6 Step Mudah Untuk 'Maintain' Bajet Sampai Gaji Seterusnya Tanpa Perlu Ikat Perut!
# Pengetahuan Pekerja

6 Step Mudah Untuk 'Maintain' Bajet Sampai Gaji Seterusnya Tanpa Perlu Ikat Perut!

post by Izuan

by Izuan

Feb 18, 2017
pada 6:21 AM

Zaman sekarang ni semua benda jadi mahal, gaji pula tak menepati piawaian kewangan yang sepatutnya korang pelukan. Mahu atau tidak, kena lah 'catu diri' sepanjang masa, tak payah tunggu tengah/hujung bulan lagi dah.

Lebih-lebih lagi zaman sekarang, pening jadinya bila semua benda naik harga. Tapi, takkanlah sampai kena membataskan diri daripada melakukan apa-apa aktiviti kan? Nak juga ada 'life' untuk dapatkan keseimbangan kehidupan (work-life balance).

Bersosial, hiburan diri juga perlu ada dalam diri, cuma semua tu mesti kena keluar duit. Naik pening bila memikirkan hal ini, mungkin kita tak didik diri kita untuk menjaga kewangan yang sewajarnya, dah bermacam-macam cara dilakukan tapi tak berkesan melainkan kalau korang amalkan step-step ini.

1. Kenali Diri Sendiri

Kita kerja sebagai apa, berapa gaji bulanan kita, mungkin tak sama macam kawan-kawan kita. Ubah mindset korang yang kehidupan diri tak sama macam mereka, cuba hargai taraf kehidupan diri sekarang. Selesakan diri dengan apa yang kita ada.

2. Utamakan Komitmen Dulu!

Jangan berani-berani bersuka ria selagai belum bayar segala komitmen anda. Selesaikan bayaran rumah, kereta, dan segala bil-bil yang bulanan dahulus sejurus sahaja dapat gaji. Tak perlu tunggu waktu yang telah ditetapkan. Habiskan semua dahulu disitu!

3. Senaraikan Bajet Mingguan

Tulis semua perbelanjaan mingguan, senaraikan perbelanjaan petrol, makan, dan tetapkan jumlah yang sepatutnya dilakukan selepas ketahui baki gaji setelah selesai membayar komitmen bulanan. Bahagikan dan ikut apa yang telah ditetapkan dalam senarai tersebut.

Tapi, janganlah terlalu paksa diri untuk cut cost yang berlebihan, tak perlu abaikan waktu bersosial, menontong wayang dan apa jua aktiviti hujung minggu. Cuma kenalah berpada-pada

4. Pakai Cash, Jangan Kad

Ini antara ujian paling ebsar, sebab sekarang dah boleh paywave! Kami cadangkan, tinggalkan kad ATM dirumah jika keluar. Bawa jumlah yang anda telah tetapkan untuk melepak tu. 

5. Menabung

Mula dari kecil, kumpul segala duit syiling yang ada pada korang. Mula praktikkan dan cuba ubah kepada 'tabung warna'. Jangan paksa diri kalau tak boleh simpan jumlah yang ditetapkan. Ikut tahap kemampuan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

6. 'Beranakkan' Duit

Kalau nak buat step ini pastuikan kelima-lima langkah ini korang dah kuasai sepenuhnya! Cuba buat 'side job' atau perniagaan kecil-kecilan utnuk menambahkan lagi jumlah pendapatan.

Sebab kenapa kami suruh buat 5 step diatas dulu  adalah, menjaga diri korang daripada bersikap boros. Jika korang terus ke step nombor 6 ini, banyak mana pun pendapatan bulanan, takkan pernah cukup!