4 Gambar Unik Ni Bakal Bongkar Personaliti Diri Yang Ada Dalam Diri Korang, Cubalah!
# Gaya Hidup

4 Gambar Unik Ni Bakal Bongkar Personaliti Diri Yang Ada Dalam Diri Korang, Cubalah!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 22, 2019
pada 5:07 PM

Apa yang korang nampak dulu bila melihat sesuatu sebenarnya banyak mendedahkan karakter atau personaliti korang yang sebenar. Kalau tak percaya, korang boleh buat ujian personaliti ni dan cuba fikir sama ada analisis tu betul-betul kena dengan diri atau tak. 

 

1. 

 

A. Muncung Anjing

Kalau korang terlihat muncung anjing masa mula-mula pandang gambar ni, maksudnya korang memandang gambar ni dari sudut yang biasa dilihat iaitu dari kiri ke kanan. Namun ini tidak bermaksud yang korang adalah seorang yang 'biasa' sebab ini adalah tanda yang korang adalah seorang yang berfikiran logik dan suka menganalisis realiti. 

 

B. Ekor Dan Kaki Anjing

Kalau korang melihat gambar ni dari kanan ke kiri, korang akan nampak terus benda yang jelas-jelas terpampang ni disebabkan warnanya yang sangat berbeza. Korang adalah seorang yang sukakan keputusan yang original. Ini bermaksud yang korang suka menggunakan pendekatan kreatif semasa cuba menyelesaikan sesuatu perkara.

 

2. 

A. Singa

Korang akan melihat sesuatu perkara sehingga ke akar umbi dan tidak gentar untuk berhadapan dengan perasaan takut sendiri! Korang adalah golongan manusia yang sangat berani!

 

B. Burung

Korang jenis seorang yang suka ambil banyak perkara dengan ringan. Dalam beberapa situasi, korang boleh jadi agak tidak bertanggungjawab. Dalam masa yang sama, korang sebenarnya memiliki personaliti yang kreatif dan keinginan yang tinggi untuk mengubah dunia agar menjadi lebih baik. 

 

3. 

A. Itik

Kalau korang ternampak itik dulu, korang jenis yang mudah mengikut atau berubah mood. Selain tu, korang juga selalu mengubah keputusan secara tiba-tiba.

 

B. Arnab

Korang akan mengambil kira kesan setiap tindakan. Kebiasaannya, pemikiran logik banyak menguasai korang. Namun begitu, ini tak bermaksud korang jenis yang tak kisah pasal perasaan orang lain.

 

4. 

A. Buaya

Kalau apa yang korang ternampak adalah buaya dulu, seperti mana kebanyakan orang, korang adalah seorang yang praktikal dan tak suka mengambil risiko dalam kehidupan. Korang hidup dalam penuh berhati-hati dan lebih banyak fokus pada aspek negatif daripada positif. Cuba relaks sikit okay?

B. Bot

Kalau ternampak bot dulu, ini bermaksud korang memiliki pandangan yang penuh teliti, dan tiada apa yang korang akan terlepas pandang. Ini turut menjadi tanda ketinggian kreativiti korang dan kebolehan untuk mencari penyelesaian yang unik dalam apa sahaja situasi.