5 Tips Penting 'Apply' Kerja Dari Media Sosial, Elak Kena 'Scam!'
# Pengetahuan Interview

5 Tips Penting 'Apply' Kerja Dari Media Sosial, Elak Kena 'Scam!'

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 16, 2019
pada 7:13 PM

Bila nak apply kerja kosong ni, banyak faktor dan kriteria yang perlu diambil kira. Jangan main sebat je tau! Ya, admin faham kadang-kadang kita terdesak ataupun desperate nak cari kerja kan? Kalau boleh, apa-apa kerja yang ada depan mata, semua kita nak terima kan? Jangan macam tu, sebelum korang terima sesuatu tawaran tu, pastikan korang dah semak betul-betul background company tu dulu.

Tapi kalau ada iklan kerja kosong kat media sosial tu, kebanyakannya boleh percaya ke? Macam mana nak tahu sama ada company tu scam ke tak? Boleh percaya ke?

Dalam video Maukerja kali ini kita akan membincangkan 5 tips nak cari kerja menerusi media sosial dan elak daripada ditipu ataupun scam. 

 

Tonton Video Lengkap Di Sini

 

 

1. Semak Background Company

Sebelum nak apply sebarang kerja kosong, pastikan yang syarikat korang bakal kerja tu bukan scam. Tapi tengok jugak, kalau syarikat tu menjanjikan pelbagai manfaat yang bagus dan kedengaran seperti tak masuk akal, tu pun korang kena check jugak tau! Keyword dia, semak! Apa-apapun semak dulu.

 

2. Baca Review & Feedback

Jangan terkejut kalau korang nampak syarikat tu asyik open jawatan kosong je. Ada banyak faktor sebenarnya, antaranya mungkin pengurusan syarikat tersebut tak begitu bagus. Jadi kalau korang nak elakkan daripada 'terkena,' baca dulu review dan feedback daripada pekerja lama. Kalau ada kenalan yang pernah bekerja di situ pun lagi bagus. Senang korang nak dapatkan feedback.

 

3. Contact Company Tersebut

Bila semuanya dah sah, korang bolehlah contact company tersebut untuk buat pengesahan. Pertama, tanya sedikit tentang company tu. Kedua, buat pengesahan sama ada jawatan yang ingin dimohon tu masih lagi boleh dimohon atau sebaliknya. 

 

4. Emailkan CV & Resume

Selalunya email akan disertakan sekali dalam iklan jawatan kosong tu kan? Jadi korang bolehlah terus hantarkan CV dan email kepada company tersebut. 

 

5. Tunggu Panggilan Interview

Sambil-sambil tunggu panggilan kerja tu, janganlah hanya duduk goyang kaki je. Jangan lupa follow up dengan bakal majikan dan cari juga peluang kerja yang lain. Usaha tangga kejayaan!