5 'Benda' Yang Interviewer Akan Cuba 'Stalk' Dalam Profil Media Sosial Korang, Cuba Elakkan!
# Pengetahuan Interview

5 'Benda' Yang Interviewer Akan Cuba 'Stalk' Dalam Profil Media Sosial Korang, Cuba Elakkan!

post by Izuan

by Izuan

Nov 21, 2017
pada 9:27 AM

Zaman sekarang ni semua benda boleh dicari dihujung jari je. Kalau nak tahu perangai sebenar seseorang tu tak perlu sampai kena berjumpa "face-to-face" dan ambil masa berminggu-minggu, tengok je social media diorang haa.. semuanya terjawab!

Bagi majikan yang mencari pekerja, jangan tak tahu diorang akan betul-betul tengok samada korang ni berkelakuan okay ke tak dalam social media. Kalau berpewatakan tak bagus, habislah terjejas imej syarikat kan?

Jadi bila dah terbuka social media calon ni, ada beberapa perkara yang majikan tak nak ambil tahu tapi ternampak. Apa yang ternampaknya? 

1. Perangai buruk

Tak kira lah samada majikan jumpa  peranagi buruk korang tu daripada profile sendiri ataupun orang lain, ia tetap dikira teruk. Antara perangai buruk yang tak diterima majikan ialah gambar dan komen yang menunjukkan calon ada cara kehidupan yanng 'liar'. Selain itu, tweet atau komen di post orang lain yang berbaur racist.Yang paling teruk bila calon itu rupanya ada sejarah buruk seperti pernah kena tahan oleh pihak polis atas sebab kesalahan jenayah, mabuk, dadah daripada sumber berita online seperti surat khabar online.

2. Tak profesional dan asyik membangkang

Agak sukar untuk tak ambil peduli mengenai political scene yang berlaku sekarang ni. Ada masanya yang perlukan korang untuk ambil tahu dalam perbahasan politik atau komen dalam online yang berkaitan dengan politik ni. Tapi pastikan pendapat korang tu tak berkaitan dengan kerja yang korang tengah mohon ni. Majikan tak mahu ambil pekerja yang terlampau taksub dalam politik. 

3. Bercerita perihal emosi dan perasaan

Setiap apa yang korang cakapkan tu akan selamanya diingati. Haa itu yang bahayanya.Kalau calon ada berkata buruk mengenai bekas majikan dia, bekas rakan sekerja dalam online, majikan sekarang akan dapat baca tau. Sebarang komen atau tweet berbaur negatif mengenai bekas pekerja adalah tak diterima langsung. Kalau memang tak boleh nak kawal juga perasaan itu untuk nak mengutuk majikan, cari alternatif atau saluran lain.

4. Kehidupan peribadi

Walaupun kehidupan peribadi korang tu ada banyak naik turun, nasihat terbaik adalah simpan segala masalah peribadi untuk diri sendiri dan asingkan dengan kehidupan kerja korang. Segala aktiviti dan minat korang yang tak berkaitan atau relevant dengan kerja, majikan tak nak ambil tahu melainkan ada kaitan dan boleh membantu korang untuk dapatkan kerja. Kurangkan update kisah peribadi okay!

5. Gambar tak sedap mata memandang

Korang nak tahu tak apa benda yang paling majikan tak nak ambil tahu atau lihat pasal korang dalam internet? Gambar "yang tak sedap mata memandang". Ini benda yang paling pantang sekali bagi majikan dan sekali ternampak je gambar macam tu jawabnya bye-bye lah!