3 Orang Pelajar Ini Kena Basuh Dengan Majikan Sebab Kongsi Satu Email Untuk Mohon Intern
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

3 Orang Pelajar Ini Kena Basuh Dengan Majikan Sebab Kongsi Satu Email Untuk Mohon Intern

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 4, 2017
pada 2:11 AM

Tak kisahlah sama ada nak mohon kerja atau nak mohon latihan praktikal, kedua-duanya memerlukan etika dan adab tertentu. Jangan main hentam je hantar email kat majikan. 

Selalunya kita tengok majikan kongsi basic kesilapan yang selalu dilakukan oleh calon yang nak mohon kerja atau internship. Tapi kes kali ni lain sikit. Majikan ni terkejut melihat cara tiga orang pelajar ni mohon latihan praktikal di tempatnya. Apa yang peliknya? Jom baca kisah yang dikongsikan oleh majikan yang dikenali sebagai @dayatj ini. Semoga dapat dijadikan iktibar buat semua yang sedang mencari kerja.

''Mula-mula aku xperasan ada 3, aku ingat 2 je. Hence dalam gmba aku reply mention 2 org je. Bila cek balik, ya ampun 3 org dalam 1 emel...''

''Aku tau kalau org lain, dah delete msk trash je, lepas tu complaint dekat socmed pasal budak2 zaman skrg.​..''

''Kalau pukul rata, itu pasallah ada yg tercicir kat blkg, tak blh cope dgn kerja, last2 resign. Padahal dia mgkin ada power dekat lain...''

Makin 'kreatif' pulak cara budak-budak sekarang mohon kerja, kan? Dah ada alternatif untuk mohon kerja menerusi email pun masih nak gunakan cara lagi mudah. Lepas ni sebelum nak mohon kerja, baik korang rujuk pada orang berpengalaman dulu atau google segala tips yang ada. Kalau dah betul-betul yakin, barulah korang tekan butang 'SEND'.