3 Taktik 'Win-Win Situation' Wanita Ini Lakukan Ketika Berunding Gaji Masa Interview
# Pengetahuan Interview

3 Taktik 'Win-Win Situation' Wanita Ini Lakukan Ketika Berunding Gaji Masa Interview

post by Izuan

by Izuan

Sep 5, 2017
pada 2:35 AM

Salah satu perkara yang paling genting di akhir waktu temuduga ialah, rundingan gaji dimana disinilah yang menentukan kehendak anda untuk kerja di syarikat tersebut. Kadang-kadang kita menaruh harapan tinggi untuk mendapatkan sesuatu jawatan itu, namun gaji yang ditawarkan tidaklah begitu memberangsangkan.

Sebenarnya kalau majikan tidak menawarkan gaji seperti mana yang korang harapkan, masih ada alternatif lain untuk korang dapatkan jumlah yang sepatutnya daripada syarikat tersebut, jangan terima bulat-bulat! Lagi satu bukannya dengan cara cari kerja ditempat lain, jangan risau cara yang kami akan kongsikan ini takkan menjejaskan persepsi majikan pun.

Tapi kalau nak minta pun, jangan lah terlalu tinggi sehingga melepasi tahap piawaian yang sepatutnya lebih-lebih lagi graduan muda. Jadi, jom ikuti p[anduan ini, sesuai digunakan bagi mereka yang dah berpengalaman mahupaun graduan muda!

1. "Apa Yang Saya Boleh Lakukan Untuk Mendapat Gaji Sejumlah RMXXXX?"

Majikan akan terangkan job skop yang perlu korang lakukan, kemungkinan di luar bidang kuasa. Ia bergantung kepada korang samada mahu terima atau pun tidak, jika mahu terima, pastikan korang buktikan kepada mereka bahawa korang boleh lakukannya dengan baik dan tunjukkan bahawa korang bersungguh-sungguh dalam melakukan tugasan yang diberikan dalam tempoh yang majikan telah tetapkan. 

2. Ketahui 'Benefit' Yang Pekerja Boleh Terima

Cara lagi satu adalah dengan bertanyakan kelebihan yang korang akan peroleh jika bekerja disitu seandainya gaji tidak memberangsangkan (elaun, parking, kerja lebih masa). Ada segelintir syarikat yang beri gaji sedikit tetapi elaun tinggi, ada juga yang tidak memeperuntukkan apa-apa kelebihan.

Itu sebablah pentingnya untuk kita tanya, kerana ada majikan yang sengaja tidak memberitahu 'benefit' sewaktu temuduga. Kalau yang sediakan tu baguslah, kalau tak? Gighit kuku lah jawabnya, dah la gaji sikit,  tak ada sebarang elaun lagi. 

3. Terangkan Matlamat/Sumbangan Dalam Syarikat Ini

Ini sesuai untuk mereka yang dah ada pengalaman, tunjukkan yang terbaik dalam diri korang kepada majikan berdasarkan kemahiran yang korang dah peroleh sepanjang korang kerja di tempat lama. Ya lah kan, salah satu tujuan nak tukar kerja baru mestilah nak 'upgradekan' gaji kan? 

Video


 

Pendaftaran terbuka sekarang! EKSPO MAUKERJA 2017 : Penang Edition yang bakal berlangsung 23 September 2017 (Sabtu) di CAT Wisma Yeap Chor Ee, Georgetown. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

> Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Penang
> Temuduga On The Spot!
> Keputusan temuduga dalam 24 Jam
> Syarikat-syarikat besar turut menyertai!
> Banyak jenis pekerjaan : Full Time, Part Time, Internship, Freelance
> Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Ticket VVIP ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk VVIP 

 

(Terhad kepada 5,000 pendaftar terawal sahaja!)

 

*PS: Ticket Masuk VVIP termasuk [1x Ticket Masuk Ekspo Maukerja] + [1x RM5.00 Grab Discount Coupon]*