5 Kelebihan Yang Korang Dah Rugi Selama Ini Sebab Tak Tukar Touch n Go Kepada Plusmiles
# Trending Semasa

5 Kelebihan Yang Korang Dah Rugi Selama Ini Sebab Tak Tukar Touch n Go Kepada Plusmiles

post by Izuan

by Izuan

Nov 13, 2017
pada 9:59 AM

Nak tanya satu soalan, korang tahu tak kewujudan kad PLUSMiles? Korang gunakan kad Touch n Go biasa ataupun kad PLUSMiles sewaktu membayar tol? Bukan sama je ke kedua-dua kad ni? Haa, itu yang ramai orang anggapkan tetapi sebenarnya kedua-dua kad ni berbeza betul. Bagi mereka yang tidak gunakan kad PLUSMiles, banyak betul kerugian korang selama ni. Sayangnya..

 

Korang gunakan PLUSMiles ataupun kad Touch n Go biasa?

 

Kad PLUSMiles berikan bermacam ganjaran!

1.  5% rebat tol

Tahu tak yang kad PLUSMiles berikan korang 5% rebat tol untuk setiap penggunaan RM100 dan keatas bulanan? Yang ramai-ramai upload dekat Facebook semua tu yang mereka dapat redeem sampai mencecah beratus-ratus semuanya sebabkan rebat 5% tu lah. Korang boleh dapatkan rebat ini dengan setiap penggunaan di lebuhraya PLUS, ELITE, BKE, LINKEDUA. 

 

2.  Ganjaran points

Untuk setiap penggunaan secara bulanan yang kurang daripada RM100, setiap RM1 yang digunakan akan diberikan kredit 1 PLUSMiles point. Untuk point yang terkumpul boleh di redeem untuk tambah nilai kad secara percuma.

 

3.  Nikmati diskaun 

Kad PLUSMiles ni boleh berikan korang lebih penjimatan tau. Nikmati diskaun sehingga 30% di kesemua lokasi yang menerima penggunaan kad PLUSMiles. Nampak tak berapa banyak yang korang dah rugi selama ni?

 

4.  Boleh digunakan sebagai kad Touch n Go

Kad PLUSMiles ni boleh digunakan sama je seperti kad Touch n Go. Korang boleh gunakan beserta dengan SmartTAG. Tak ada masalah lagi untuk nak beratur panjang di tol dan terkejar-kejar nak mencari duit kecil dan ditambah lagi sekarang ni banyak tol yang menerima 100% kad Touch n Go atau SmartTAG sahaja.

 

5.  e-Statement

Senang je dengan penggunaan PLUSMiles ni, korang boleh semak kembali setiap penggunaan korang secara online. Hanya perlu daftar sahaja dan korang akan diberi e-Statement secara bulanan. 

Untuk lebih maklumat lanjut mengenai manfaat dan kelebihan 1001 kad PLUSMiles ni, boleh lah layari laman web ini. Cepat-cepat tukarkan kad Touch n Go korang tu kepada kad PLUSMiles! Lagi banyak ganjaran menanti!