6 'Kelebihan' Bekerja Sebagai Khidmat Pelanggan, Ramai Yang Tak Tahu Sebab..
# Pengetahuan Pekerja

6 'Kelebihan' Bekerja Sebagai Khidmat Pelanggan, Ramai Yang Tak Tahu Sebab..

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Dec 14, 2018
pada 9:33 AM

 

Apa khidmat pelanggan tu sebenarnya?

Untuk korang yang masih 'blur', khidmat pelanggan adalah satu jawatan yang memerlukan pekerja menjadi 'orang tengah' di atara pelanggan dan syarikat. Korang selalu akan jumpa diorang ni kat bahagian 'Pengurusan Perhubungan Pelanggan'. Tujuan jawatan diorang ni ditubuhkan adalah sebagai pemudah cara untuk meningkatkan kualiti hubungan dengan client syarikat. Ia merupakan satu langkah holistik yang menawarkan perkhidmatan melalui interaksi dua hala antara organisasi dan pelanggan.

Ramai antara korang tak tahu kelebihan jadi pegawai khidmat pelanggan, Ini admin senaraikan 6 sebab 'Ohsem' kenapa korang kena masukan jawatan khidmat pelanggan ni sebagai jawatan terbaik yang patut ada dalam wishlist setiap pemburu kerja. Baca ni! 

1. Gaji Yang Tinggi

Kenapa gaji di bahagian perkhidmatan pelanggan lumayan? Setakat layan pelanggan je pun. Kebanyakan syarikat menawarkan gaji yang tinggi sebab, bukan senang tau nak jadi pegawai khidmat pelanggan ni. Korang memerlukan kesabaran yang tinggi ketika melayan karenah pelanggan yang bermacam ragam. Korang juga terpaksa menadah telinga mendengar segala caci maki dan 'complaint' dari pelanggan.

Rata-rata gaji yang ditawarkan kepada lepasan ijazah adalah sehingga RM2000 ke RM3000 tak termasuk elaun shift, elaun pengangkutan, elaun makanan dan elaun cuti umum lagi tu. Bayangkan kalau dah campur semua elaun tu? Masyukkk ke tidak? Fuh!

2. 'Mudah 'cross career' di pelbagai industri.

Kelayakan yang korang perlukan untuk mengisi jawatan ni tersangatlah mudahnya, cuma perlukan segulung ijazah pelbagai bidang, fasih berbahasa Inggeris dan mempunyai pengiraan yang baik sebab korang juga kena buat matematik di peringkat asas je. Takde la sampai nak kena power add maths bagai.

Kalau kata lepas korang dah ada pengalaman sebagai khidmat pelanggan, then korang rasa bosan. Korang dengan senang nya boleh 'jump' ke bidang-bidang lain seperti perbankan, hotel & travel, pendidikan, kurier, penyiaran dan sebagainya sebab skill tu korang dah ada.

Belajar engineering tapi kerja dekat syarikat khidmat pelanggan antarabangsa. Normal lah tu! Tak pelik pun.

3. Latihan disediakan bersama 'duit poket'

Kalau korang takut yang korang mungkin tak boleh nak jadi pegawai khidmat pelanggan yang baik, korang tak perlu risau pun. Sebab latihan disediakan percuma, dan korang diberi 'wang belanja' lagi sekiranya korang menghadirkan diri ke latihan yang disediakan.

Uishhh! Seronok nya weh. Pergi latihan untuk belajar pasal khidmat pelanggan dan tingkatkan skill pun dapat duit. Sape yang tak nak kan?

4. Waktu kerja 'Fleksible'

Untuk jawatan khidmat pelanggan ni korang kena bekerja secara shift, kerana khidmat pelanggan merupakan perkhidmatan tanpa batas selama 24 jam, sekaligus membuatkan korang menikmati jam bekerja yang 'fleksible'. Makna nya ikut suka hati korang je nak masuk pukul berapa, asalkan jam bekerja yang ditetapkan dipenuhi. Korang juga digalakan untuk bertukar jadual bersama rakan sekerja.

5. Dapat menguasai kemahiran 'multitasking'

Dengan jawatan khidmat pelanggan ini juga korang dapat kuasai kemahiran 'multitask' iaitu kemahiran melakukan perlbagai kerja dalam satu masa. Kemahiran ni sangat lah penting, sebab pekerja dengan kemahiran ini amatlah menjadi kegilaan majikan-majikan di syarikat lain tau. Jadi merupakan satu kelebihan kat korang kalau memiliki skill ni! Senang la nanti di masa akan datang, bila ramai syarikat yang 'demand' berebutkan korang. Boleh laa korang minta gaji yang lebih tinggi untuk kemahiran 'rare' yang korang ada ni.