4 Apps Ni Bantu Korang Edit Video Cepat, Tak Sampai 5 Minit Pun!
# Trending Semasa

4 Apps Ni Bantu Korang Edit Video Cepat, Tak Sampai 5 Minit Pun!

post by Nazatul

by Nazatul

Apr 30, 2020
pada 12:36 PM

Minat edit video tetapi tak tahu nak guna Apps apa? 

Korang mesti nak tahu kan macam mana nak hasilkan video kurang dari 5 minit kan, melalui UbaidullahBlog yang menerangkan bagaimana nak menghasilkan video hanya menggunakan smartphone dan PC korang. Wow hebatkan! Meh tengok:

1. DJI Go

Kalau korang nak tahu Apps ni dapat mengawal Drone! Melalui apps ni, tak kisah lah mavic pro ke, phantom 3 ke phantom 4 ke asalkan jenama DJI korang boleh kawal drone menggunakan smartphone korang je. Senang kan?

Jadi selepas korang merakam guna drone terus edit video dengan pilih theme yang korang nak, lagu yang menarik dan rancak sesuai untuk korang.

Korang juga hanya  perlu pilih sahaja nak lagu mana, video serta gambar. Transition video pun mengikut rentak lagu. 

"..Cuma kelemahannya, bila kita dah produce video guna DJI Go ni, lagu yang dihasilkan itu agak pecah dan kurang jelas. Ini membuatkan mood anda 'spoil'. Video dah menarik, lagu pulak pecah!.."

2. iMovie 

Apps hanya untuk pengguna Iphone 6 keatas je tau! 

Apple melancarkan iMovie khas untuk yang nak edit video menggunakan 'smartphone'. Jadi, mesti korang akan berpuashati dan seronok edit video menggunakan apps ini. Sebab nak edit video, cut video, tukar transition effect semua di hujung jari je!

 

"..Tetapi, kelemahannya, apps ini hanya ada di Iphone jerr.. Kalau nak edit jugak, sila baca tips yang ke tiga ni.."

3. Quik

Ok yang ketiga, Quik Apps hanya untuk vidoe kamera Go Pro ye! Korang dengar pun macam tak popular kan, tapi ni lah apps yang paling digemari oleh pemilik Go Pro tau!

Jadi sesiapa yang ada Go Pro cuba guna apps confirm video korang lepas ni lagi gempak dari sebelum ni.

Kalau korang nak tahu apps ni banyak review A+++ sebab ada banyak 'theme' yang kita boleh pilih, effect yang lain dari yang lain (ini kalau buat kat desktop kena pakai After Effect) , dan video pula 'auto-cut' ikut rentak music masing masing. 

"..Video yang dihasilkan pula siap dengan Intro > Transition Effect > Outro. Dan semua ni gempak gempak tau! Video ni pun boleh pilih samada nak pilih landscape atau potrait dengan hasil HD.."

4. Microsoft Powerpoint

Mesti korang tak tahu kan Microsoft Powerpoint ni boleh edit video? Sebenarnya memang boleh menggunakan template video ni korang boleh buat video animation contoh nya yang lebih lain dari yang lain. Sebenarnya kita boleh manfaatkan software microsoft office powerpoint. serius! korang tak tahu ada banyak animation dalam powerpoint yang boleh edit dgn mudah! Kemudian boleh save as video .mp4.

Tapi apps ni hanya untuk korang yang nak buat video cepat je tau!

"..Cuma kelemahan dia, kita nak buat sendiri A-Z agak susah. Jadi gunakan je template beli. Edit godek godek sikit jadi!.."