4 Jenis Dilemma Di Pejabat Serta Langkah Paling Efektif Untuk Selesaikan. Cubalah
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

4 Jenis Dilemma Di Pejabat Serta Langkah Paling Efektif Untuk Selesaikan. Cubalah

post by Shasha

by Shasha

Sep 26, 2016
pada 9:13 AM

Walaupun sehari je di pejabat, macam-macam benda boleh jadi kan? Samada perkara yang baik mahupun buruk. Mungkin diantara korang sedang/pernah/selalu alami dilemma di tempat kerja tapi dalam keadaan korang sendiri tak sedar.

Dalam banyak-banyak dilemma di pejabat, kami di maukerja.my dapat detect beberapa yang sering dialami oleh korang ataupun mungkin semua orang. Bukan saja nak detect tapi kami nak kongsi cara paling simple untuk korang tangani & memudahkan urusan korang di pejabat. Antaranya :

1.Konflik dengan colleague

Ada je yang tak kena bila dengan colleague sorang ni kat pejabat, lagi bertambah parah bila kena buat tugasan bersama. Bila nak berbaik ada je yang menghalang, penat dah nak mengelak dari bertembung kan?

Apa Langkahnya : Buang ego korang jauh berbatu. Cuba cari satu benda yang boleh korang buat untuk ‘break the ice’. Tak perlu nak paksa untuk suka colleague tu, dapat kerjasama buat tugasan pun dah kira okay.

2.Bos tak perasan korang

Penat-penat korang bertungkus lumus siapkan tugasan ikut deadline, datang awal, bersemangat je selalu di pejabat tapi bos selalu je macam tak perasan korang.

Apa Langkahnya : Tonjolkan sikit diri, jangan terlalu menyepikan diri korang sampai bos lupa kewujudan korang di pejabat. Bukan nak show off tapi bagi korang tapi bagi hint sikit tentang apa yang korang dah buat untuk syarikat.

3.Kesilapan yang effect rakan kerja yang lain

Sememangnya semua orang akan buat silap, dah nama pun manusia kan tapi bila kesilapan tu melibatkan satu syarikat atau lagi teruk, kewangan syarikat rasa macam nak bunuh diri sebab kena jawab dengan bos.

Apa Langkahnya : Tiada jalan lain selain bertanggungjawab atas kesilapan yang korang dah buat. Bos memang akan marah, itu tak dapat disangsi lagi tapi sekurang-kurangnya korang tak lari dari tanggungjawab. Clean up balik segala kerosakan yang korang dah buat. Jangan lupa untuk minta maaf & mengaku kesilapan yang korang buat.

4.Prestasi korang kena bad review

Kita sendiri takkan dapat sedar hasil kerja memuaskan ataupun tak, orang lain yang akan dapat nilai kita ni bagus ataupun tidak. Takda angin, ribut, semua pun okay je tapi tiba-tiba dapat bad review tentang prestasi kerja korang. 

Apa Langkahnya : Dalam hal ni, ramai antara korang akan jadi defensive sebab takut kepala dipijak. Tapi jangan cepat sangat melatah, dengar dulu pendapat majikan korang.