5 Pesaing Sengit Ketika Temuduga Kerja Yang Korang Bakal Hadapi. Jangan Gelabah!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

5 Pesaing Sengit Ketika Temuduga Kerja Yang Korang Bakal Hadapi. Jangan Gelabah!

post by Aisya

by Aisya

Mar 15, 2017
pada 5:19 AM

Dah bersedia ke untuk hadiri temuduga kerja? Resume, file, dokumen semuanya sudah tersedia rapi? Okay bagus, tetapi macam mana dengan calon-calon temuduga yang lain? Korang pernah tak terfikir pasal ni? Sudah semestinya akan hadir calon-calon lain yang berebut mahupun jawatan tersebut kan?

Jawatan kosong hanya 1 tapi calon yang datang berbelas-belas, jadi macam mana nak tewaskan pesaing lain? Sabar dulu, jangan lah terus nak give up! Sebelum korang datang ke temuduga kerja, pastikan korang dah dapat jangkakan calon-calon yang ada pelbagai karenah. 

Sebagai contoh, ini adalah 5 contoh pesaing paling sengit korang sewaktu temuduga nanti. Kalau dah dapat baca rentak boleh lah hadapi dengan tenang kan? Jom tengok siapa tu 5 calon yang paling digeruni:

 

1. Calon yang 100% sudah bersiap sedia

Calon yang dah bersiap sedia ni boleh nampak dengan gaya dia. Saat korang masuk je dalam tempat menunggu tu, cuba korang pandang sekeliling. Ada tak calon yang sedang memegang kertas dan seakan menghafal sesuatu? Haa itu lah dia contoh calon yang "I'm ready! Bring it on!"

Calon yang sebegini memang terbaik okay. Diorang punya siap tu sampaikan dah buat reserach mendalam pasal company dan sudah boleh menjangka soalan apa yang bakal ditanya. Bukan itu je, dia akan tanya rata-rata calon lain minta gaji berapa dan bila tiba gilirannya, dia akan minta gaji yang boleh diterima akal. Ini memang champion!

 

2. Calon yang pandai goreng

Biasanya calon sebegini dia tak buat research banyak sangat kot. Dia lepak je boleh main FIFA malam sebelum nak temuduga tu sebab dia yakin dengan kebolehan dia petah berkata-kata. Bagi je apa-apa jenis soalan dia boleh goreng sampai sedap lah! 

Orang sebegini dia ada sedikit sikap membangga diri, jadi korang tak payah la nak terikut sikap sebegini tau. Takut memakan diri je.

 

3. "Gaya macam pro je dia tu?"

Jangan cepat rasa sudah tewas kalau terjumpa calon yang sebegini. Korang pergi lah kemana-mana temuduga pun pasti akan jumpa calon yang sebegini. Mereka mempunyai latar belakang yang sangat pro dengan kelayakan akademik yang tinggi dari universiti terhebat dan tersohor dan pernah ada pengalaman kerja ataupun internship dekat organisasi yang gempak.

Rasa diri ni kerdil je dan sudah pastinya penemuduga akan pandang dia je kan? Sabar, kita tak tahu lagi macam mana temuduga dia berjalan. Mungkin dia tidak ada sisi yang penemuduga cari dan ianya ada pada korang.

 

4. "Eh dia ni nampak maacam layak je untuk jawatan tu?"

Adat lah bila korang rasa diri korang yang yang paling layak sekali, akan ada ornag yang jauh lebih layak. Sewaktu temuduga, korang akan jumpa calon yang pada pandangan korang nampak macam sesuai je. 

Kenapa korang beranggapan begitu? Sebab dia pernah bekerja di syarikat yang sama seperti di syarikat yang dimohon sekarang. pernah memegang jawatan yang sama seperti yang dimohon dan senang cerita pengalaman dia memang kena lah. Ketahui lah bahawa calon sebegini adalah pesaing sengit korang.

 

5. Calon yang sombong dan bajet konfiden

Alah, biasanya kalau orang yang sombong ni dia tak pergi mana. Orang yang sombong ni bajet je konfiden tetapi sebenarnya lemah. Penemuduga tu senang je nak hidu calon yang mempunyai sikap sebegini dan memang mereka akan elak sama sekali. Ego-ego nak pergi mana? 

Orang yang sombong ni kalau dia jawab soalan memang tak mahu kalah dan kadang-kadang dengar macam tipu je. Ini adalah pesaing yang mudah untuk korang nak tewaskan!

Artikel ini memang patut korang bookmark dan hadam siap-siap sebelum datang ke Ekspo Maukerja 2017 yang bakal berlangsung tak lama lagi. Korang bakal jumpa 5 jenis pesaing ini sewaktu temuduga nanti. Jangan lupa untuk klik pada banner dan daftarkan diri ya! Jumpa di sana nanti.