5 Cara Untuk Jadi Tegas Supaya Tak Dilabelkan Sebagai Pekerja Dungu! - Maukerja.my
# Pengetahuan Pekerja

5 Cara Untuk Jadi Tegas Supaya Tak Dilabelkan Sebagai Pekerja Dungu! - Maukerja.my

post by Haziziren

by Haziziren

Dec 8, 2016
pada 8:11 AM

Korang sering dengar yang sepatutnya korang ni perlu jadi tegas semasa kerja. Bukan jadi si dungu yang hampir setiap hari dibuli. Maksudnya perlu menegaskan hak korang dan ingin menyuarakan pendapat. Ia bukan apa, kesian juga dekat korang yang dipergunakan tak kiralah co- workers mahupun boss korang. Tapi ada cara-cara nya ingin menjadi tegas. Bukan membuta tuli takut ingat yang korang ni pemarah dan serious 24jam pula.

Tegas pula bermaksud berkomunikasi secara tepat terus kepada isinya. Tapi bukan kepada isi yang boleh membuat orang berasa tersinggung dan sedih. Tegas adalah salah satu gaya komunikasi apabila menyuarakan pendapat. Tapi berpada-pada lah. Memandangkan korang ni jenis yang tak reti mempertahankan hak. Disini ada beberapa cara untuk menaikkan semangat sebagai pekerja yang bukan ditindas.

 

1) Terasa seperti komunikasi itu bertukar lebih agresif.

Sedang dalam perbincangan, secara tiba-tiba korang rasa seperti kena marah pada benda tidak sepatutnya. Jangan biarkan diri korang terperangkap sebagai mangsa dan cuba untuk bercakap dan pertahankan. Kalau diamkan diri, takut pula si pemarah ni rasa dirinya berkuasa dan bertindak sesuka hati, dan merasa diri sudah menang. Padahal salah dirinya sendiri. Takkan nak berdiam diri? Jangan takut mengenai hubungan sebab korang bekerja pun atas dasar sebagai kawan kerja. Kenapa perlu rasa rugi?

 

2) Jaga intonasi korang.

Bila mulakan pendapat korang, mesti orang lain akan merasa korang ni seorang pengkritik. Ataupun mereka tidak boleh terima teguran. Intonasi memainkan peranan penting. Jadi pastikan korang bercakap dalam keadaan tenang dan jelas. Cakap lah dengan rasa hormat dan professional. Sifat rendah diri juga perlu ada.

 

3) Cari jalan penyelesaian yang terbaik.

Sebenarnya seseorang yang bertindak agresif ini adalah seorang yang ego, mereka rasa mereka ingin menang dan korang akan ikut arahan mereka. Dan akhirnya mereka juga akan sakit hati. Untuk menjada semua hati orang, lebih baik minta pendapat dari yang lain selepas itu baru membuat kesimpulan. Ini takut apa, mungkin pekerja lain akan ditindas juga. Tegas ini juga ingin menjadi adil kepada orang lain. Jika korang ada disitu dan menyelesaikan masalah. Mesti semua orang akan bersetuju dengan korang.

 

4) Selalu lah berfikir sebelum bercakap.

Bila korang dalam situasi yang serious bersama seseorang yang korang sedang dalam perbincangan, bermula lah dengan rasa hormat dan fikir bagaimana ingin bercakap. Sebab mengapa korang kena bermula dengan tenang ialah sangat mudah untuk orang lain naik marah, pengritik, menyerang dan menjadi kurang ajar, tetapi jika korang berfikir dulu sebelum bercakap, mungkin ia akan melubah laluan dari yang lebih baik. Kita ada hak sendiri, jadi kita nak akhirinya perkara ini dengan tindak balas yang positif.

 

5) Jangan takutkan kemarahan, biarkan ia lepas.

Bila dalam situasi yang korang sedang memperbaiki skill korang dalam komunikasi, ramai orang cakap kemarahan adalah satu perkara yang tidak elok untuk dilepaskan, tetapi jika pendam dan telan sendiri marah tu, kurang sendiri yang dapat kesan dan melarat. Tidak apa sesekali menyuarakan benda yang betul. Dan lepaskan kemarahan kadang-kadang boleh jadi benda yang bagus. Tetapi mestilah isi tu kena pada situasi, dan bukan membebel yang bukan-bukan.

 

Kadang-kadang kita pun tak faham kenapa orang dengki kat kita semasa kerja, padahal kita tak pernah usik hidupnya. Yelah mungkin mereke sejenis yang tidak boleh kalah, dikritik dan mungkin sakit hati bila lihat korang berjaya. Mungkin juga kita tidak ikut arahannya. Kalau rasa diri ditindas dan dikhianati, eloklah menjadi tegs dan cuba untuk mempertahankan hak. Paling sakit hati bila diri ini tidak bersalah tetapi mereka kata kita menyalahkan orang lain. Padahal mangsa sekarang ni ialah kita.