose'

Pengilang barang tiruan ni takkan fikir bab-bab design. Kalau jenama asal, mereka kan lihat secara terperinci dalam pelbagai sudut, kualiti barang termasuklah packagingnya. Selain itu lihat pada kualiti cetakan, adakah kedudukan ayat itu sekata atau tidak.

Contoh macam gambar diatas, cetakan ayat bersepah dan plastik menggelebeh macam tu. iPhone sebenar tidak seteruk itu! Jangan percaya kalau penjual itu kata barang itu original.

Kalau beli secara online, saat kita menerima barang tersebut agak mustahil untuk kita buka kotak dan melihat dihadapannya. Jadi, lihat sahaja packaging, dah tahu itu gadget tiruan!

 

2. Lihat Bahasa Yang Digunakan Dalam Manual

Barang yang tulen akan menulis bahasa mengikut negara yang dijual, contohnya Malaysia mesti akan ada bahasa Melayu dan Inggeris. Kalau korang lihat bahasa dalam manual itu korang sendiri tak faham, maknanya barang ciplak lah tu.

 

3. Beri Perhatian Pada Kualiti 'Material' Yang Digunakan

Jenama yang terkemka ada sebab kenapa menjual harga mahal, mereka akan memastikan setiap perkakas yang digunakan berkualiti tinggi. Tak kiral dari besi, pastik ataupun getah. Selain itu setiap pembuatan barang akan dihasilkan diberi penekanan dengan lebih terperinci. 

Permukaan barang tulen mestilah 'smooth' dan tiada cacat cela, berbanding dengan barang tiruan yang tiada kualiti dan permukaan yang tidak sempurna.

 

4. Perhatikan Font, Kalau Barang Tiruan Takkan Sama Dengan Tulen

 

5. Pengecas Mesti Mengikut Negara Tersendiri, Serta Kualiti Keselamatan.

Setiap negara pasti akan ada jenis socket mereka tersendiri, contohnya UK dan US malah Eropah amat berbeza, di Malaysia biasanya akan ikut cara UK, Selain itu, pengecas tulen  tidak akan mempunyai lipit antara bahagian plastik warna yang berbeza, ia bertujuan untuk memastikan keselamatan korang ketika menggunakan alat mereka.

 

Pengecas U.S

Pengecas U.K

\

Eropah

 

6. Saiz & Warna USB Tiruan Berbeza Dengan Yang Tulen

 

Kualiti USB adalah salah satu daripada tanda-tanda yang paling jelas sesuatu produk palsu. Kalau USB tulen, ia akan dipasang dalam kabel dengan kukuh dan sama rata, Manakala yang palsu, sudutnya tidak betul dan longgar.

 


Cara nego gaji secara PERCUMA! 

Kami ajar dari A-Z untuk korang dapatkan gaji yang korang nak!