4 Contoh Resume 'Tangkap Muat' Yang Majikan Selalu Terima, Layak Ke Dapat Kerja Macam Ni?
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

4 Contoh Resume 'Tangkap Muat' Yang Majikan Selalu Terima, Layak Ke Dapat Kerja Macam Ni?

post by Izuan

by Izuan

Oct 5, 2021
pada 8:20 AM

Selama ini kami hanya tunjukkan contoh-contoh resume yang bagus dan sempurna sahaja. Tapi, kali ini lain sedikit kerana masih ada yang mengangga hasil nurkilan 'tangkap muat' mereka ini sudah memadai, mungkin ya di mata mereka tapi bukan di mata majikan. Persoalannya siapa yang ambil calon bekerja? Siapa yang akan baca resume? Sah-sah majikan!

Memanglah resume yang ringkas merupakan salah satu ciri-ciri yang berkualiti, tapi perlulah padat! Kalau tak padat, itu lah tangkap muat namanya. Sepanjang tempoh kami sendiri mengendalikan sesi interview bersama calon, majoriti akan memberikan resume-resume seperti dibawah ini. Kami akan huraikan sekali apa yang membuatkan majikan menganggap resume-resume sebegini sebagai hasil kerja tangkap muat.

Contoh  Resume Tangkap Muat 1 

Kesalahan:

  • Jangan center kan semua! Susah nak baca, lebih-lebih lagi pada  bullet ponts
  • Jangan tinggalkan terlalu banyak ruang kosong atau terlalu sikit. Seimbangkan teks dengan  white space  di permukaan muka surat
  • Jangan gunakan font yang sama sahaja. Majikan akan keliru dan resume nampak amcam tak mesra alam untuk dibaca.

Contoh Resume Tangkap Muat 2

Kesalahan:

  • Margin terlalu kecil, Ia kelihatan seperti terlalu mendak dengan isi. Resume ini juga nampak kusut dan majikan akan rasa malas nak baca.  Margin dan ruang putih sepatuhnya dijaga jarak jauhnya untuk memastikan setiap kandungan isi boleh 'bernafas'
  • Untuk bahagian 'body', jangan gunakan font lebih daripada saiz 11. Nampak terlalu besar dan tidak professional.

Contoh Resume Tangkap Muat 3

Kesalahan:

  • Penggunaan warna yang melampau, nampak seperti banner iklan murah ditepi jalan
  • Variasi warna itu telah menyebabkan tiada "synchronization" dalam setiap isi. Menampakkan tiada padanan. Jangan risau, majikan pandai baca dengan waras, guna sahaja hitam dan putih
  • Tapi puji dari bab margin lah, seimbang dan boleh 'bernafas'

Contoh Resume Tangkap Muat 4

Kesalahan:

  • Font ala-ala poster filem Avatar, jangan gunakan font selain Times New Roman, Calibri, & Arial!
  • Majikan susah nak baca!