5 Sebab Mengapa Sifat Lawak Itu Boleh Buat Korang Berjaya Di Tempat Kerja
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

5 Sebab Mengapa Sifat Lawak Itu Boleh Buat Korang Berjaya Di Tempat Kerja

post by Aisya

by Aisya

Jul 28, 2016
pada 5:02 AM

Sifat lucu dan boleh buat oroang ketawa ni memang disukai ramai. Kalau dia tak ada rasa macam kosong je dan tak mood nak buat kerja betul tak? Orang yang berperangai macam ini lah yang naikkan mood dan buat suasana di tempat kerja ceria sikit. Sifat lawak ni bukan boleh digunakan bila berjumpa dengan kawan-kawan je tau? Sebolehnya korang cuba terapkan juga sifat melawak korang tu di office tapi berpada lah. Jangan terlebih membahan orang lain pula sampaikan bos pun terasa nanti. Hehe..

Selain daripada naikkan mood bekerja, ini adalah 10 sebab tambahan mengapa sifat lucu ni kunci untuk berjaya di office:

1. Orang akan gemar bekerja dengan korang

Orang lain akan gemar untuk bekerja dengan orang yang mereka sukakan. Iyelah, siapa yang tak gemar sebab korang akan habiskan masa yang lama di tempat kerja. Siapa yang mahu bekerja dengan keadaan tertekan dan terpaksa berdepan dengan orang yang tak berapa best? Jenaka itu lah cara yang paling terbaik untuk nak memecahkan kesunyian dan itu cara terbaik untuk nak buat kawan. 

Tunjukkan sisi lawak korang itu tapi jangan terlalu melampau pula. Jangan sampai menyinggung perasaan pekerja lain dan paling utama bos sendiri. Siapa tak nak kalau dapat kerja dengan Nabil Raja Lawak ataupun Zizan kan?

2. Lawak boleh mengurangkan stress

Siapa pula yang bila buat jenaka lagi berasa stress kan? Bila dah melawak mestilah rasa lucu dan suasana pun naik Ianya adalah satu kaedah yang boleh mengurangkan tekanan kerana memberi kesan pada emosi serta fizikal. Bukan itu je, ia akan buatkan korang relax bila ketawa ni.

Katakan lah majikan marah-marah habis stress satu department, datang pula korang yang pelawak macam Jep Sepahtu pasti semua yang tengah tertekan tu terus gelak. 

3. Boleh jadi kreatif dalam memberi idea

Okay sifat lawak ini adalah resepi utama dalam crerative thinking kalau korang nak tahu. Ia akan membantu korang untuk bermain dengan idea, mengurangkan konflik dalaman dan juga mengajar untuk lihat sesuatu perkara dari sudut yang lain. 

Pekerjaan yang memerlukan korang menjadi kreatif seperti penulis memang memerlukan korang menggunakan kreativiti secara maksima. Kalau tiada sisi lawak, sesuatu kerja itu akan jadi bosan dan tak menarik. Cuba lihat mereka semua  yang suka berjenaka, kebanyakkannya kreatif.

4. Orang akan lebih percaya

Selalunya orang yang buat lawak ni lagi lah orang sekeliling susah nak percaya sebab ada kemungkinan dia akan membohong tapi secara lucu lah kan? Hehe.. Korang boleh buat orang lain percaya pada korang kerana dengan sifat lawak ni, ia seakan menunjukkan sikap sebenar korang di sebalik jawatan yang disandang. Orang akan lebh percaya pada korang dan juga ia menunjukkan karakter korang yang cerdik.

Bila ada pekerja lain yang sedang berduka, korang lah yang membangkitkan suasana  dan menolong mereka senyum balik kan? Jadi hubungan yang terbina tu membuatkan orang lebih percaya pada korang lebih daripada orang lain.

5. Orang yang lucu lagi senang untuk berkenalan

Cuba kita letak seorang yang terlampau serious dengan seorang lagi yang lawak, rasanya mana satu yang korang akan tegur dahulu? Mesti rasa takut-takut nak ajak bersembang bukan? Seseorang yang bersikap suka berjenaka ni sikapnya lebih terbuka dan, jujur dan setia. Lagi jujur dan setia seseorang itu, lagi lah oranag ramai akan suka besembang dengan mereka. 

*sumber: Forbes