6 Profesionalisme Yang Harus Diamalkan Jika Suami Isteri Bekerja Di Tempat Sama
# Pengetahuan Pekerja

6 Profesionalisme Yang Harus Diamalkan Jika Suami Isteri Bekerja Di Tempat Sama

post by Izuan

by Izuan

Sep 29, 2017
pada 9:18 AM

Sebenarnya agak mencabar apabila pasangan kita kerja sama tempat dengan kita, dimata orang lain nampak manis tapi disebaliknya pasangan ini dilemma untuk mengekalkan perkahwinan disamping sering berhadapan dengan krisis di tempat kerja. Lebih merumitkan lagi apabila bekerja dalam sebuah department yang sama. Silap langkah, boleh jadi satu pergaduhan besar malah bercerai berai. Perkahwinan entah ke mana, kerja pun entah kemana.

Perkongsikan kali ini ditujukan khas kepada mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai pasangan yang bekerja di tempat yang sama dengan kita, amalkan tips-sips ini untuk mengekalkan perhubungan anda dari segi perkahwinan mahupun sebagai rakan sekerja. Selain itu, perkongsian ini juga sesuai bagi mereka yang mempunyai adik-bradik atau mana-mana ahli keluarga yang bekerja di tempat sama.

1. Ketahui Siapa Boss Anda

Anda harus hormat jika pasangan anda berjawatan lebih tinggi daripada anda di tempat kerja agar tidak berlaku perselisahan faham dalam membuat keputusan. Misalnya si isteri seorang manager dan suami seorang pekerja. Itu tak bermakna si isteri ada kuasa membuat keputusan di rumah, kerana suami merupakan seorang pemimpin dalam keluarga. Perlu ada sikap bertolak ansur antara satu sama lain. Begitu juga bagi mereka yang ada adik-beradik ataupun keluarga.

2. Hal Di Tempat Kerja Jangan Dibawa Ke Rumah

Jangan cuba-cuba bincangkan hal-hal kerja di rumah walau sedikit pun, jika ada berlaku sedikit pertengkaran mengenai kerja tinggalkan di tempat kerja dan lupakan segalanya apabila anda sampai dirumah. Ia boleh memudaratkan perhubungan anda jika anda melakukan perkara sedemikian, begitu juga hal di rumah, jangan tarik muka jika berlaku sebarang masalah peribadi tak kira kecil atau besar. 

Namun, ia bergantung juga kepada pasangan jika mereka mempunyai minat yang sama, selagi ia tak menjejaskan perhunungan ia tak ada masalah. Jika mahu menyiapkan kerja yang melibatkan anda dengan pasangan dan perlu disiapkan dengan kadar segera, cari masa dan tempat yang sesuai. Tapi kalau boleh elakkan melakakukan perkara ini.

3. Beri Layanan Sama Adil

Jangan berat sebelah, tak bermakna jika pekerja itu suami/isteri anda kebajikan diberi lebih kepadanya. Buat penilaian terhadap pekerja menerusi prestasi bukan keistimewaan seseorang itu dalam hidup anda. Tegur jika si dia membuat silap, jujur dalam menentukan markah KPI pekerja, lagi satu simpan 'romantis' itu di rumah jangan dibawa-bawa ke tempat kerja. Berikan salutasi yang sepatutnya jika pasangan berpangkat, elakkan memanggil dengan gelaran manja yang anda gunakan di rumah.

4. Jangan Bergaduh Di Tempat Umum

Jika ada perselisihan faham mengenai kerja, cuba berbincang dengan baik, jangan bergaduh di hadapan orang ramai. Rasa marah akan dibawa ke rumah, selain itu seperti yang ditekankan tadi jangan bawa masalah 'tak basuh pinggan di rumah' sebagai satu alasan untuk buatkan anda bertekak di tempat kerja.

Ia menampakkan bahawa anda ini pasangan yang tak professional. Apapun, jika ia mengenai perihal kerja sekali pun, elakkan bergaduh di tempat umum supaya tidak terjadi kes hasut menghasut. 

5. Berikan Ruang Untuk Diri Sendiri

Di rumah bersama, di tempat kerja bersama ia membuatkan anda akan bosan kerana tiada ruang untuk anda sendiri. Boleh mandatangkan kesan buruk terhadap perhubungan anda, kamu dan pasangan sepatutnya cari ruang untuk diri sendiri walaupun dalam waktu sebentar. Beri kelonggaran jika ingin makan tengah hari bersama rakan lain, atau luangkan masa bersama rakan. Tapi jika kesemua ini tidak berkesan, atau keadaan jadi makin rumit.....

6. Salah Seorang Harus 'Bersedia' Untuk Mengalah

Samada berhenti kerja, atau pindah di tempat kerja yang lain, itu sebablah ada sesetengah syarikat membuat polisi dimana suami isteri dilarang bekerja di bawah satu syarikat, ia supaya tidak menjejaskan prestasi syarikat mahupun kehidupan peribadi pekerja. Tapi inilah yang yang paling baik kerana tekanan kerja sekarang ini sangat tinggi, jadi kalau mahukan rumahtangga selamat salah seorang harus berundur.