Syarikat 'A' Lebih Sukses Daripada 'B' , Tapi Kenapa? 4 Jenis Pengurusan Ni Korang Patut Tahu - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Syarikat 'A' Lebih Sukses Daripada 'B' , Tapi Kenapa? 4 Jenis Pengurusan Ni Korang Patut Tahu - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Oct 23, 2016
pada 3:33 AM

Tidak ada satu cara yang betul untuk menguruskan pekerja, tetapi ada cara yang lebih baik daripada yang lain. Tak kira mana-mana korang pergi, walaupun dalam organisasi sendiri, korang akan hadapi orang yang berbeza dengan pelbagai kualiti kepimpinan yang boleh bekerja untuk team. Semuanya tertakluk pada pengurusan yang diamalkan di pejabat korang. Macam mana nak tahu jenis-jenis ni? Kami dedahkan beberapa 4 jenis pengurusan yang diamalkan oleh kebanyakan syarikat :  

1. Autokratik

Majikan korang akan buat semua keputusan sendiri tanpa campur tangan orang lain. Kebiasaannya team akan diurus dengan baik atau sebaliknya team tak berpuas hati disebabkan sekatan untuk membuat keputusan. Kerana terpaksa akur dengan kehendak & keputusan majikan, kadangkala rasa tak puas hati tu akan membosankan korang di pejabat. Nak buat kerja pun rasa diperhati sebab tak boleh sewenang-wenangnya bagi idea sendiri.

2. Demokratik

Gaya komunikasi pengurusan yang tinggi melibatkan pekerja dan pengurus membuat keputusan bersama-sama. Ini membuat korang yang berada di bawah pengurusan demokratik ni rasa lebih dihormati & lebih terlibat dalam menguruskan syarikat. Ianya bagus kerana korang dapat belajar dari banyak aspek bila bekerjasama dengan majikan secara langsung.

3. Chaotic

Gaya pengurusan jenis 'chaotic' diklasifikasikan sebagai moden di mana ia memberi penekanan yang lebih kepada kelajuan, ketangkasan dan bukannya perlahan, lebih kepada proses berstruktur. Namun begitu, yang rileksnya adalah pekerja lebih berkuasa membuat keputusan. Terasa lebih seimbang apabila korang berpeluang membuat keputusan tanpa ada sekatan yang melampau oleh majikan. 

4. Laissez- Faire

Pendekatan pengurusan jenis ni adalah lebih kasual, sempoi & meninggalkan keputusan dibuat bulat-bulat kepada orang bawahan, selalunya akan mengakibatkan produktiviti yang rendah. Kadang-kadang tu rasa macam syarikat sendiri bila semua keputusan boss beri 100% kepercayaan pada korang. Korang lah ketua jadi buat lah apa yang korang mahukan.