5 Sudut Positif Yang Ada Pada Left-Brain Thinker & Pekerjaan Yang Sesuai
# Gaya Hidup

5 Sudut Positif Yang Ada Pada Left-Brain Thinker & Pekerjaan Yang Sesuai

post by Izuan

by Izuan

Jul 20, 2017
pada 11:29 AM

Jom kita test sikit korang tergolong dalam kategori left-brain dominant ataupun right-brain dominant. Apa tu left dan right brain dominant? Okay pernah tak terbaca buku atau ada kawan share dekat Facebook pasal ni tapi masih tak berapa nak faham? Left-brain atau right-brain thinker ni berkait rapat dengan kebolehan peribadi seperti bijak bermain dengan nombor, berfikiran secara kritis, berjiwa seni dan sebagainya.

Apa petunjuk yang menunjukkan korang ni tergolong dalam kumpulan left-brain atau right-brain? Satu pertanyaan yanng mudah, adakah korang ni selalu membuat kerja dengan perancangan yanng teliti dan teratur? Sebelum mulakan hari, korang akan rancang dahulu apa yang nak dibuat dan ikut 100% apa yag dah dirancangkan? Kalau iye, korang adalah left-brain dominant. 

Secara umumnya, masyarakat menganggap mereka yang left-brain dominant lagi berfikiran kritis dan hebat berbanding right-brain dominant dari segi logikal dan kemahiran analitikal. Kebiasaannya, mereka yang pandai dan cerdik adalah left-brain dominant. Walau apa pun, masing-masing ada kebolehan tersendiri.

Jadi apakah ciri-ciri orang yang left-brain?: 

1. Seorang yang sangat bagus dalam menetapkan matlamat

Orang selalu gelar mereka yang left-brain ni bagus dalam menetapkan matlamat. Mereka akan jadi amat spesifik dalam matlamat yang bermaksud mereka tak akan semudah itu je tetapkan matlamat. Macam selalunya orang akan buat matlamat 'esok nak diet' tapi jarang nak jadi kan? Buat mereka yanng left-brain dominant ni,katakan lah mereka mahu diet esok, mereka akan rancang dengan teliti betul bagaimana nak capai matlamat tu.

Seperti contoh, mereka dah siap-siap rancang esok bangun awal, mulakan dengan bersenam, dan sebelum pergi kerja akan singgah ke kedai juice dulu dan macam-macam lagi dengan terperinci. Bukan setakat rancang macam tu je. Bukan itu je, mereka juga biasanya akan ada kayu ukur untuk lihat sejauh mana mereka dah capai matlamat mereka.

2. Bagus dalam memahami arah jalan

Orang sebegini sangat bagus dalam membaca dan memahami petunjuk jalan. Kalau kita bagi mereka arah untuk ke satu tempat, mereka boleh fahami dan senang utnuk nak cari arah jalan. Orang sebegini sesuai untuk jadi co-driver sebab mereka tak akan buatkan korang sesat. Mereka akan ambil tindakan atas tugasan yanng diberikan dan betul-betul ikut setiap langkah yang diberikan sehingga berjaya.

3. Mempunyai daya ingatan yang tajam

Kebanyakkan orang left-brain ni mempunyai daya ingatan yang sangat tajam. Mereka boleh ingat memori-memori sewaktu zaman kanak-kanak lagi dan mampu untuk ingat kembali apa  yanng berlaku setahun lamanya dulu secara terperinci. Pernah jumpa kan orang yang ingat apa warna baju yang korang pakai waktu jumpa 3 tahun lepas dulu, siap boleh imbau balik dekat mana korang jumpa.

4. Subjek Matematik dan Sains dianggap kacang je

Ini lagi satu kelebihan mereka. Diorang ni amat pintar dalam bermain dengan angka dan subjek Matematik serta Sains ni senang je buat mereka. Mereka mungkin pintar dalam subjek sebegini tapi ada juga kelemahan tersendiri; iaitu tiada sisi seni dan kretif. Kebolehan mereka tu buatkan mereka mampu untuk process menggunakan pemikiran yang analitikal.

5. Sangat teliti

Individu yang left-brain cenderung untuk fikir sesuatu subjek secara teliti dan mereka  lebih pentingkan perician yang kecil. Dan ini buatkan mereka tak tengok sesuatu perkara dalam gambaran keseluruhan atau big picture. Ini boleh menghalang mereka daripada mengunakan common sense dan menggalakkan mereka untuk menjadi perfectionist. 

Kalau korang ada sisi-sisi kebolehan dan perwatakan yang sebegini, jadi anda boleh gelar diri sebagai left-brain dominant. Masih lagi ragu-ragu? Boleh cuba untuk lakukan test ini.

Kerja yang sesuai dengan orang left-brain dominant adalah:

1.Peguam

Kerja peguam ini memerlukan seseorang yanng mahir untuk mentafsir peraturan dan undnang-undang, menganalisa kes-kes berat dan menyediakan dokumen undang-undang. Kerja ini memerlukan seorang yang beretika, jujur dan mempunyai daya pemikiran yang kritikal dan mereka yang left-brain amat sesuai memandangkan mereka mampu untuk menyelesaikan masalah secara kritis.

2. Jurutera awam

Ini adalah salah satu career yang sesuai untuk left-brain dominant. Mereka ini berperanan dalam menyelia pembinaan dan kemajuan sesuatu project di tapak projek, menilai projek, memberi nasihat teknikal, kerja-kerja melibatkan komputer dan menguji material. Memandangkan left-brain sangat-sangat berpengetahuan, jadi kerjaya ini amat sesuai.

3. Programmer komputer

Ciri-ciri yang ada pada left-brain boleh diaplikasikan dalam kerja ini. Programmer komputer mempunyai kelebihan dalam program bertulis perisian direka oleh software developer. Mereka didedahkan dengan bahasa dan kod komputer yang sukar difahami oleh mereka yang right-brain. Kerja ini memerlukan pemikiran yang sangat analitik dan perlu beri perhatian kepada peincian kecil.

4. Akauntan

Bermain dengan angka, itulah yang diperlukan untuk menjadi seorang akauntan. Mereka perlu menganalisis cukai kewangan, segala rekod dan memantau segala dokumen kewangana serta menyediakan dokumen berkaitan nombor ni. Mereka yanng dari bangku sekolah lagi menunjukkan minat terhadap subjek Matematik dan selalu dapat markah tinggi ni memang boleh jadi seorang akauntan.