Ini Lah Antara 5 Kesilapan Kerjaya Yang Selalu Dilakukan Pada Usia 20-an
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Ini Lah Antara 5 Kesilapan Kerjaya Yang Selalu Dilakukan Pada Usia 20-an

post by Shasha

by Shasha

Sep 27, 2016
pada 9:20 AM

Umur baru cecah 20-an belum fikir nak serious tentang kerjaya, tapi bila dah steady dengan kerja mula rasa menyesal sebabkan terlalu fikir nak enjoy, asalkan dapat gaji & buat kerja. Bila dah terlambat tiada gunanya lagi untuk menyesal sebab keputusan adalah di tangan sendiri.

Kami di Maukerja.my dapati ramai antara korang yang berusia 20-an lakukan kesilapan kerjaya. Apa yang kami temui :

1.Tunggu durian runtuh

Korang pun tahu, Dato Aliff Syukri Terlajak Laris tu berjaya bukan dalam tempoh masa sehari dua je. Sama juga dengan nak dapatkan kerja idaman korang jadi eksekutif atau pengurus mahupun editor. Siapa kata korang tak mampu untuk dapatkan kerja idaman korang. Usaha tu kena sentiasa konsisten baru lah ada semangat nak kejar kerja idaman!

2.Takut ambil risiko besar

Ambil risiko ni bukan lah sentiasa kena buat sesuatu yang gempak, kadangkala keputusan sekecil kuman pun korang dikira ambil risiko. Jangan takut untuk ketengahkan idea korang walaupun nampak remeh dimata orang lain. Setiap idea boleh dijadikan suatu kelainan kalau korang tak takut untuk keluarkannya daripada kotak fikiran.

3.Pasrah dengan jawapan ‘No’

Bila korang usul cadangan pada bos tentang tugasan yang korang kendali tapi dia tolak bulat-bulat, jangan lah pasrah je untuk terima penolakannya. Cuba datang balik pada bos sehari dua lepas tu dengan alasan kukuh yang boleh yakinkan bos korang untuk terima cadangan tu. Tunjukkan padanya korang adalah fighter!

4.Jealous dengan prestasi orang lain

Perkara ni seharusnya jadi sumber inspirasi & motivasi untuk korang terus fokus untuk lakukan kerja dengan efisyen. Kalau colleague korang lebih bagus, lemparkan lah dengan berkata ‘good job’. Ianya lebih bagus daripada korang jealous & libatkan emosi yang akhirnya akan makan diri.

5.Setuju dengan gaji yang hakikatnya tak cukup

Perbincangan tentang gaji merupakan perbincangan yang sangat penting dengan majikan korang. Tak salah kalau korang minta lebih daripada apa yang ditawarkan tapi jangan lah melampau sangat minta memang lah majikan korang pun lari. Kalau tak dapat exactly  yang korang  minta pun sekurang-kurangnya dapat lebih sikit baru korang rasa puas hati sebab dapat runding.