4 'Tempat Menabung' Paling Baik Untuk Fresh Grad!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

4 'Tempat Menabung' Paling Baik Untuk Fresh Grad!

post by Aisya

by Aisya

Mar 12, 2018
pada 5:53 AM

Bagi orang yang sentiasa bersedia dalam apa jua situasi, wajib untuk mereka merancang kewangan yang betul jika berdepan dengan sebarang kecemasan dihari akan datang.  Tapi tu lah, ramai yang merasakan, lebih banyak simpan, lebih rasa macam 'pokai'. Tapi korang kena ingat, kalau pokai untuk simpanan takpe. Tu maksudnya korang pokai sekarang tapi korang akan bersenang-senang di kemudian hari. Tak nak ke? 

Ada kajian mengatakan 3 daripada 4 rakyat Malaysia sukar nak menyimpan walaupun RM 1,000 bagi kecemasan!

Kita tak dapat menjangka apa yang akan berlaku esok, lusa.  Tapi kalau kita dah ada simpanan duit yang banyak, tidaklah rasa takut atau buntu mencari atau meminjam. Oleh itu, kali ni kitorang kat MauKerja nak kongsi 5 tempat menyimpang wang yang terbaik. Moga ianya memberi manfaat pada kita semua terutama kepada korang yang masih muda ni. 

1. ASB

Mula-mula tu korang kena tetapkan matlamat pelaburan ASB. Contohnya macam korang nak beli rumah ke, perbelanjaan perkahwinan ke atau melancong ke luar negara? 

ASB ni ada dua jenis tau. Jadi korang kena tahu bezakan antara pelaburan ASB dan pinjaman ASB. Pinjaman ASB akan menjurus kepada force saving, manakala pelaburan ASB biasa ialah simpanan ASB.

Tapi korang pun kena lah buat pelaburan mengikut kemampuan korang juga. Kalau korang mampu buat simpanan ASB sebanyak RM 1,000 sebulan, so korang pecahkan lah kepada dua : 
- Force Saving (RM700)
- Simpanan ASB (RM300)

Oh ye, kalau korang buat simpanan ASB biasa, korang boleh keluarkan duit tu kalau ada emergency. Tapi untuk force saving, tak dapat lah. 

2. Tabung Haji 

Kalau korang simpan kat Tabung Haji ni. korang akan dikecualikan daripada bayaran cukai, simpanan pun telah dibayar zakat 2.5 % dan ia juga berlandaskan syariah Islam.

Tapi apa yang penting, korang cuma memerlukan modal awal yang rendah serta modal simpanannya juga dijamin. Sambil-sambil tu korang juga diberikan dividen dan bonus kompetitif. Korang turut boleh buat simpanan dan pengeluaran tanpa had. 

Dan bila dah cukup simpanan tu, korang jugak boleh menunaikan haji. Best kan?

3. Private Retirement Scheme (PRS) 

PRS secara amnya merupakan sebuah skim pelaburan jangkamasa panjang yang ditubuhkan untuk menambah simpanan dana persaraan. PRS ni melengkapkan plan simpanan persaraan wajib seseorang melalui KWSP.  Kalau korang ada KWSP dan ditambah lagi dengan PRS, memang mantap lah! 

Sebagai simpanan tambahan untuk persaraan. Simpanan ini dapat melawan inflasi dan berpeluang mendapat pulangan pelaburan yang baik selain ia jugak turut tersenarai dalam perlepasan dari cukai individu. Pengecualian sehingga RM3,000 setahun penilaian (tambahan kepada Potongan Sumbanagn KWSP) bagi 10 tahun pertama.

Yang paling penting sekali, ianya adalah untuk pastikan kualiti hidup yang lebih terjamin ketika bersara nanti. 

4. Tabung warna 

Ini adalah cara yang paling menarik, mudah dan untung. Ia sesuai untuk golongan yang mempunyai disiplin tinggi dan ingin menyimpan secara tetap. 

Mula-mula korang kena tetapkan dahulu warna tabung yang korang inginkan. Contohnya, jika pilih warna hijau dan oren (RM5 dan RM20), jadi korang kenalah menyimpan duit kertas RM5 dan RM20 setiap kali korang terima duit tersebut dan korang tak boleh belanjakan dengan menggunakan duit RM5 dan RM20 tersebut untuk perbelanjaan harian.

Ia juga dapat mendidik kita untuk lebih berjimat dan menghargai setiap duit yang kita terima. Pastu bila dah hujung tahun nanti, korang boleh keluarkan duit simpanan tersebut dan laburkan di tempat yang betul.

Walaubagaimana pun, setiap orang mempunyai jumlah simpanan yang berbeza-beza bergantung kepada jumlah pendapatan dan komitmen tersendiri. Mulakan je dari sekarang untuk mendapatkan jumlah simpanan yang tinggi. Selamat maju jaya!