Boss Ganggu Selepas Waktu Bekerja, Wanita Ini Kongsi Cara Paling ‘Win’ Untuk Respon Bila Berada Dalam Situasi Ini
# Pengetahuan Pekerja

Boss Ganggu Selepas Waktu Bekerja, Wanita Ini Kongsi Cara Paling ‘Win’ Untuk Respon Bila Berada Dalam Situasi Ini

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 29, 2021
pada 7:25 AM

Dah habis masa bekerja ni ingatkan bolehlah spend masa dengan ahli keluarga pulak. Ataupun lepak makan dengan kawan-kawan ke atau chill menonton tayangan baru di Netflix. Yelah, dah penat satu hari kerja di office, kita nak lah ‘me time’. Tup tup tiba-tiba boss/ rakan sekerja hantar whatsapps pulak bertanyakan perihal kerja. Jam dah pukul 8 malam dan luar dari masa bekerja. Apa yang patut korang reply? Gunakan Cara Ini Untuk Respon Kepada Mereka Boss Ganggu Selepas Waktu Bekerja, Wanita Ini Kongsi Cara Paling ‘Win’ Untuk Respon Bila Berada Dalam Situasi Ini

Mesti ramai yang terkepit seperti dalam situasi di atas kan. Nak reply, takut perbincangan itu menjadi semakin panjang. Tak reply karang jadi serba salah sampai sukar nak tidur. Disini kita kongsikan cara paling baik untuk korang responds bila terkepit dalam situasi ini.

 

Jangan mudah marah atau melenting

Kebiasaannya bila diganggu selepas waktu bekerja ni, orang jadi mudah nak melenting. Mulalah update status di Twitter atau Facebook. Cuba tarik nafas, dan cuba baca dan fahami message yang diberikan. Kalau mesej yang diterima hanya sekadar bertanyakan sesuatu yang boleh dijawab terus tanpa memerlukan semakan file atau data, korang respon jelah terus. Jangan susahkan keadaan. Hati korang pun senang nanti.

 

Kenalpasti Urgent atau Important

Kalau korang taknak terus dilema sehingga terbawa-bawa ke mimpi, korang baca dan cuba fahami apa yang boss atau rakan sekerja perlukan itu sama ada ianya penting, urgent atau boleh dibuat kemudian. Jangan malu atau serba salah untuk tanya “Adakah ini urgent atau important?”. Jika jawapan mereka “Urgent”, tanya lebih lanjut kenapa ianya diperlukan segera. Sebab kadang tu, dorang message diluar waktu bekerja sebab takut terlupa nak bagi reminder dekat korang je

 

Belajar untuk katakan ‘Saya akan buat ini esok/ di office’

Belajar untuk respon ‘Noted, I will do this once back in the office’ atau ‘Noted with thanks, will revert to you ASAP tomorrow”. Sekurangnya mereka tahu bila mereka boleh perolehinya.

 

Respon dengan ayat yang profesional

Walaupun korang nak orang respect masa privacy korang, korang juga perlu belajar untuk be professional dan sopan. Balas mesej tersebut dengan ayat yang professional tanpa perlu menyindir atau marah-marah. Dengan cara ini, orang akan lebih berhati-hati sebelum nak kacau masa selepas waktu bekerja korang dan juga pada masa yang sama cara ini dapat menjaga imej korang sebagai seorang pekerja. 

 

Nak jadi pekerja yang berdedikasi bukanlah dengan bekerja tidak kira masa sehingga luar waktu pejabat. Pekerja yang berdedikasi adalah mereka yang pandai menyelesaikan tugasnya dengan baik. Sebenarnya orang boleh sahaja hormat cara kita bekerja jika kita pun pandai menjaga imej dan juga menghormati rakan sekerja yang lain.