5 Gaya 'Acah-Acah Busy' Yang Pekerja Suka Buat Ini Dah Basi Dimata Boss
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

5 Gaya 'Acah-Acah Busy' Yang Pekerja Suka Buat Ini Dah Basi Dimata Boss

post by Izuan

by Izuan

Oct 18, 2017
pada 11:57 AM

Tugas kerja pun ada pasang surutnya. ada masa kita banyak waktu terluang dan ada masa tugas tambahan bertimbun sehinggakan terpaksa pulang lewat atau sambung dirumah. Deadline adalah punca utama yang menyebabkan kita harus menyelesaikan tugasan tersebut dengan pantas sehingga diri sendiri jadi tak terurus.

Itu semua lumrah dalam apa jua jenis pekerjaan sekalipun, malah berpura-pura sibuk untuk elak kena panggil boss buat kerja lebih sikit pun satu lumrah juga kan? Dia punya action tu bukan main lagi padahal...hmmm.. 

Tapi, boss tu bukan lah dungu macam korang sangkakan, dia tu dah banyak makan garam daripada korang. Boss tahu segala tindak tanduk korang tu betul-betul atau menipu, kalau korang rasakan lakonan macam dibawah ni rasa boss takkan tahu, korang tu yang sebenarnya telh diperbodohkan oleh boss, dia pun berlakon juga, berlakon tak tahu je tu.

Video

1. Tambal Sticky Notes Banyak-Banyak Dekat Skrin

Zaman sekarang sticky notes dah ada dalam lap top lah, lagi pun banyak lagi tempat lagi senang untuk korang tampal. Boss tu pun ada mata juga, jangan ingat dia tak boleh nampak yang korang tengah layan movie disebalik 'kerawang-kerawang' dekat skrin tu. Kalau busy betul-betul pun tak payah tayang.

2. Layan Youtube Sambil Muka Acah-Acah Fokus

Kalau komputer tu membelakangi pandangan boss mungkin menjadilah kot, muka bukan main fokus kononnya sambil buat kerja sambil layan lagu. Tapi hakikatnya, tengah  layan youtube, kantoi bodoh je kalau muka fokus korang tu tiba-tiba hilang bila nampak boss berjalan menuju ke arah korang.

Meh sini iols kongsikan pada uols, orang yang fokus betul-betul biasanya bila boss dah sampai kat tempat dia baru dia perasan.  Tapi ni boss jauh 3 batu lagi korang dah pandang muka dia lepastu hadap skrin apa kes?

Lagi teruk kalau terus menggelitat satu badan bila nampak boss baru nak buat-buat fokus. Hmm, cubaan lakonan yang bagus, cuba lagi ya!

3. Mengeluh Sebab Stress? Selama Ini Tak Ada Pun?

Kalau mengeluh sekalipun tak kan lah sampai nak bagi satu department tu dengar, orang lain pun penat dan stress juga. Orang stress kalau nak mengeluh dia takkan buat kuat-kuat sebab tak nak bagi boss dengan dan tak perlu padang kiri kanan 'line clear' ke tak, masa tu juga di hembus keluhan dia. Take note tau, eh!

4. Eye Shadow Gelap Nak Bagi Mata Nampak Sembab, Gigihnya Kau Dik!

Tak payah lah psychopath  sangat semata-mata nak curi tulang, mesti korang rasa macam pelik kan? Tapi betul, memang ada orang yang buat! Tapi kenapa kena dekat office juga ya? Asal tak buat dari rumah, boss tu mata je hadap skrin, tapi dia tu jauh lebih arif lah. 

Pagi tadi muka bukan main berseri lepas lunch tiba-tiba boleh jadi sembam macam orang tak tidur 3 hari, apahal? 

5. Lakonan Tu Over Sangat

Kena buat tugas lebih satu je pun, tapi tak payahlah sibuk macam bumi ditimpa bencana. Nak buat apa? Mengampu boss? Nak nampak yang konon-kononnya berprestasi tinggi? Sedangkan pekerja bawahan yang biasa pun dah boleh hidu, apatah lagi boss yang dah banyak makan garam tu.

Kesimpulannya, kalau betul-betul tengah tak ada kerja, tak apa duduk je diam-diam, tak pun tanya lah kawan tu kalau ada yang boleh dibantu sikit-sikit kalau nak lari daripada tugasan boss sekalipun ya.