Mengantuk Sebab Kurang Tidur? Ini 5 Cara Untuk Fake Kesegaran Di Pejabat
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Mengantuk Sebab Kurang Tidur? Ini 5 Cara Untuk Fake Kesegaran Di Pejabat

post by Shasha

by Shasha

Sep 27, 2016
pada 8:11 AM

Bila waktu tidur korang selalu terganggu, insomnia melampau ataupun tabiat tidur yang buruk. Kekurangan tidur boleh bagi kesan pada penampilan korang seharian bekerja. Nak sambung semula tidur untuk cukupkan tenaga bukanlah yang kami sarankan. Confirm tak jalan. Palsukan waktu berjaga korang . Macam mana nak begitu? Mesti korang tak terfikir sebenarnya ada beberapa caranya yang berkesan : 

1.Beri kejutan pada badan

Paling ekspres, dalam keadaan mamai, merungut kena bangun pagi kejar trafik jam, kejutkan badan korang dengan hot shower. Terbuka lah sikit pores korang. Sebelum keluar dari bilik mandi, ubah suhu shower pada yang paling sejuk sekali, badan korang akan terkejut dengan penukaran suhu ke atas badan.

2.Kilaukan pandangan korang

Kalau dah tak cukup tidur malam semalam, mata memang takkan dapat korang sorokkan. Tengok mata merah pun bos jadi lemah nak tengok. Pastikan korang sentiasa ada eye drop di dalam beg ataupun di meja.  2 titisan eye drop pada mata merah korang tu dah cukup untuk melegakan kemerahan & melembapkan. Cara ni paling kami sarankan lebih-lebih lagi kalau korang bakal hadap skrin laptop seharian.

3.Kuasa make-up

Untungnya jadi perempuan, korang ada alat lain untuk sorokkan eye-bag yang selambak bawah mata tu. Sedikit concealer, bedak compact & blusher supaya tak pucat. Touch up sikit je korang dah nampak segar walaupun tidur memang tak cukup.

4.Sentiasa Hydrate

Yang paling mudah & masih ramai yang abaikan. Kekal terhidrat bukan je nampakkan korang kelihatan segar tapi rasa juga sama segar. Jangan lupa sentiasa minum air yang mencukupi kerana ianya sangat penting untuk badan korang. Dengan tak cukup tidur lagi, badan lesu lagi korang rasa penat. Cukupkan cecair dalam badan untuk kekal cergas!

5.Tips Bonus : Colour up!Jangan lupa sentiasa senyum

Cukup lah dengan muka suram tak cukup tidur, jangan lah korang tambahkan kesuraman pada outfit korang pulak. Pakai lah sesuatu yang terang & cheerful supaya dapat ceriakan keadaan (psokologi je)& aksesori yang kena sentiasa ada : senyuman korang yang menawan!