Dulu Berniaga Nasi Lemak Tepi Jalan Kini Miliki Restoran Berkat Kerajinan
# Jenis Pekerjaan

Dulu Berniaga Nasi Lemak Tepi Jalan Kini Miliki Restoran Berkat Kerajinan

post by Zaki

by Zaki

Apr 23, 2021
pada 7:10 AM

Mengutamakan pelanggan dan memberikan layanan yang mesra merupakan kata kunci pada kejayaan perniagaan Nasi Lemak Saleha yang bermula secara kecil-kecilan sebelum mencipta nama. Malah khidmat kepada pelanggan yang baik juga menjadi rahsia perniagaan jalanan yang diusahakan oleh seorang suri rumah ini dikenali ramai. Nasi Lemak Saleha bukan asing bagi kalangan warga Kuala Lumpur di samping beberapa nama gerai atau restoran nasi lemak yang turut sohor di ibu kota.

Nasi Lemak Saleha hanya dijual di kedai kecil tepi jalan tetapi kini pemiliknya telah berjaya membuka dua buah cawangan restoran iaitu di Sri Rampai, Kuala Lumpur dan Ampang, Selangor. Nama perniagaan ini juga adalah bersempena dengan pemiliknya iaitu Saleha Abdullah, berusia 53 tahun. Semasa mula berniaga 10 tahun lalu, pemiliknya hanya menyediakan satu kilogram nasi sahaja sebelum jumlahnya bertambah sedikit demi sedikit. Hari ini dengan dua buah cawangan, Restoran Nasi Lemak Saleha menjana pendapatan harian mencecah lima angka.

Rahsia kejayaan perniagaan nasi lemak ini ialah mengutamakan penjagaan kualiti dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Selain itu, sentiasa terbuka menerima pandangan pelanggan untuk memperbaiki kekurangan, membuatkan jenama ini telah mendapat sambutan baik daripada pelanggan. Untuk memastikan perniagaan kekal dan bertahan lama pula adalah daripada rahsia menunya yang menepati cita rasa pelanggan..

Mula berniaga di kaki lima dengan modal sebanyak RM3,000, pemilknya berbelanjan dengan cermat demi memastikan pulangan modal digunakan dengan baik.  Perlahan lahan perniagaan meningkat naik sehingga menggajikan 10 pekerja, tapi kini dua cawangan restoran memiliki 60 pekerja selain dibantu ahli keluarga sediri untuk menguruskan perniagaan ini.

Operasi harian Nasi Lemak Saleha bermula pukul 4 pagi bagi proses penyediaan nasi lemak. Bekalan lain ialah sebanyak 150 ekor ayam diperlukan untuk dijadikan lauk sambal . nasi lemak. Rahsia kesedapan nasi lemak ini ialah pada sambalnya yang dimasak selama hampir tujuh jam supaya cili dipastikan benar-benar masak. Proses ini dianggarkan untuk hidangan kira-kira 2,000 orang dan prosesnya dilakukan dua kali sehari.

Lauk pauk lain yang turut disediakan seperti ayam goreng, telur mata, sambal sotong dan paru goreng berempah. Sebagai peniaga tepi jalan, pemilik perniagaan nasi lemak ini juga pernah dibantu agensi kerajaan iaitu daripada pihak Amanah ikhtiar Malaysia (AIM) termasuk bimbingan perniagaan.