5 Idea 'Simple' Untuk Tambah 'Duit Poket' Yang Korang Boleh Cuba! Lihat Bayarannya...

Haziqah Muhamad
by Haziqah Muhamad
Jan 13, 2019 pada 4:26 AM

Hai, kenapa termenung tu? Sedih sebab tengok kawan-kawan lain dah ada kerja, kita masih takde dapat tawaran mana-mana. Temuduga dah pergi tapi masih belum ada maklumbalas. Makin bertambah stress bila mak ayah asyik membebel, suruh sambung belajar. Aduhai, peningnya nak fikir, kan?


Image result for sad spongebob

Solusinya? Sementara nak tunggu dapat kerja tu, apa kata korang cari alternatif lain dulu untuk dapat side income. Daripada duduk rumah je dan tak buat apa-apa, fulus pun tak masyuk kan. Dekat bawah ni, admin senaraikan 5 cara mudah untuk dapat pendapatan sampingan.

 

1. Servis penghantaran

Korang ada kereta? Kalau ada, buatlah servis penghantaran macam Grab tu. Biasanya, kalau korang iklankan dekat student kolej, mesti ramai yang nak guna khidmat korang. Rata-rata student, terutamanya pelajar tahun satu, ramai yang takde kenderaan. Jadi, biasanya diaorang request untuk dihantar ke stesyen bas, mall, dan sebagainya. Nak-nak lagi kalau waktu permulaan cuti semester. Waktu ni biasanya Grab memang susah nak dapat. Jadi, bagi yang tinggal dekat dengan kolej atau IPT, korang patut sangat-sangat buat servis ni.


Image result for baby driver

 

2. Jual barang terpakai atau koleksi pribadi

Cuba tengok barang dalam rumah korang, ada tak yang duduk terperuk je dah lama tak bersentuh, tak berpakai. Kalau ada, daripada kita biar je berabuk macam tu, baik kita jual. Contohnya macam printer, kasut berjenama, luggage, buku-buku akademik, aksesori komputer, dan lain-lain.

Kalau korang ada koleksi yang berharga macam duit syiling lama, action figures, koleksi lengkap komik, kad Pokèmon dan sebagainya, lagi bagus. Benda-benda collectibles macam ni, kalau korang tawarkan dekat serious buyers, diaorang sanggup bayar dengan harga yang tinggi tau!


Image result for koleksi action figure

 

3. Buat servis proofreading

Kalau korang pakar dalam penulisan akademik dan fasih Bahasa Inggeris, apa kata korang tawarkan khidmat proofreading tesis. Biasanya, orang sanggup bayar sampai RM10 tau untuk proofread satu muka surat. Biasanya, servis ni memang ramai pelajar tahun akhir dan pelajar pasca-siswazah guna. Iyalah, kalau nak hantar tesis untuk graduate, mestilah nak hantar yang berkualiti tinggi. Betul tak?

Apa yang korang perlukan cuma komputer, internet, dan marketing yang baik. Biasanya proofreader akan iklankan khidmat diaorang dekat komuniti pelajar universiti, terutamanya pasca-siswazah. Paling efektif, iklankan di page atau group pelajar pasca-siswazah di Facebook. Berdasarkan pengalaman, respon dari students memang memberansangkan.

Image result for proofread funny quotes

 

 

4. Jual nota-nota kuliah

Bagi yang tak tahu, sebenarnya ada banyak website di luar sana yang berminat untuk beli nota-nota, soalan past year, dan soalan latihan dari student universiti. Salah satunya ialah website StuDocu. StuDocu ni merupakan platform yang boleh diakses oleh pelajar dari seluruh dunia untuk bertukar-tukar bahan pembelajaran. Jadi, macam mana ye nak jual nota dekat StuDocu ni?

Caranya senang je. Korang hanya perlu muat naik bahan-bahan akademik yang korang ada, kemudian korang akan dibayar mengikut kualiti dan kuantiti bahan yang korang tawarkan melalui PayPal. Jadi, apa tunggu lagi? Hanya dengan kongsi nota je boleh dapat duit. Best kan?

 

 

5. Jadi penulis freelance

 Kalau korang ada bakat terpendam dalam bidang penulisan, cuba korang hantar hasil tulisan korang ke majalah, website atau blog yang menawarkan bayaran. Manalah tau, ada rezeki korang dekat situ, sekurang-kurangnya dapatlah juga sikit duit poket. Antara laman sesawang komuniti penulisan freelance ialah Xomba, Bukisa, Helium, Examiner, Ehow, dan banyak lagi.

Image result for if you are good at something never do it for free

Kalau korang ada cara korang sendiri untuk jana side income, boleh share dengan kami di ruangan komen. Peace!